Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MAKIN BAHAYA BILA SENARAI MUSUH-MUSUHNYA BERTAMBAH

Amin Sapiro (Tak ‘hingin’ berPMkan seorang Gilo)

SEMASA Datuk Seri Anwar dilucutkan semua jawatan, Dr. Mahathir masih merasa dirinya masih ada harapan disanjung dan dipuja oleh pemimpin UMNO dan BN.. Beliau yakin, peristiwa itu akan reda dan mati begitu saja dalam seminggu. Sebaliknya, ia mencetuskan satu pergolakan politik yang semakin meruncungkan. Belau dan kuncu-kuncu yang berkonspirasi ternyata sangat kecewa. Semua pemimpin UMNO dan BN hilang akal. Mereka jatuh bodoh melihat rakyat hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional. Mahathir Wira “Bangang Ketetel”

Dengan angkuh Mahathir menunjukkan sifat wira “bangang ketetel” yang berjuang dengan senapang buluh – meletop bagai petir, api menyembur dimuncung senang bagaikan kilat sambar menyambar Namun “peluru habis Palembang tak alah juga”.

Sudah lebih dua tahun berperang dengan rakyat (khusunya dengan orang Melayu), keadaan dan senario politik, sosial dan ekonomi semakin parah. Hingga, Dr. Mahathir yang pernah mendabek dada kununnya mampu memperbaiki ekonomi negara dalam tempoh 3 bulan (andainya beliau diberi kebebasan bertindak) telah menampakkan kebongokan beliau. Semua tindakan beliau gagal. Cuma yang berjaya anak-anak dan kroni beliau dan Daim saja. Rakyat papa kedana!

Pasal Ekonomi – Mahathir “ZERO”

Ramai pakar ekonomi yang berkata, “Mustahil ekonomi akan pulih di bawah pentadbiran Mahathir, kerana beliau langsung tidak mengerti asas ekonomi berbanding budak SRP”..!

Terbukti hari ini, kata-kata mereka memang benar. Sumber dana KWSP sudah susut teruk, manfaatnya kepada rakyat “NIL”..!! PNB hancur, Perbendaharaan Kemen. Kewangan punah, Tabung Haji “licin-licau”. Sekarang sudah menjangkit kepada Bank Simpanan Nasional pula.

Dana peneroka FELDA semakin digugat. Hampir semua privatised government utilities seperti bekalan air (JBA), Tenaga Nasional (TNB), Keretapi Tanah Melayu telah hangus dan tidak ada wang simpanan.

PETRONAS Bukan Milik Rakyat

Bagaimana dengan PETRONAS? Tak payah tanya banyak-banyak. Khabarnya ada dua saluran pembetungan. Satu dituang masuk ke kapal yang jumlah tongnya dikira oleh PTERONAS. Tetapi yang satu lagi mencurah ke dalam kantung orang persaorangan. Perbuatan begitu bukan lagi diiktiraf sebagai songlap, curi, rompak atau samun. Ia sudah sampai ketahap tak ada vocab untuk menamakannya. Seolah-olah negara ini tidak berpunya lagi. Rakyat sudah tidak berhak ke atas sumber dan harta negara.

Rakyat Masih Nak Bertahan?

Tanya sikit: Sampai bila rakyat mesti bertahan? Tidakkah ini bermakna bahawa rakyat negara ini sudah hilang kuasa untuk mendapat nikmat dari pengurniaan Allah kepada mereka? Begini sangatkah caranya UMNO menunjukkan taat setia kepada seorang President parti dan kuncu-kuncu pelahapnya?

MTUC memang sedar betapa dahsyatnya regim ini “membulldozer” KWSP. Pada taksirannya, KWSPlah kumpulan sumber dana terbesar di negara ini. Himpunkan semua bank yang ada, KWSP masih top. Jika regim ini menghakis dana KWSP, apa lagi yang tinggal untuk rakyat. Tidakkah negara ini akan jatuh muflis? Sesebuah negara yang muflis akan dengan mudah dibeli dan digugat oleh “orang asing”.

Siapa Sebenarnya Pengimbau “Anasir Asing”?

Tidakkah regim Mahathirlah yang sebenar-benarnya mengimbau “orang asing” untuk menjajah dan menguasai seluruh sistem politik, ekonomi, pentadbiran dan perundangan negara ini? Siapa penasihat ekonomi beliau? Solomon and Barney itu siapa? Bila rakyat Malaysia bersaudara dengan Yahudi pula?

Patutkah Pembangkang Menjadi Sasaran?

Mahathir sentiasa membohongi rakyat dengan gertak-ugutan kununnya Pembangkang sedang mengimbau “penjajah asing”, memberi ruang untuk menguasai negara. Berfikir panjanglah barang sedikit. Tidakkah kemiskinan negara akibah keborosan, salahurus dan salahguna kewangan dan dana negara oleh regim Mahathir? Tidakkah itu punca paling kritikal yang menjadi penyebab? Hematnya, Negara sedang berhadapan dengan isu kemerosotan simpanan luar negara yang sangat implikasinya.

Buruk Yang Datang, Bagaimana…?

Fikir ini: Andainya berlaku sesuatu kekacauan atau kemelesetan ekonomi negara kuasa ekonomi besar di dunia menjadi lebih teruk (sudah nampak sekarang sejak Amerika dan Jepun mengalami economic slow-down); pasti rakyat negara ini akan kembali makan pucuk meranti dan ubi kayu seperti zaman Jepun..!! Ringgit Malaysia akan disaiklostail berlori-lori; tetapi nilainya ialah seguni RM = Secupak beras berkapur!! Itukah kemakmuran? Itukah petannda ekonomi sudah pulih?

Sah Mahathir Pembohong Besar!!

Itu sebab Daim berhenti Blahhhhh..!! Dia sudah hisap habis, Mahathir sudah sedut licin. “Perompak” yang berdua ini bersama anak-beranak dan Kroni mereka sekarang bercadang untuk berkongsi agenda mengistiharkan dharuat seluruh negara. Mereka mahu mencetuskan satu keadaan yang condusive supaya pengistiharan itu “nampak” halal.

Mereka tidak peduli apa akan jadi kepada rakyat. Regim ini akan terus menerus menyakiti hati rakyat supaya bangkit menentang secara besar-besaran. Itu adalah taktik yang strategik bagi mereka melaksanakan agena mereka. Itu sebab ISA akan diteruskan. Isu Anwar sengaja diperbahrui. Kaum Cina dicuit tidak henti-henti!! Orang Melayu diperbdoh-tulikan!! Mereka sudah rancang semua!!

Apa Pilihan Rakyat?

Soalnya: Bergantung kepada rakyat untuk memilih jalan terbaik. Apakah rakyat sanggup hidup terkongkong lebih lama sampai bila-bila atau bertindak tepat pada masanya untuk memperbetul keadaan ini?

Ini adalah persoalan besar yang mesti dilalui. Pepatah Melayu “telan mati emak, luah mati ayah” tak boleh pakai dalam konteks ini. Kemungkinan besar, yang tepat dan terbaik ialah, “Biar putih tulang jangan putih mata”. Simpan-simpanlah kain putih di dalam gerobok. Masakan anda mahu berkafankan guni tepung!!

Ingat ini: Waktu keseorangan ini, Mahathir semakin GILA!!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com