Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dr. MAHATHIR MENGGOYAHKAN UMNO DAN MERAPUKAN BN

Amin Sapiro (Mahathir terperangkap sendiri)

KEBELAKANGAN ini, Dr. Mahathir nampaknya semakin hilang kebijaksaan beliau. Pelbagai isu sedang merecup tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jika beginilah keadaan yang dialami oleh seorang presiden parti yang menunjungani sebuah ‘coalition’ seperti Barisan Nasional, status Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan sendirinya sudah tercabar oleh sikap beliau yang menghampiri kategori “the unwanted leader of the nation”.

UMNO Berdayung Galah Patah

Rakyat sudah lama menduga bahawa, demi hari, selagi Dr. Mahathir berpaut kepada kuasa; semakin hilanglah daya dan kewibawaan, keterampilan dan maruah UMNO dan BN. Komponen BN tidak peduli samaada diri Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin tidak berhemah lagi, bergantung kepada UMNO membuat “first move”. Mereka mahu sebuah keteraman.

Komponen parti dalam BN sentiasa mengharapkan UMNO mendapat sokongan padu orang Melayu. Mereka yakin sekiranya UMNO yang menjadi parti tunjang BN bergolak; keseluruhan gaabungan itu akan runtuh. Oleh itu komponen BN sebagai sebuah coalition menunggu apa UMNO akan lakukan jika tidak mahu BN hancur lebur. Bermakna, sokongan kaum yang menganggotai MCA dan MIC bergantung rapat kepada UMNO untuk melaksanakan sebarang anjakan demi survival komponen terbabit. Itu bukan perkara kecil.

Mereka berpendapat dan yakin bahawa kehakisan sokongan padu orang Melayu terhadap UMNO akan membawa sebuah cerita “Kemusnahan” total kepada mereka juga. Malangnya, Dr. Mahathir sendiri dan sekongkol dalam UMNO tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan sekarang bukan setakat masalah dalam UMNO saja, malah sudah membebankan komponen lain. Ini tak boleh main-main.

Kawah Yang Menggelegak

Senario sekarang bukan lagi masalah kecil yang lazim dikenali sebagai “panas dalam cawan kopi”. Panas itu sudah melimpah menjadi sebuah kawah besar. Kawah itu pula masih tertenggek diatas tunku yang sedang berbara marak dibawahnya. Ini tak boleh jadi dalam menghadapi masa terdekat.

Pemimpin tertinggi GERAKAN sudah lama nampak bahawa perlucutan Datuk Seri Anwar dan pengaiban beliau oleh Dr. Mahathir yang diketahui campurtangan dalam keputusan mahkamah dengan mengarahkan bekas AG Mokhtar, Hakim Paul Augustin dan Arifin Jaka memenjarakan pemimpin berkarisma besar itu; adalah satu kesilapan besar yang dilakukan Dr. Mahathir sendiri. Mereka hairan mengapa UMNO tidak membantah!!

Keadaan makin parah dengan pelbagai perkembangan terbaru seperti penggunaan ISA untuk melakukan tangkapan dan penganiayaan dalam tahanan. Rakyat melihat dengan mata kepala sekarang bagaimana Dr. Mahathir dan pemimpin regimnya sedang gelabah berperang dengan rakyat. Walhal, semata-mata untuk menegakkan benang basah mereka saja.

Malangnya, apa yang dilakukan Mahathir itu semakin menyebabkan kewibawaan UMNO dan BN, pemimpin mereka ketandusan sokongan rakyat rugi besar. Ini medatangkan mudharat berat sekiranya dibiarkan berpanjangan tanpa disekat.

Seperti peribahasa Melayu, UMNO sedang berdayung diarus deras, malangnya dayung di tangan sudah patah. Kerana itu, MCA dan MIC yang menumpang sampan yang sama, sedang hanyut ke hilir air. Mereka tidak mahu. Jika, keadaan berterusan, ramai juak dalam BN sudah bersiap terjun dan berenang ke tepian. BN tambah parah!!

Tindakan UMNO Dipersoalkan Komponen BN

Yang paling merunsingkan sekali, Komponen BN sedar bahawa detik penentu (2004) semakin hampir. Analoginya, jeram air terjun yang tinggi sedang menanti di hujung sana. Apakah daya jika UMNO masih kalut berserabut dengan masalah yang ditimbulkan sendiri oleh Dr. Mahathir, sedangkan pemimpin pertengahan tidak mengambil ketetapan untuk menyingkirkan beliau?

Khabarnya, pertanyaan itu telah diajukan oleh beberapa pihak dalam kepimipinan tertinggi MCA, MIC dan GERAKAN kepada beberapa pemimpin berpotensi UMNO yang berjawatan.

Sekumpulan mereka berkata, “Leaders come and go but life surely will go on. Nothing that matters much if an insane leader are to be booted completely out of view. What more if his presence is just nuisance and a menace, destroying everybody in the team..”.

