Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BILA MAHATHIR SEMAKIN KESEORANGAN

Amin Sapiro (Nampaknya Reformasi makin berjaya)

BILA Rais Yatim bercakap dengan hujah kununnya, “…..although the ISA is unpopular in the “eyes of certain people”, the Act had produced peace and tranquility – the fact remains that it has produced the kind of tranquility that Malaysians have experienced", berkerut juga dahi kita membacanya. Apa yang dikatakan Rais itu mendorong ramai orang bertanya, “Should the tranquility that Malaysians have experienced is preconditioned by sacrifices of humanity by the Mahathir regime, by inflicting animosity on the part of the rakyat?”. Rais kena jawap! lupa Jambatan Yang Dibakar

Orang tak lupa siapa Rais dan Dollah Bedawi semasa “beruk-beruk” UMNO (opppsss… UMCINO) dua ekor ini bergayutan di dahan rapuh Semangat 46. Semasa dalam persembunyian dan karier politik Rais dalam ‘doldrum’, dalam tahun 1988, Rais Yatim ini pernah menulis kertas “berjela-jela” panjangnya bertajuk “‘Detention without trial: Has the time for abolition come?’.

Mungkin Rais lupa-lupa ingat dalam kepala hotak dogolnya bagaimana hebatnya beliau membicarakan isu penahanan ISA, sebab-musabab serta justifikasi ISA patut disemak semula.

Mamanglah, pada masa itu Rais adalah bakal penghuni lokap Bkt. Aman atau terus dipurukkan ke Tmn Seri “Kemunting”, kan? Jadi, semasa manusia semacam dia yang bersifat “mengkarung” yang mudah bertukar warna mengikut suasana, maka lidahnya bercabang entah berapa. Baru sekarang diketahui dengan tepat, sebenarnya lidah Rais bercabang tiga – mula-mula lidah UMNO, kemudian lidah buaya (loyar Ph.D nya). Akhir sekali sekarang – lidah UMCINO!! Macam ini pejuang rakyat koh? “Di ma kalapier wa-ang ko? Alah masuak ka dalam kalonsong-e pulo baliak samulo, yo?”.

Politik “Survival”

Sejak Daim “menjalang” ikut pintu belakang, nampak UMNO dah jadi parti “belukang”. Yang tinggal menetap dalam UMCINO (meminjam nama baru UMNO selepas Mahathir mem”baptise”kannya), masing-masing bertukar menjadi “belodok”. Tak kira siapa boleh masuk jadi ahli UMNO. Sebelum jadi “UMCINO”, UMNO dah jadi parti “uMMno” – dikepalai oleh Presiden yang berbangga sangat dengan mentauliah diri sebagai MahaFIRAUN!

Pemimpin UMNO @ uMMno @ UMCINO telah sampai ke tahap “point of no return”. They all seemed to have reached the final moment. Nak undur tak boleh lagi. Mau atau tidak, terpaksalah ke depan demi “survival”. Malangnya, the party is over. Ramai tetamu dah pulang. Masing-masing dah tak pandang belakang. Yang tinggal sekarang cuma “induk-induk angkang” yang berhati walang.

Rakyat Bertahan Menahan Cabaran

Hari ini, bukan setakat orang Melayu saja yang “memulaukan” UMNO, malah kaum bukan Melayu pun sudah hilang kepercayaan kepada BN (walaupun UMNO dinamakan semula sebagai UMCINO). Dasar “pintu terbuka” UMNO hingga menjadi UMCINO tidak ada makna. Jika 1000 kaum Cina Sabah masuk UMNO, malangnya 10 ribu orang Melayu meninggalkan parti “AM-NO” itu. Apa ikhtiar Mahathir lagi? Berdendang tak berlakulah akhirnya…!!

Orang Melayu sudah sepakat menyambut cabaran Mahathir. Walaupun pada mula si MamakTANDIL ini dilihat sebagai orang tua suka berleter, tetapi makin hari semakin nampak dia sudah semakin sewel – lebih sewel dari Pak Pandir. Jadi, supaya mengelak diri dari diISAkan, rakyat sudah mencari jalan aman – let Mahathir lead his own world upside down, and so be it eventhough UMNO is on fire @ burned down!!

Mahathir & UMNO Berjaya Apa?

Di akhir-akhir ini, rakyat dan dunia sudah nampak bahawa selama 20 tahun Mahathir menerajui negara, satu “hapah” pun tak nampak pencapaian pemimpin sekongkol beliau.

Mahathir berhujah kononnya beliau mencetuskan pelbagai projek dan pembangunan mega. Tetapi kalau dikaji cerita dibelakang tabir, hutang negara sudah tersangkut 3 generasi pun susah nak habis bayar.

Orang Melayu harus kesal tak sudah. Dasar Ekonomi Baru dah bagi apa faedah? Kalau nak dikirakan, DEB telah dikhatamkan sebagai formula menghalalkan rasuah dan “ganjaran haram” untuk menampung tembolok gelojoh kroni dan suku-sakat Mahathir-Daim.

Tanya orang kampung apa mereka dapat? Tidakkah kurang beban batu digalas? Tanya peniaga IKS yang mengharapkan ganjaran penat lelah, apa habuan mereka? Tidakkah berniaga buluh kasap – dapat hujung pangkal lesap? Kontrak dan tender “kain lampin haid” di hospital pun Mirzan-Daim yang supply. Dah harap apa lagi kalau koporat mega is inflicted by such cronic deseases?

UMNO Harus Berbagga Cuma…..!

Tergelak kita bila Fidel Castro datang bertandang melawat rakan sepermainannya di Puterajaya. Khabarnya terperanjat beruk si kepala Kominis itu bila bertenggek di pelantar Menara Kuala Lumpur. Rasa macam dekat ke syurga, katanya. Main tuh! Kalau bapak kominis pun tau apa dia syurga, takkan Mahathir, seorang mengaku MahaFIRAUN pulak tak tau?

Hahaha… sebenarnya Castro tak tahu hutang lapuk rakyat berbillion disebabkan oleh projek “Syurga” Mahathir itu. Boleh jadi, si “wak” Castro itu bercanggah sikit dengan Wak Amin Sapiro. Sebab, si Castro penjana ‘revolusi’, dan Wak Amin “pro Reformasi”. Mahathir pulak? Hahahah… pejuang apa nak kita bagi…?

Nampak sangat sekarang Mahathir tinggal keseorangan, kan?

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com