Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SUDAH HILANG KEWARASAN DAN TERAS KEIMANAN

Amin Sapiro (terpegun membaca surat YM Raja Ahmad Aminullah)

AKHIRNYA – “meletup” juga teman lamo kita: YM Raja Ahmad Aminullah. Sejak mengenali beliau sekian lama, YM Raja Ahmad dikenali oleh teman-teman sekawan sebagai insan yang dermawan dan telus berfikiran. Beliau sangat terkenal dengan sikap dan peribadi yang mengambil berat dalam hal-hal kebajikan awam. Tidak perlu dihebahkan di sini siapa beliau. Bagi kami yang mengenali beliau, itulah sikap semulajadi dan peribadi beliau – tidak suka bercakap banyak membazir tenaga. Seorang yang berhemah tinggi, berhati-hati dan lemah-lembut mengutarakan fikiran.

Surat Penuh Makna

Hari ini, bila membaca surat beliau (YM Raja Ahmad Aminullah) amat panjang berbanding memo-memo singkat sebagai ahli Lembaga Pengarah di media arus perdana, yang satu masa dulu sangat unggul dan ternama seantero dunia. Sekarang sudah tidak ada rupa.

Pandangan beliau kali ini adalah urutan dari pelbagai angkara dan musibah yang dilakukan oleh seorang manusia yang sangat berbeda fitrahnya. Soalan yang kerap timbul: Apakah orang itu masih lagi layak bergelar manusia, binatang, haiwan atau makhluk perosak yang wajar dibuang jauh-jauh?

Begitu juga, adakah orang itu seorang insan dari makhluk berjenama Melayu atau Yahudi? Apakah orang itu ada budaya atau lebih layak disenyawakan bagai haiwan di hutan yang mengatur orang lain menurut “hukum belantara”?

Itu bergantung kepada rakyat negara ini yang sebenarnya berkuasa, multlak dan hakiki sehubungan dengan hak asasi mereka; untuk mentafsirkannya. Orang Melayu sebagai watan negara ini, seharusnya tidak ragu-ragu dan takut-takut menentang dengan apa jua ikhtiar peri ketandusan dan kehakisan nilai-nilai kemanusiaan yang sedang menular di negara ini.

Insan-insan Pejuang Keadilan Rakyat

Kita pernah mengerti hubungan cerita latar yang menyebabkan sdr. Ahmad Nazri Abdullah (Berita Harian) dan Johan Jaafar (Utusan Melayu) dibuang dari mengepalai akhbar terbabit lebih 2 tahun dulu. Jika anda mahu tahu, sebab musabab pembuangan mereka semata-mata kerana menulis perkara yang bermaksud menyelamatkan orang Melayu, kewibawaan tanair, bangsa dan agama juga. Nukilan surat YM Raja Ahmad Aminullah adalah sama nadanya.

MAHATHIR SUDAH HILANG KEWARASAN IMAN

Keikhlasan mereka mnenegakkan perjuangan rakyat yang selama ini dibela oleh akhbar-akhbar arus perdana telah disekat dan ditukar wadah supaya meladani kerakusan seorang yang berkawan dengan syaitan dan iblis. Kerana sikap mereka bertentangan dengan kamahuan syaitan-syaitan pengikut bapak segala Iblis itu, maka orang seperti abdi suruhan bernama Kamarul Ariffin (yang pernah sekongkol dalam kes BMF-Carian Fraud) menjalankan tugasnya (sebagai menyelamatkan diri dan kepentingan peribadi).

Kerana Dr. Mahathir akan terus berperang dengan rakyat, maka orang-orang punya kepentingan diri tetapi berpenyakit pekung rasuah (sebaliknya bercita-cita tinggi) seperti Rais Yatim, Abdullah Bedawi, dan mereka yang sewaktu dan se kandang dengannya); perlu menjadi pak tutut tukang angguk.

Terikini dengan YM Raja Ahmad Aminullah, rakyat sudah nampak anggota perundangan dan kehakiman juga sudah mula menunjukkan kebenaran sebenar. YA Hakim Hishamuddin telah menjelaskan kepada dunia bahawa perjuangan rakyat adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan. Rakyat perlu fikir itu dalam-dalam.

