Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PEMBANGKANG TAK AKAN RUGI WALAU SECEBIS SISIK ANAK SELUANG..!

Amin Sapiro (ingin memanjat kemuncak Mount Fuji)

Walaupun Pak Amin Sapiro tak ada di sini, saya dapat email dari beliau minta saya sampaikan salam beliau kepada semua teman-teman di FGR dan pembaca LamanWeb serta Webmaster Asstn terbabit. Beliau adalah dalam sihat walafiat. Belum tahu kapan beliau akan kembali. Urusan masih banyak tertangguh, kata beliau. Mungkin seminggu lagi atau lebih awal. Belum tau, katanya. - Omar Al-Madani

Begini tulisan beliau (tanpa sunting kecuali ejaan):

Salam kepada semua. Saya OK. Nothing to worry. Makan kurang enak. Perut saya tak serasi dengan ikan mentah. Kita selalu lauk pari asam pedas…. Hehehe…(kempunan rasanya).

Saya dapat tahu YAB Perdana Menteri Malaysia yang semakin nyanyok sudah buat blunder besar yang mengejutkan orang Melayu. Beliau dengan serba sewel yang sukar diubat (kerana terlalu ganyut dan otaknya sudah keronyot) berkata “Orang Cina boleh masuk UMNO”. Dengar cerita, ramai antara reformis dan sesetengah dari penyokong komponen BA bagi komen macam-macam. Ada yang risau dan ada yang kacau.

Saya berpendirian tenang – setenang air di kolam renang. Ada gelombang tapi lagi menyeronokkan. Kalau airnya tenang takut-takut tahap Chlorine masih tinggi. Nanti negelupas pula muka yang suji ini. Bertukar pula warna kumis ini… Hihihihi…!!

Saya berpandangan tidak ada yang harus dirunsingkan. KeADILan dan PRM pun begitu juga, kan? PAS sedang berkira-kira untuk membuka keahlian kepada semua kaum di Malaysia. Itu yang disebut “Laluan Tengah”. Maksudnya, mengikut tafsiran saya: Kalau kiri-kanan jalan hujan, kita ikut tengah jalan. Tak kena hujan, kan? Orang yang jalan kiri-kanan jalan basah, orang yang jalan di tengah kering kontang. Hehehehe…..

Pasal itu, kita tak usah curiga apa-apa. Itu hal UMNO, Bukan hal BA. Kalau dia nak bagi rakyat Cuba, Myanmar, Bangla, Nepal, Utar Pradesh, saudara-maranya dari Krala atau rakan bakal beliau ‘suaka’ dari Tel Aviv pun; buat apa BA dan Reformasi nak bising. Biarkan. Itu rumah tangga UMNO. Kalau dulu Abdullah Bedawi sanggup jaga babi, mustahil Dollah akan bising pulak. Patut sangatlah beliau jadi Pengurusinya. Sudah ada justifikasinya. Kan itu bagus?

Saya kira pandai-pandailah “Geng Mamak” yang jadi “tekong darat” membasuh kepala hotak penyokong UMNO yang cuma tinggal sekerat dua cuma.

Kalau PRO UMNO seperti “tengku” Adnan Mansur dan saudara sama sekulit dan serumpun originnya seperti Zainuddin “kari kepala ikan” Nana Maidin, pasti akan cuba sedaya upaya mereka memanipulasi minda puak UMNO untuk menerima hakikat “kesewela” Presiden mereka..hehehehe… that’s alright.

Sebenarnya, Mahathir sengaja melakukan cadangan ‘explosive’ begitu (pada fikiran saya), beliau mau beli undi kaum Cina. Nampak sekarang kaum Cina sudah blahhhhhh.. meluat kepada BN. Tapi Mahathir lupa, kaum Cina sendiri tak suka tinggal dalam MCA, apatahlagi diimbau masuk UMNO. Bikin saya ketawa besar!!

Siapa mahu percaya “parti Belacan” di katakan “parti Keju”? Hhihihih… Tambahan pula jumlah ahli UMNO sekadar dibilang dengan jari; walhal Gabungan BA perlu dikira jumlah ahli dengan “sampua”. Main tuh…!!

Analoginya, UMNO is no more being supported by the majority of the Malays. Takkanlah kaum Cina sebodoh itu. Mereka menyerah kepala kepada UMNOpun, apa untungnya? Mau cari nahas? Masuk UMNO calon mudah menerima paspot ISA!! Mereka sudah nampak apa sudah jadi kepada Semangat 46. Yang membakar jembatan terkial-kial jual badan dan jual Ph.D. Murah-murahan. Kesian… dilonggok sebakul penuhpun tak laku di pasar malam.

