Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


APAKAH MAHATHIR AKHIRNYA MENYERAH JUGA?

Amin Sapiro (menanti mentari pagi bersinar)

BERITA terkini menyebut: “Dr. Mahathir betul-betul panik..!!” Kebocoran rahsia perletakan jawatan Daim Zainuddin, dakwaan orang ramai, pelbagai maklumat dalam internet, soalan padu dari wartawan/pemberita sebulan sebelum tarikh ia berlaku memeningkan kepala Mahathir. Soalnya, di manakah mereka dapat tahu dan apa sumbernya? Itu soalan cepu mas! Penangkapan 10 orang pemimpin KeADILan dan penyokong Reformasi dengan tuduhan berniat jahat (tanpa tuduhan konkrit oleh PDrM, sebaliknya palsu), belasah dan penyiksaan terhadap mereka semasa dalam tahanan polis di Bkt. Aman, “bru-ha-ha” yang timbul dari pengambilalihan suratkhabar Cina secara paksa (atasan arahan Mahathir) dan penentangan majoriti masyarakat Cina, perkembangan terbaru yang tersebar mengenai kekacauan dalam komponen BN: UMNO dan MCA (MIC cuma melukut tepi gantang) memberi regim Mahathir suatu bayangan bahawa:

a) “Powerful political force”

Keseluruhan senario dan perkembangan terkini yang bergolak menunjukjkan bahawa rakyat semua kaum (Melayu, Cina dan India) di negara ini sudah semakin terang-terang menjelaskan mereka menganggap regim Mahathir hanya sebuah “kerajaan Bayangan”. Rakyat sudah “membuang” mereka.

Keadaan yang bergolak diperingkat rakyat menunjukkan bahawa sudah terbit satu “powerful political force” yang mampu menumbangkan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir secara demokratik. Tak perlu tangkap 10 orang – 10 ribu pun rakyat tak peduli lagi. Apatahlagi, tahanan itu makin melemahkan kepimpinan regim Mahathir!

Jika sebelum November “99 memperlihatkan Mahathir dan sekongkolnya dibenci dan disingkirkan oleh orang Melayu sahaja, dan ini terbukti UMNO merudum dan kehilangan 22 kerusi Parlimen dan sebuah negeri terpenting; namun hari ini keadaan semakin teruk dan menggelisahkan beliau.

Jika dalam pilihanraya November “99 menyaksikan Mahathir “menjual” kaum Cina “mentah-mentah” dengan janji palsu beliau dalam isu Suqiu hingga kaum Cina tertipu bontang; hari ini majoriti kaum Cina sudah ramai “berpatah arang” dengan MCA.

b) Mahathir Semakin Kecundang Keadaan BN semkain merisaukan Mahathir. BN semacam “being deserted” oleh pengundi – yang satu masa dulu adalah taksub memilih BN. Pada masa itu, Mahathir tidak risau barang sedikitpun jika pengundi Melayu tidak memilih UMNO/BN. BN dijangka masih kuat jika kaum Cina masih boleh ditipu dan diperbodohkan.

Akhirnya, BN tetap berkuasa walaupun UMNO hancur lebur. Mahathir tidak peduli itu. Nawaitunya cuma mahukan kuasa. Itu saja. UMNO boleh “go to hell – I don’t care” katanya..!! Bongkak sungguh!

Bagi Mahathir, samada perwakilan UMNO mengaut hanyak kerusi di Paelimen dan di DUN atau hapus langsung, itu bukan masalah besar bagi beliau. Beliau cuma mahu berkuasa. Itu sebab Mahathir boleh katam “I don’t care… It’s my way..!!”.

Dalam P/raya 2004, Mahathir merancang untuk meletakkan calun-calun MCA lebih banyak dari UMNO. Strategi beliau, jika pengundi Cina cuma 35%, kerusi itu akan dicalunkan wakil MCA. Penyokong UMNO akan jadi “barua” saja. SPR diarah supaya memindahkan pengundi (seperti ke Lunas). Pembangkang kena jaga-jaga. OK?

Mahathir Tak Pandang UMNO Sebelah Mata

Mahathir tidak pandang sebelah mata terhadap pemimpin UMNO. Beliau tidak peduli lagi kesejateraan orang Melayu. Itu sebab beliau membuka UMNO kepada kaum Cina Sabah. Mandat dan suara ahli UMNO bawahan cuma dibakulsampahkan saja. Beliau tidak risau dan tidak peduli. Itu strategi politik beliau memenangi hati kaum Cina di Semenanjung.

