Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR DAN REGIMNYA AKAN BERJEJERAN KENCING DALAM CELANA!!

Amin Sapiro (guna theses Rais sebagai “toilet paper")

(Bahagian 1)

DALAM puluhan petisyen “undi hantu” yang disampaikan oleh pihak tertentu (khususnya oleh Pembangkang) terhadap beberapa calon yang menang (kebanyakannya calon parti kerajaan yang memerentah) dalam pilihanraya yang lalu; tidak pernah kita mendengar ia dibangkitkan dan mendapat perbicaraan yang sepatutnya telus. Mungkin petisyen itu dibakulsampahkan oleh jabatan Peguam Negara atau Mahkamah. Orang tau, di sana memang bersarang balaci-balaci Mahathir dan regimnya. Tuduhan rasuah (samada benar atau tidak) bergantung kepada pentafsiran seseorang. Namun orang lebih cenderung menduduh wujudnya rasuah diperingkat atasan – pihak yang berkuasa dan authority terbabit.

Yang Arif Hakim Hishamuddin Tidak Keseorangan

Apa yang disebut oleh Yang Arif Hakim Muhammad Kamil sewaktu membuat keputusan dalam penghakiman kes Yong Tek Lee, terang-terang merungkai pelbagai fakta tersembunyi daripada pandangan rakyat.

Teliti apa beliau kata:
[Pada pandangan saya, adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang dengan diberi arahan melalui telefon petisyen terbabit harus dibuang tanpa perbicaraan. Tuhan telah memberi saya kekuatan dan keyakinan diri sebagai insan untuk bertindak tanpa takut-takut dan berpihak, gentar untuk melanggar sumpah jabatan dan mengkorbankan keadilan dan atas segala-galanya akan benar-benar bertindak sebagai seorang hakim dan tidak sebagai “tukang angguk” (yes man)]

Jelas sekarang bahawa Yang Arif Hakim Hishamuddin tidak keseorangan. Bermakna tuntutan keadilan oleh rakyat sudah mulai diperlihatkan oleh segelintir mereka yang tidak sanggup mengorbankan kredibiliti diri dan tanggungjawap perjawatan demi kebenaran dan ketelusan fakta. Itu satu perkembangan terbaru yang menggoyahkan kepala lutut Mahathir.

Andainya sikap Yang Arif Hakim Hishamuddin dan Hakim Muhammad Kamil itu diamalkan oleh Agustine Paul dan Ariffin Jaka, pembelaan ke atas orang yang dilemparkan fitnah dan aib seperti Datuk Seri Anwar dan pemimpin Pembangkang seperti Lim Guan Eng dan pemimpin KeADILan dan aktivitis Reformasi yang diISAkan sekarang sudah lama bebas dan meneruskan perjuangan mereka membela rakyat dan keadilan sosial.

Kertas Penghakiman Masih Tidak Lengkap

Tersebar maklumat, khabarnya kertas penghakiman hasil prosiding perbicaraan Datuk Seri Anwar masih tidak lengkap. Ini bersebab dari kesulitan dan kesukaran hakim terbabit untuk memadankan hukuman dengan prosiding dan pembentangan hujah para peguambela yang amat kukuh dan tulin dengan arahan yang diterima dari Mahathir oleh hakim-kim terbabit yang menuntut Anwar dipenjarakan.

Apakah ini bentuk keadilan mahkamah dalam penghakiman kes perbicaraan Anwar? Mengapa Yang Arif Hakim Hishamuddin dan Hakim Muhammad Kamil begitu lancar membacakan alasan penghakiman mereka? Pasti ramai antara rakyat yang berfikir nampak bahawa hukuman ke atas Anwar adalah didesak oleh unsur ketidakadilan. Besar kemungkinan ada sejumlah wang se bebat sebesar lengan bertukar tangan!! Ck..ck…ck.. !!

Rais Yatim dan Dollah Bedawi – PENJARAH BANGSAT!!

Kita terpegun bila melihat bahawa isi hati-limpa Rais Yatim dan Dollah Bedawi bersarang najis dan kotoran “political cesspool” yang memual dan amat menjijikkan. Putarbelit Rais Yatim sebagai orang berilmu sekaligus menjadi bahan persendaan semua orang, termasuk tukang angkat sampah Alam Flora.

Mungkin satu hari nanti, kita akan tengok thesis Ph.D Rais bersepah-sepah dalam lori “rubbish wagon” Alam Flora, diangkut oleh pekerja Bangladesh untuk dibakar di dalam ‘incinerator’ di loji pembuangan sampah. Thesis Ph.D Rais layak dijadikan kertas penyapu punggung si Apek tua lepas bernajis saja!! There is no regret!!

Dollah Bedawi pula mungkin terpacak di tepi jalan umpama tunggul buruk yang semakin mereput. Sebagai seorang yang berjinak-jinak dengan kezaliman dan hidup dalam nilai dan fitrah seorang yang tidak punya perikemanusiaan; Dollah akan dilihat rakyat sebagai ‘by-product’ hazaman usus besar Mahathir yang dilegakan tiap hari di “toilet” Mahlaigai Puterajaya.

Norian Mai yang dada dan bahunya bertatah paku dan bintang; pameran sejengkal “long service’ berbagai warna di bahu beliau tidak ada makna apa-apa. Norian akan terus “mengongkong” terlaung-laung bagai “bapak anjing” ketagih taik.

Begitulah hematnya jika kebenaran dan keadilan ditegakkan oleh rakyat seluruhnya.

Mungkin kita akan bertanya, apa kesudahannya puaka UMNO (opppsss…UmCINO) dan BN (Barisan Najis) ini? Perhatikan di bahagian 2.

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com