Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SAH POLIS ALAT PERKAKAS PARTI POLITIK – BUKAN RAKYAT!!

Amin Sapiro (baru pulang dari bertandang jauh)

PIHAK Polis dari kelompok anggota tertentu bergelar “PDrM” tidak harus terkejut lagi sekarang jika majoriti rakyat menggelarkan mereka “Anjing-anjing Peliharaan” parti politik dan pemimpin tertentu dalam regim Mahathir ini. Mereka tidak boleh lagi marah, jauh sekali dari bersungut jika puak mereka mati lalu dihumbankan saja tanpa disembahyangkan sama ada secara Islam atau bukan. Mereka telah disetarafkan orang Melayu dan Islam sama seperti bangkai anjing dan babi yang tidak wujud nilai budi dan daya sebagai manusia..!!

Kemanusiaan Sudah Lupus

Sejak tahanan ISA yang sepuluh orang itu diculik oleh anjing-anjing pemburu belaan Mahathir Mohamad itu, rakyat sudah tahu apa yang bakal dialami oleh mereka yang dituduh tanpa bukti sahih. Demi melaksanakan janji kepada “anak haram jadah” yang mengisi tempurung. makan mereka; maka “bastard-bastard” itu berusaha membuktikan betapa tinggi kesanggupan mereka menghina diri serendah itu.

Rakyat tidak faham bagaimana seorang manusia seperti pegawai tinggi (?) PDrM terbabit boleh bertukar sikap dari “anjing” kepada “babi”. Padahal, spesis antara dua haiwan itu berlainan jenis. Besar kemungkinan wang dan rasuah rezeki haramlah yang menyebabkan mereka berjaya disenyawakan hingga bertukar sifat. Dalam perkara ini memang Mahathir laknatullah cekap dan berjaya besar.

Puncanya parti Pembangkang yang mendabik dada sebagai berwibawa masih memekap telinga dengan “headphone Walkman”. Mereka mengulang sorak sorai kemenangan pilihanraya November ’99. Mereka tidak sedar, kemungkinan besar peristiwa durian runtuh itu tidak akan berulang. Yang nampak sekarang, bunga durian telah luruh ditibai taufan kencang!!

Berkata seorang anak kelahiran Negeri Sembilan keturunan Minang, katanya “Kini ko Pembangkang lah kacuik kalapie nyo. Lah masuak talua ka dalam. Kecek jo yang kadang, cirik kariang dalam sarawa..!!” (maaf saya tidak faham maksud sebenar. Tetapi memang satu maki hamun yang kurang enak didengar. Ada sesiapa yang boleh terjemahkan?).

Sudah Diduga Dari Mula

Rakyat sudah menduga bahawa beberapa orang di antara yang diculik itu akan dibelasah dan “ditabuh” hingga mereka setengah mati. Kita sudah nampak dan mengetahui apa sudah jadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seminggu sesudah dilokap di Bkt. Aman. Beliau bekas TPM, apatahlagi Ghani dan Gobala…!

Terdengar cerita dari maklumat yang disebarkan oleh saksi mata (khabarnya anggota tentera) yang melihat seorang dari tahanan itu adalah sehat walafiat sehari sebelumnya, tiba-tiba terpaksa disorong dengan kerusi roda dalam keadaan kepala terlentuk dan terkulai. Apakah dia sudah nazak sekarang?

Disyaki juga, seorang dari mereka yang dikehendaki oleh Yang Arif Hakim Hishamuddin Yunus sebagai saksi sekarang dalam keadaan tidak boleh dicamkan lagi. Mungkin wajah dan tubuh badannya sudah luka-luka dan lebam-lebam. Kita tidak tahu setakat mana kecederaan mereka yang dihentam dengan alat penyiksa di Bkt Aman. Tetapi tidak ringan seperti murid nakal setakat dijentik telinga!!

Tidak Salah Menduga

Rakyat sudah lebih yakin dan mereka tidak jauh tersilap jika sdr. Abdul Ghani Haroon dan Gobalakrisnan dalam keadaan paling kritikal sekarang. Jika tidak, tidak ada sebab bapak-bapak anjing pihak PDrM cukup takut untuk membenarkan mereka hadir di mahkamah Shah Alam. Rakyat sedang menunggu kehadiran mereka di sana.

Mungkin, kecederaan mereka berdua lebih teruk dari apa yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah tanggapan rakyat seluruh negara dan masyarakat antarabangsa. Ada berita yang menyebut bahawa mereka sedang dirawat dalam wad pertolongan cemas di satu lokasi yang tidak diketahui dengan sahih.