Pembuka Jalan Kepada Sebuah Pergolakan

Terdampar sekarang didepan mata kita iaitu: bermula dengan rakyat biasa di kaki lima hingga kepada cendekiawan dan kaum profesional, ahli-ahli politik dan pemimpin mereka, peneraju NGO dan para ulamak; kesemua mereka sudah sepakat bersetuju bahawa regim Mahathir dan UMNO/BN tidak wajar diberi sokongan lagi. Mereka adalah puak penghapus nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan tidak boleh tidak wajib di tumbangkan

Orang Melayu bukan lagi hidup di zaman Hang Nadim atau berperabadi Hang Tuan. Orang Melayu hidup di zaman IT dan globalisasi. Semangat Hang Jebat sudah bertanah di daalam nadi dan darah!! Islam sudah jadi panduan kita. Menentang kezaliman adalah suatu Jihad!

Ini bukan pandangan peribadi. Soalan YM Raja Ahmad Aminullah adalah pandangan rakyat. Kata beliau, “Its early editorial policies clearly sought to create an open progressive modern and non-feudal society” adalah pernyataan UMNO sebenar sejak mula parti itu ditaja. Sebagai penyokong UMNO, jika ada seorang pemimpin memutar jarum UMNO ke zaman Mandeliar; pemimpin itu wajib dibuang dan disingkirkan. Itu bukan cakap main-main.

UMNO Perlu Berpijak Di Bumi Nyata

YM Raja Ahmad Aminullah bertanya lagi, “What is the great offence that has been caused by this Malaysian?”.

Itu adalah soalan semua pejuang kebebasan rakyat di mana-mana. Analogi beliau harus difikirkan oleh semua orang Melayu dan rakyat yang bermaruah, berhemah dan tahu harga diri, iaitu, “metaphorically it would appear to be a case of shooting the messenger instead of heeding the message”.

Nampaknya “shooting the messenger instead of heeding the message” itu sangatlah yang jadi amalan dasar UMNO yang dipaksa oleh Mahathir. Kerana itu jugalah 90% penyokong UMNO sudah meninggal parti ini. Terkini, kaum Cina sudah nampak gelagat pemimpin UMNO dan komponen BN. Mahathir dan partinya sudah keseorangan.

Luahan Hati Seorang Marhaen

YM Raja Ahmad Aminullah tidak bergurau waktu menyuarakan ini, “I am certainly not someone incapable of understanding political realities. What I am incapable of is to continue stomaching the inhuman and inhumane treatment of a senior leader of our country”.

Memang majoriti rakyat sudah lama terasa kebenaran beliau itu. Kerana itu Anwar menolak sebarang fitnah dan sanggup ke mahkamah. Ezam dan teman-teman sanggup diISAkan. Malah kita bertanya, siapakah Mahathir sebenarnya. Ke manakah beliau membawa UMNO/BN dan seluruh masyarakat Malaysia yang berbudaya unggul.

Sepatah kata YM Raja Ahmad Aminullah, “I have been brought up to be familiar with the traditions and culture of the Malay society. In a personal context, I am reminded of an education, which may seem trivial and insignificant, but which substantially informs our life”.

Nah bertanya kita kepada Mahathir, “Budaya apakah pegangan dan amalan Mahathir ini? Budaya penyangak atau penjajah? Budaya Mandeliar penjarah yang disula dubur hingga ke khalkumkah? Apakah Mahathir mahu orang Melayu melakukan itu kepadanya pula?”. Tepuk dada tanya selereka. Kesabaran orang Melayu sudah sampai ketahap “point of no return”..!!

Mahathir Bergama Sebagai Perhiasan Saja?

Kita terpegun bila YM Raja Ahmad Aminullah berkata, “The lesson that I am referring to is the principle of tauhid, which teaches us that our perennial loyalty is to the Creator. Any profane and temporal anxieties or worries should not result in jettisoning this principle. This understanding is not designed to make us extraordinary human beings but merely to help us navigate our life as universal citizens who choose to believe in divine greatness”.

Maka teringat kita Mahathir pernah mencerca Nabi dan ketentuan hukum-hakam dalam agama Islam. Beliau berbangga mencerca ulamak Islam pelbagai zaman. Mereka tidak ada yang betul melainkan dirinya seorang saja.

Atas segala-galanya, beliau berbangga digelar setanding MahaFIRAUN. Masihkah pemimpin UMNO merasa terlindung dari laknat Allah swt.?

Wahai Orang Melayu dan orang Islam. Sudah tiba masanya menjauhi parti ini!! Berhijrahlah kalian selagi kesempatan masih ada. Buangkan Mahathir dan penjarakan dia sebelum si laknat itu men”sungaibuluh” dan meng”kemunting”kan kalian!!

Jangan sekali-kali rakyat negara ini bertuankan seorang yang fasik dan hilang kawarasan….!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com