Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAULIDUR RASUL DIGUNAKAN PEMIMPIN UMNO ISTIHAR KEZALIMAN

Amin Sapiro (Tidak mengerti Mauludur Rasul versi UMNO)

TERPERANJAT bukan sedikit orang Melayu beragama Islam dan umat Islam seluruh dunia apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi pada hari terbabit mengesahkan penahanan empat aktivis reformasi mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun. Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau dengan megah dan bangganya berkata, “Pertimbangan yang diambil ialah khusus berkaitan dengan keselamatan dan kestabilan negara,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Saya berpuas hati setelah membaca laporan hasil daripada siasatan yang dikemukakan oleh polis. Asas-asasnya mencukupi untuk mengenakan tahanan ISA terhadap mereka,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1422 Hijrah di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Mauludur Rasul Sudah TERCEMAR oleh UMNO

Kelahiran Nabi Junjungan kita, Muhammad saw. adalah tarikh sempurnanya bermula sejarah pembebasan manusia dari sebarang kekejaman dan kezaliman.

Islam tertegak dengan megah. Ia diimarahkan melalui pengorbanan jihad yang menuntut nyawa dan darah. Peperangan demi peperangan dilalui oleh para syuhadah walau dengan bersenjatakan peralatan kuno dan tulang 4 kerat semata-mata.

Namun, bagi mereka, kekuatan iltizam dan semangat menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman umat terkemudian dari mereka, adalah matlamat yang unggul. Mereka menyebarkan syiar Allah swt. Risalah Allah di dalam Al-Quran dilaungkan dengan selawat atas Nabi sebagai peringatan mengahati kebesaran Islam.

Sehubungan itu, apabila Abdullah Bedawi memberitahu pula bahawa sesungguhnya beliau sudah menandatangani arahan untuk menahan empat pejuang KeADILan. Dengan penuh bangga beliau berkata, “Mereka sudah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Perak”.

Seluruh rakyat dan umat Islam tergamam. Mereka bertanya, “Mengapa semangat Mauludur Rasul dicemar begitu sekali oleh pemimpin kerajaan yang mengaku kununnya mentadbir rakyat secara Islamiah? Mengapa Kerajaan UMNO/BN sanggup mempamirkan sesuatu perbuatan yang samasekali bertentangan dengan semangat Islam yang disebarkan Allah swt. melalui nabiNya pada tarikh yang bersejarah ini?”

Raja-Raja Melayu Dan Tahanan Awam

Yang Di Pertuan Agung sewaktu berucap tidak langsung mempamirkan sikap prihatin kepada inti-inti dan nilai Islam yang sedang dicemari oleh Kerajaan yang memerentah. Baginda seperti tidak terfikir bahawa disebalik titah Baginda yang begitu tersusun indah, tidak langsung membayangkan bahawa ada empat aktivis reformasi yang juga rakyat Baginda sedang dipisahkan dari anak-isteri dan kebebasan mereka sengaja disekat.

Baginda mungkin lupa bahawa sdr. Ezam Mohamad Noor, 34, Ketua Pemuda parti Keadilan adalah rakyat Baginda yang setia. Sdr. Tian Chua adalah Naib Presiden KeADILan dan kolumnis bebas, Sdr. Hishamuddin Rais telah dipenjarakan tanpa dibicarkan.

Sdr. Saari Sungib, adalah seorang yang berilmu dan memahami dengan mendalam sejauhmana Islam sudah tercemar oleh pemimpin UMNO. Masing-masing sedang dipenjarakan tanpa dibicarakan. Apakah ini maksud yang tersirat sempena Mauludur Rasul itu seperti yang ditafsirkan oleh pemimpin UMNO yang dipuji setinggi langit dalam titah Baginda?

Regim Mahathir Mengamalkan Kezaliman

Autobiografi Abdullah Bedawi menciterakan beliau sebagai anak seorang ulamak Islam besar di satu ketika dulu. Tetapi di hari baik bulan baik ini, beliau menukar wajah Maulidur Rasul ke zaman jahiliah, iaitu “siapa yang berkuasa dan kuat boleh bermaharajalela sesuka hati”. Undang-undang amalan Jahiliah dojadikan sandaran!