UMNO sudah jauh ketinggalan zaman. BA dah naik ke bulan, Mahathir bawak UMNO ke zaman silam. Maksud saya: Balik ke zaman 500 tahun ke belakang!! FEUDAL!! Hahaha…!!

Keterbukaan keahlian UMNO ini, jika orang Melayu sedar dan insaf implikasinya, mereka jangan bantah Mahathir. Nanti masuk ISA, sia-sia saja. Itiharkan diri keluar UMNO beramai-ramai. Pesan kepada perwakilan yang akan bersidang supaya humbankan saja Mahathir!!! Bertuankan orang sewel-nyanyok, kalau dia makan taik; orang lain akan terhidu juga busuknya. Bermakna Mahathir semata-mata mahu berkuasa. Apa jadi kepada UMNO, itu belakang kira. Harapkan pemimpin UMNO mebantah? Isk..isk…kiamat pun tak akan berani mereka membantah secara terbuka. Fulus rasuah mana mau cari?

Saya menduga, ahli-ahli UMNO yang sekelumit itu akan lari lintang-pukang – tak mau lagi undi BN. That’s good for BA, kan?

Sebagai penyokong BA, elok berpendirian “tunggu dan lihat”. Teringat saya lirik sebuah lagu lama berbunyi:

[Sikue capang sikue capeh
Sekue tabang sekue lapeh…!!
Tarabang juo nan ka rimbo
Hai malang juooooo….]

Maksudnya, sekor terbang, sekor lepas. Maknanya satu tolak satu jawabnya ZERO. Akhirnya yang tinggal cuma Mahathir dan tekong-tekong bangang saja. “Hai malang juoooo~~~”!! Apo nak dikatooo~~~~~!! Bagindo Baro!! (teman saya anak Minang seperjalanan kali ini. Jenakanya mencuit hati.. hihihih!!)..

Mahathir sedang berancana untuk mencuit riaksi orang Melayu dalam BA; khusunya PAS dan KeADILan, kata teman saya ini (anak Nagori). Jika Pembangkang Melayu memberi riaksi yang kepalang meransang dan menentang, maka Mahathir akan ketawa besar – perangkap samarnya sudah mengena!! Dari situ beliau akan jadi “raja” dalam surat khabar. Beliau akan hasut minda kaum bukan Melayu kununnya Pembangkang Melayu adalah “racist” dan anti Perpaduan Kaum!! It is just as simple as that..!! Hahhaa….kepala hotak Mahathir itu bukan hebat sangat, kan? Siang-siang kita sudah dapat agak!!

Mahathir tau, semua strateginya sudah “tak makan” lagi! Perbincang Perpaduan Melayu sudah hilang entah ke mana. To the majority of the Malays, Mahathir lost in the game of smartness!! Nasaruddin S/U Agung PAS was fast enough to comment contradicting Mahathir’s statement. Mahathir’s face is splashed with “chicken SHIT”!! Hehehehe….Tengik..!! Tengik..!!

Isu “granade launcher” Ezam pun sampai sekarang tak jumpa. Masakan boleh jupa di mana-mana. Ia mungkin tersorok dalam seluar celah kangkang Mahathir dan Norian Mai. Takkan “aminsapiro” nak check sampai suruh Mahathir + Norian Mai bukak seluar depan rakyat di stadium Bkt Jalil atau depan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen!!… Hihihih….(ngotor aja, yek)

Kemudian, Mahathir kata pulak, yang menyebabkan negara dan rakyat huru hara bila agama dijadikan isu politik. Kalau maksud Mahathir nak sindir PAS, saya yakin 50% dari baki orang UMNO yang tinggal 30% akan geleng kepala. Sahlah si “mamat” yang jadi Presiden parti mereka dah sewel habisss..! So, baik saja Blaaaah lagi… !! Jadi, the mistakes are always Mahathir as the prime cause. Bukan Pembangkang!!

Jadi, kerana saya ditanya oleh si Omar Al-Madani, saya jawab rengkas, “Saya tenang. Langsung tak gundah. Mahathir sedang mengkuburkan UMNO once and for all. Lantak dialah. Bukan kita rugi walau secebis sisik anak seluang..! Biarkan luncai terjun... biar dia tenggelam!!

Sekian. Terima kasih kepada Omar Al-Madani. Salam kepada semua.

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com