Tetapi hari ini, Mahathir dan segelintir kuncu-kuncu “think tank” sudah goyah kepala lutut. BN tidak lagi menjadi barisan “favourite” kaum Cina. Kaum Cina sudah jelas sekarang bahawa Mahathir adalah seorang opportunis politik yang disebut sebagai “political animal” yang biadap dan tidak bersopan kepada rakyat.

Mahathir tidak amanah dan tidak berhemah, kata mereka. Kerana itu, seluruh masyarakat semua kaum sudah berpadu dengan satu iltizam, iaitu BN wajib ditumbangkan!! Pembangkang sudah tidak perlu bercerita panjang lagi. Mahathir sendiri sudah menolak buah domino!!

c) Sending BN Onto Solid Rock

Selama ini Mahathir bermati-matian sangat berpuasa hasil strategi beliau memusnahkan lawan dalam parti. Pemimpin UMNO diperlekeh dengan mudah. Musa Hitam, Ku Li dan Ghafar Baba adalah antara mereka yang diketepikan dengan hujung kaki saja. Mereka terjerahak tak bangkit lagi.

Tetapi, ketakuburan beliau kali ini membawa padah besar kepada beliau, sekongkolnya dan parti yang menganggotai Barisan Nasional.

Mahathir menyaksikan 80% penyokong UMNO/BN sudah berpaling tadah. Jumlah 80 – 90% pengundi muda (semua kaum) sudah hilang kepercayaan kepada BN. Mereka tidak lagi menyokong komponen parti perkauman dalam BN. Mereka mampau menggunakan kebijaksanaan masing-masing hingga setiap perhimpunan Pembangkang, puluhan ribu (malah ratusan ribu) antara mereka dengan mudah perkumpul di mana-mana saja.

BN gagal di Lunas. Itu bukti perpaduan pengundi muda. Walaupun Mahathir mengarahkan FRU membelasah dan menahan para demo di mana-mana, mereka masih tidak peduli. Mereka menganggap itu seperti Pesta Sukan “kejar mengejar” dengan “anjing-anjing Mahathir” saja.

Ini disebabkan mereka tetap berpegang kepada lunas-lunas Perlembagaan dan Undang-undang negara yang memperakukan hak mereka bersuara. Semangat mereka makin menjulang bila Yang Arif Hishamuddin membuat keputusan. Majlis Peguam juga ikut bersetuju. Itu adalah suara rakyat yang celik undang-undang.

Semua insiden yang berlaku wajar disebut sebagai “sending BN onto solid rock”. Barisan Nasional diumpamakan sebuah kapal usang yang dilada gelombang Tsunami yang menghempaskannya ke batu karang. BN sudah berkecai, hancur dan tunggang-langgang! BN sudah nyawa-nyawa ikan. Breathing the last breath..!! Seperti sebuah Titanic – ia menanti karam di dasar gunung air batu!!

Mahathir Letak Jawatan atau BN Hadapi Kehancuran

Saranan “Mahathir Letak Jawatan atau BN Hadapi Kehancuran” bukan lagi dilaungkan oleh Pembangkang dan Reformis. Ia sudah menjangkit kepada komponen BN. Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian di Kedah dan di Johor sudah semacam sepakat sekarang.

Terdengar cerita, para penyokong mereka yang telah difitnah dan dilucutkan jawatan yang disandang sebagai Ketua Bahagian gara-gara “politik wang” khabarnya sudah berpaling tadah. Mereka yang menggantikan yang “bertiga” itu menganggap lantikan pengganti mereka adalah “Mahathir’s Three Stooges”.

Mereka tahu itu semua Mahathir punya kerja. Aziz Shamsuddin (Gopeng), Raja Ariffin (baling) dan Malik Munip (Muar) mengahdapi ketandusan penyokong di kalangan pemimpin UMNO sendiri. Mereka cuba memujuk dan membeli penyokong dengan mengadakan kenduri arwah. Tetapi yang ditalqin dan ditahlilkan adalah diri mereka sendiri. Tidak ada orang hadir kencuri mereka. Itu apa macam? Ketua Bahagian apa namanya?

Lawak yang didengar sekarang, harus mereka akan gantung gambar sendiri dalam kempen piihanraya kelak!! Mana tau, mungkin pokok nyok pun dah kena tebang..!! hahaha…

Daim Akan Dihadapkan Ke Mahkamah?

Dengar sajalah apa perkembangannya. Belum tau lagi. Entah Daim atau Mahathir. Abdullah Bedawi sedang mencongak dengan “sempua”nya!! Mungkin Lim Ah Lek dan Chua Jui Meng sedang membantu Dollah untuk mengalih “buah tunggal” di papan “sempua” berjenama “Vote of No Confidence”.

Soalnya: Di mana, bila dan bagaimana!! Ikuti perkembangan selanjutnya. Api dalam sekam sedang marak!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com