‘Circumstantial evidence’ membayangkan jika Yang Arif Hakim sebuah mahkamah tinggi menuntut kehadiran mereka berdua, jika keadaan mereka normal; mengapa anjing-anjing bawahan PDrM terkejar, terlalak terlolong mencari bayang-bayang untuk berlindung di bawah undang-undang yang ditafsirkan secara belantara?

Penafian Hak Perlembagaan

Seorang pakar undang-undang berkata, katanya, “Jika pihak polis dan beberapa orang Hakim Mahkamah Persekutuan semudah itu menafikan hak Perlembagaan seseorang yang ditahan di bawah ISA, bermakna ISA adalah sezalim-zalim akta yang pernah diwujudkan dalam dunia manusia bertamaddun. Jika ia dibiarkan, akta ini akan digunakan untuk menghukum dan membunuh sesiapa seperti apa yang dilakukan oleh Pinnocet atau mana-mana diktator yang sewaktu dengannya,” kata beliau.

Kata beliau lagi, “Mengikut Perlembagaan seseorang yang dinafikan hak Perlembagaannya adalah mereka yang telah dikondem kewarnanegaraannya. Apakah sdr. Abdul Ghani Haroon dan Gobalakrisnan sudah dilucutkan hak itu? Jika belum bermakna ISA adalah satu akta haram yang menafikan hak asasi seseorang warganegara yang sah dan dilindungi oleh Perlembagaan,” katanya membantah.

“Rakyat seluruh negara harus bangkit beramai-ramai menuntut supaya akta itu dimansuhkan. Ia tidak sehaluan dengan aspirasi sebuah negara yang merdeka, demokratik dan berdaulat. Jika ia tidak layan oleh kerajaan yang memerintah, rakyat tidak salah jika tidak memberi mandat kepada parti politik itu”, tambahnya.

Regim Mahathir Semakin Lemah

Beberapa orang yang mahir dalam undang-undang dan peka meneliti keadaan politik semasa berkata, “Keadaan yang dialami oleh “Tahanan ISA 10” itu adalah bukti bahawa regim Mahathir sekarang sudah cukup-cukup lemah. Sesebuah regim yang lemah pasti akan menggunakan kekerasan melalui jentera pentadbiran. Mereka akan menggunakan pengaruh wang dan saluran media untuk memujuk rakyat. Malangnya dalam konteks ini, rakyat negara ini tidak lagi terpengaruh dengan media. Regim Mahathir pula sudah jatuh muflis dan tidak ada wang untuk mengabui mata rakyat dengan pelbagai projek.” Katanya.

“Kita semakin nampak gejala rasuah telah memamah regim ini. Mahathir sendiri sudah terperangkap dengan pelbagai rasuah dan penipuan yang dilakukannya secara berkomplot. Mungkin ada beberapa orang pemimpin UMNO dan BN “mengangguk” di hadapan tetapi sebenarnya mereka meggeleng di belakang. “ kata beliau menambah.

Beliau yang pernah mengalami keadaan politik semasa perang Vietnam dalam tahun 70-an berkata, “Kita tengok orang Vietnam menyokong tentera Boneka Amerika sehari sebelum tentera Viet Cong 50 km dari kota Saigon. Bila Viet Cong sudah tiba di pintu masuk ke kota dan mengepung semua laluan menghala ke Saigon, tiba-tiba semua rakyat memakai “arm bands” pro Viet Cong!! Waktu itu regim Boneka America tidak ada pilihan lain. Mereka terpaksa menyerah diri dan cabut. Tunggu lagi bermakna gantung diri” katanya.

Soalan Terakhir

Kita yakin, Mahathir dan kuncu-kuncunya sudah terasa bahawa bahang keadaan yang sama sedang bergolak sekarang di peringkat pemimpin pertengahan. Ketua-ketua Bahagian UMNO dan pemimpin BN sudah mulai menyuarakan bantahan berperingkat-peringkat. Ada yang telah begitu nekad.

Sehari dua ini nampaknya keadaan makin hebat. Masakan akan dilaporkan dalam media pro UMNO. Tetapi, seperti air mengelak dalam takungan tertutup, ia akan meletup secara tiba-tiba. Mungkin pengintip UMNO dan Polis PDrM sudah menyampaikan maklumat itu kepada Mahathir dan Abdullah Ahmad Bedawi.

Memang bertepatanlah lawatan Fidel Castro selama 3 hari ke sini. Apakah Cuba akan menerima sebuah kapalterbang berisi penuh dengan pendatang haram berstatus “suaka” ke sana? Tunggu maklumat dari perisik Tentera (ATM).

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com