Sejarah Islam mempamirkan keburukan regim Firaun yang menyembelih kanak-kanak lelaki dan membunuh sesiapa juga yang cuba menegakan kebenaran. Tetapi hari ini, regim Mahathir yang menguasai rakyat melalui UMNO/BN semakin nampak jelas telah bertukar menjadi lebih dahsyat lagi hingga mengakui President parti mereka sebagai MahaFIRAUN @ MahaZALIM…!! Mereka berbangga dan tidak peduli..!!

Tahanan Tanpa Bukti

Bila Dollah ditanya apakah perintah tahanan ISA itu ada kaitan dengan kenyataan polis bahawa mereka terlibat dengan kegiatan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan? Tanpa justifikasi, beliau yang merangkap jurucakap “Firaun tua” yang sudah bacol itu berkata, “Ia ada hubung kait dengan hal-hal yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam”. Kemudian beliau terdiam. Kepala beliau tundur tafakur.

Beliau tidak termampu mengulas ketika ditanya sama ada tindakan yang serupa akan diambil terhadap tiga lagi yang ditangkap di bawah ISA? Ternampak di muka beliau satu perasaan serba salah mengugat hati dan jiwa resah gelisah. Apakah beliau merasa bersalah? Kita tidak tahu!!

Tuduhan “menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam” bukanlah suatu tuduhan yang calang-calang. Ia amat berat. Dalam dunia masyarakat madani, orang yang dituduh wajib dihadapkan ke mahkamah. Jika pendakwa tidak berjaya membuktikan mereka terlibat, adalah perbuatan yang sungguh-sungguh dan teramat zalim memenjarakan mereka; apatahlagi mengaibkan mereka dan keluarga tanpa bukti yang nyata bersaksikan mata.

Mauludur Rasul Pameran Pelancong Luar

Hematnya inilah perjuangan Islam yang diimarahkan oleh Muhammad saw. dan termeterai dalam semua sambutan Mauludur Rasul seluruh dunia. Bukan saja insan-insan mukmin yang berselawat ke atas Nabi mereka, malah para malaikat juga bertahmid kerana lahirnya seorang Nabi besar yang diiktaraf Allah swt turun ke dunia. Apakah semua ini begitu mudah dicemarkan oleh sebuah pemerentah seperti UMNO yang kununnya mengakui pelindung Isebuah negara slam di dunia? Begini kah?

Apakah Dr. Mahathir dan semua dhif-dhif kehormat yang meraikan hari itu memahami roh kebangkitan Islam sebenar? Apakah JAKIM setakat mengundang rakyat ke pamiran pelbagai tari menari dan pintomin Islam setakat mengimbau pelancung luar negeri saja? Itukah gunanya hingga berjuta wang rakyat dihamburkan, sementara beratus ribu rakyat miskin compang camping di Kg. Medan? Islam apakah yang dipamirkan oleh pemimpin UMNO?

Tersebak Dada

Hampir 1000 Srikandi penyokong keadilan ummah termasuk anak isteri mereka yang diISA dan di”kemunting”kan menunjukkan desakan hati yang rawan di medan perhimpunan. Mereka membawa sepanduk sederhana menunjukkan kegelisahan hati dan bantahan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh regim Mahathir ini.

Rakyat seluruh negara tersebak dada dan menitis airmata bila melihat kaum wanita beragama Islam menyedarkan kerajaan yang diberi amanah yang kini bertukar wadah hingga tidak peduli dengan roh Mauludur Rasul yang unggul.

Semakin ramai rakyat jelata merasa jijik dan loya dengan kepura-puraan sebuah regim yang mengaku penegak syiar Islam tetapi lebih zalim dari sebuah regim Yahudi..!! UMNO membunuh semangat dan amalan Islam sebenar!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com