Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


LEPAS DAIM MAHATHIR PULA YANG “LETIH!"

Amin Sapiro (Musim letih ke nih? Hhihihi…!)

DUA bulan dulu, semua orang menduga, kata mereka, “Lepas Daim bercuti, dia garenti letak jawatan punya. Sebab, dalam keadaan bercelaru begini, tambahan pula Mahathir dah kena hambat oleh rakyat jelata; sebaik-baik jalan untuk selamat ialah dengan membiarkan si “Luncai tua” itu terjun dan tenggelam dengan labu-sayungnya. Kerana itu, Daim mesti ambil langkah 1000. Siapa nak mampos tenggelam dengan nakhoda nyanyok, kan?!!”. Tak Habis-Habis Membohong

Kenyataan Mahathir terkini memecahkan tembelang pembohong yang memang lazim diamalkannya.

Baru Mahathir mengaku katanya, "Dua bulan dulu dia (Daim) minta nak letak jawatan, saya suruh dia pergi cuti dulu. Fikir-fikir semula. Tetapi nampaknya dia dah buat keputusan nak berhenti,'' katanya dalam Utusan Meloya.

Temberang Mahathir itu bukan “news” lagi. Dah basi. Bukan setakat dua bulan dulu saja, malah 6 buan dulu orang yang “tahu” dah berjela-jela menulis di laman-laman internet reformasi. Mereka yang arif memantau telah mensepekulasi bahawa dalam jangka terdekat, Daim akan letak jawatan. Memanglah Raja pembohong Mahathir bedebah ini!! (sorrylah, susah nak cari bahasa yang lebih serasi lagi).

Bakul Tiga Bucu

Daim sudah lama simpan dendam terhadap Mahathir. Puncanya ada tiga (3):

Awal pertama berpunca dari isu jumlah “anchor bank” yang bakal diintegrasikan. Daim kata enam, Mahathir kata lapan. Dua-dua ekor berok UMNO itu ada sendiri punya kepentingan. Nak buat camno, kan? Bermula terselit dendam-pekasam secara diam-diam.

Akhirnya, Daim dapat “kelentong” habis koyak rabak semua bank-bank yang patut dilelongnya. Tambahan pula, semua korporat terkait dengan beliau sudah dibailout. Everything looks OK. Beliau dah cukup secure. Semua yang dibailout oleh Daharta ada “finger print” Daim dalamnya.

Begitu-begini, Daim tetap kayaraya. Yang papa kedana, kitalah – rakyat marhain macam penghuni Kg. Medan!! Mahathir dan Mirzan cuma dapat se ketul taik yang diciritkan oleh Daim. But it’s still OK – berbillion jugak nilainya!! Cuma, bagi Mahathir – that’s not fair!! As a PM, he should get a much bigger share!!

Kedua: Bagi Daim, Mahathir semakin berbau hanyir mengalahkan orang baru sembuh dari sakit kusta. Siapa dekat dan bersentuhan, alamat menjangkitlah pekung lama beliau kepadanya. Selama ini, Daim cukup berhati-hati dengan bersikap “low profile”. Dia bijak, macam “gunting makan dalam lipatan”. Daim is a businessman. Macam orang main catur – makan keliling. Bila dah habis dadu kawan, dia angkat kaki …Blahhhhhh…!! Nak tunggu lama-lama buat apa? Nak cari nahas kah?

Ketiga (dan yang terpenting), Daim sudah nampak – dalam gejolak “political strunggle” cacamarba terkini dalam UMNO, keadaan semakin memihak kepada pemimpin baru yang lebih muda. Daim nampak, semakin hari, Mahathir tercicir jauh ditinggalkan oleh Abdullah Bedawi.

Daim nampak juga, Dollah kekurangan cuma satu, iaitu tak ada “back-up” orang yang “power” macam beliau (Daim). Oleh itu, jika beliau (Daim) memihak kepada Dollah, maka si Luncai tua (Mahathir) itu akan karam dengan labu-labu sompongnya. With a slight push, maka tenggelamlah beliau.

Daim nak taksir siang-siang, mungkin akan ramai puak UMNO dan BN yang akan bersorak "Biarkan…biarkan…!! Si Luncai Mr. Presiden karam..HAHAHAHA….!". Jadi, Mahathir karam – Daim rasa boleh selamat. Itu “planning” Daim. Masalahnya: Bolehkah? Kita akan tengok sama-sama.

Daim Opportunis Berhati Batu

Pertentangan antara Mahathir-Daim sudah nyata. Buktinya sudah nampak. Daim meninggalkan Mahathir dalam bencah-becak (lurch). Daim bukan setakat resign satu jawatan. Dia dah jadi macam “mamat UMNO” biasa. Kira-kira macam :Gurkha” lah!!

Sebenarnya, Daim pun ada kira-kira dan pandai congak. Sebenarnya, beliau sudah lama meletakkan jawatan. Cuma Mahathir sendiri cuba nak tahan. Apa sebab? Coz, that will tarnish his (Mahathir) reputation.

Kelemahan Mahathir itu telah diambil kesempatan oleh Daim. Dia peduli apa. Afterall, he is allingning himself with “the power to be” – ie, Dolah Bedawi….!!