Bermakna komponen BN sendiri sudah sanggup menyokong sebarang tindakan UMNO jika Dr. Mahathir dituntut meletakkan jawatan, diheret ke mahkamah dan diadili dengan saksama. Mereka mahu satu pembersihan menjelang pilihanraya akan datang!! Seharusnya, itula fungsi Perhimpunan UMNO yang akan datang. Jika gagal, BN akan tumbang di tangan Pembangkang. MCA, MIC tidak mampu bertahan; dan GERAKAN akan “pusing belakang”..!!

Komponen BN Berani Melawan

Mungkin inilah faktor besar yang menyebabkan Dr. Mahathir disebut-sebut sebagai bercanggahan dan berselisih faham tenat dengan Tun Daim Zainuddin; yang dikatakan pula ‘kamceng’ pula dengan Abdullah Ahmad Bedawi. Mungkin ini rencana Mahathir sendiri untuk bermain sandiwara bodoh bagi mengalih pandangan rakyat. Ini juga menyebabkan Dr. Mahathir semakin “mengganas” dengan melakukan tindakan kejam terhadap Anwar, 10 pemimpin KeADILan dan penyokong Reformasi.

Mahathir semakin kacau-bilau kepala hotaknya, tak tentu hala hingga mengeluarkan kenyataan gila. Contohnya, komen drastik beliau mengenai Kuota IPT anak-anak Melayu, yang pada mulanya diharap akan dapat membeli sokongan MCA untuk dijadikan strategi memancing ikan-ikan bodoh dalam MCA dan MIC. Sebaliknya hanya pancing Mahathir “berjoran singkat”. Sekali lagi Dr. Mahathir kecundang.

Kenyataan presiden MCA sendiri terang-terang menyindir keras dan membahasakan secara sinis Dr. Mahathir dengan membalas kenyataan PM sewerl itu, bahwa partinya tidak pernah menuntut dan tidak pernah menyentuh isu Kuota Melayu di IPT. Memang malu Mahathir ditampar Dr. Ling. Itu baru dengan tangan kiri saja. Kalau diikutkan marah, Samy Vellu sendiri sanggup membuka butang seluarnya dan mempamerkan “cendawan londeh”nya ke muka Mahathir. Begitu punya marah MIC. Belum lagi MCA!!

MCA Menyindir Sinis Dr. Mahathir

Memang kenyataan Dr. Ling itu sangat memalukan Mahathir. Sandiwaranya dengan Utusan Meloya (dengan kerjasama seorang senator bernama Zainuddin “pundek” Maidin al-Malbari, tidak kesampaian matlamat..! Orang Melayu dan kaum lain bertepuk tangan mencemek muka kepada Mahathir dan Adanan Yakob (sinonim “pelucah UMNO”). Mereka melakukan konspirasi dan jenayah besar terhadap orang Melayu.

Zainuddin “pundek” Maidin al-Malbari ini cuba mengaitkan Islam dengan kekosongan Kuota Melayu diIPT yang tidak diisi. Kununnya kerana orang Melayu bermentaliti kampung maka itu menjadi punca orang Melayu mundur dalam pelajaran. Kita hairan, mentaliti jenis apa agaknya anak malbari yang seekor ini.

Yang kita nampak, mentaliti Zainuddin “pundek” Maidin tak lebih dari penjilat dubur Mahathir hingga licin berkilat. Tak payah cebok lagi. Majoriti orang bersedia menyerahkan tugas paling jijik itu kepada “budak bangang” berketurunan “tongkang yard” itu. Redha sangat orang Melayu. Go ahead, you may lick the SHIT while there is..!!

BN Menghadapi Kehancuran?

Yang jelas sekarang, Dr. Mahathir sudah hilang akal. Pertamanya, Perpaduan Melayu GAGAL!! Kedua, Rocket launcher dan grenade Ezam masih belum ditemui juga. Polis semakin hilang keyakinan kepada PM. Haji Norian Mai tak terdaya memandang muka orang. Hakim-hakim sudah mulai sedar fungsi mereka sebagai penegak Keadilan massa.

Makin hebat terdengar, pemimpin UMNO pertengahan sedang mengatur barisan. Pemimpin BN yang lain sedang menunjukkan tanda “thumbs up”. Wang untuk bailout dan projek mega yang bakal diongkosi dari sumber KWSP sudah tersekat. Pertelingkahan “senyap” antara pucuk pimpinan UMNO makin hebat. Soalnya, samada UMNO membuat kejutan drastik atau bersedia tumbang antan pada pilihanraya umum yang akan datang harus dijadikan pilihan.

Mahathir juga kena pilih antara dua – samada berhenti dengan segera atau diheret ke penjara. UMNO/BN (khabarnya) sedang membina sebuah bilik khas untuk Mahathir di Sg. Buloh!! Kita tengok sama-sama. Masihkah pemimpin ada kotey lagi..?? Wallau alam…

(maaf, jika terlanjur kata kerana memadankan kata dengan senario)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com