Daim pulak, dah lama pasang injap siap-siap. Dia dah panggil 30 orang pembesar UMNO – dah hasut mereka supaya ketepikan Mahathir. Banyak juga duit Daim koyak membeli “hati” pemimpin UMNO yang masing-masing on the verge of bankcruptcy. Afterall, loyalty in UMNO is works well and purely based on money!! That make Daim’s job relatively easy!! Begitu sekali opportunisnya si Daim nih..!

Daim Orang Berbudi..Hihihih…!!

Berita sulit menyebut Daim telahpun meletakkan jawatan 2 bulan dulu sebelum rasmi Mahathir mengihstiharkannya pada petang 2 June 01. Bagi pemimpin UMNO/BN yang dah lama termakan budi Daim, to them given the choice, at least Daim has the track record in business and the economic well being of the party (if not the country).

But Mahathir, instead, destroyed both – politics and economics of the nation. Obviously, that makes things easier which particular political quarter he should side. In this case, Mahathir is left alone. Kita boleh baca “segala pujian bagi Daim” oleh Najib. Utusan Malaysia yang meloyakan sampai catat otobiografi Daim. Main tuh… Hihihihih…!!

Sekarang apa sudah jadi? Yang nampak sekarang, makin ketaralah Abdullah Ahmad Bedawi mengeras tekanan beliau supaya si nyanyok tua itu meletakkan jawatan. Beberapa pihak dalam UMNO dan komponen BN semakin berani menuntut supaya Mahathir resign.

Penculikan Menuntut Pampasan

Nampak sekarang, Dollah juga ada kebijaksanaannya yang tersendiri. Dibiarkannya Mahathir “menculik” 10 pemimpin KeADILan dan Reformasi. Dibiarkannya Paul Agustine buat keputusan perbicaraan mereka macam “Keling Mabuk Todi”. Dollah berpakat dengan Rais supaya buat kenyataan macam “budak gila” dengan memutarbelitkan penghujahan mendedahkan “Mahathir gila kuasa”.

Kebijakan Dollah makin terserlah dengan membiarkan Norian Mai buat perkara yang mentafsir ISA “mengatasi Perlembagaan”. Dollah biarkan saja cerita “anjing-anjing Mahathir” membelasah “10 budak hitam” yang diperangkap di lokap Bkt Aman. Lagi lama mereka kena perangkap, lagi bertuah nasib Dollah. Yang kena lejang cuma Mahathir. Dia kan Prime Minister? Jadi, Dollah selamat, Mahathir kena hambat….!! (Bijak…bijak..!!”).

Inikah Dia Politik UMNO/BN?

Mahathir sekarang sudah nampak “pedati UMNO” dah kematian kerbau sekor. Harapkan Dollah macam “kerbau memakan padi”. Menyesal juga Mahathir: Dollah betul-betul macam kerbau pedati gila: “diiringi dibelakang – menyepak dia; diheret – menandok ia. Terduduk lumpuh Mahathir dibuatnya…!!

Sekarang baru Mahathir sedar, ini semua Daim punya kerja. Dollah pandai main kayu tiga, sebab Daim dah siap “angpow” untuk Dollah (dan kuncu-kuncunya) nak terbalikkan rakit Mahathir. Itu sebab Mahathir Ok-kan bila Daim “resign without giving any substantive reasons”. Geledah rumah Daim apa ada? Boleh jadi, ada lagi 6 kotak bagi menambah jumlah yang ada pada Ezam. Boleh jadi, Daim sendiri ada simpan “grenade launcer” dan molotov cocktail…!! (sebok anjing-anjing Norian Mai mengintai di Taman Meluri kabarnya).. Hhihih

Rotan Reput Akar Kelubi

Terfikir oleh Mahathir, tak ada rotan akar pun berguna juga. Maka berbincanglah beliau dengan orang separa-nyanyok dari Langgak Golf. Pada firasatnya, mungkin dengan membawa masuk seteru lamo menerajui Kementeraian Kewangan, akan membawa berkat. Khabarnya, “budak Kelantan” itu berjanji nak tawan negeri watannya. Terasa juga oleh Mahathir “cerah masa depannya”. Soalnya sekarang: Apakah ini satu penyelesaian yang baik dan kena pada tempat dan ketikanya?

Soalan itu boleh dibayangkan, iaitu: Dalam politik UMNO, soal “setiakawan” memang tak ada. Jadi, Ku Li nampak saja mengangguk, dalam kepala botak beliau masih teringat dia kalah bertanding Timbalan Presiden UMNO dulu cuma 42 undi saja, walaupun pada mulanya beliau menang. Dalam kepala hotak orang politik macam UMNO – kawan tu kawan juga, tapi sampai mati DENDAM tak habis. Mesti ada punya!!

Nampaknya akan kiamatlah UMNO/BN by 2004. Jadi, eloklah BA kerja keras 10 kali ganda. PAS. KeADILan, DAP dan PRM, kalau boleh jangan pedulikan cerita selekeh UMNO. Kita “tenyeh” depa habis-habis!! Nampaknya UMNO/BN sedang menyosong arus. Bergalah patahlah diorang nampaknya!! Sekian dulu.

(NB: Maaf, lama tak nulis nih. Ada hal sikit. Tapi bukan “letih”..HAHAHAHA…!!)

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com