Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR DAN REGIMNYA AKAN BERJEJERAN KENCING DALAM CELANA!! (2)

Amin Sapiro (guna theses Rais sebagai “toilet paper")

(Bahagian 2)

Regim Mahathir Terus Tersepit

Rakyat sudah mula mentafsirkan bahawa sesungguhnya Allah swt. sudah menghendakki supaya kebenaran ditegakkan di negara ini.

Perancangan Mahathir dan sekongkolnya telah mulai dilihat tidak lagi membuka ruang bagi parti politik yang mereka gunakan sebagai landasan bermaharajalela menipu dan merompak pelbagai macam hak-hak rakyat.

Di dalam UMNO sendiri, majoriti penyokong dan sejumlah besar pemimpin parti itu mentafsirkan bahawa pemberhentian Daim bukan saja petanda Mahathir sudah disindir tegar dengan petanda “undi tak percaya”; malah ia adalah suatu bayangan ledakan rasa yang menggambarkan bahawa “kepala perompak” UMNO itu pun sudar gentar menghadapi gelombang asakan rakyat yang semakin membadai.

Tipu-helah Mahathir Semakin Tidak Jalan

Tipu helah Mahathir dan kuncu-kuncu “think tank” dalam “inner circle” regim beliau semakin nampak kehilangan strategi. Mereka sudah hilang akal.

Teori Mahathir untuk menghasut minda rakyat melalui “3M” (jentera kerajaan, media dan wang) sudah kecundang habis. Keputusan mahkamah-mahkamah oleh Hakim-hakim adalah pukulan hebat dari sektor jentera Kerajaan.

Kebencian rakyat terhadap media saluran maklumat regim ini (media arus perdana berbahasa Melayu dan berita RTM) sudah semakin hebat dan melumpuhkan. Kutukan kaum Cina dalam isu pembelian kumpulan Cina Press melemahkan penguasaan regim ini dalam agenda menghasut. Malah, terdengar bantahan dari anggota kepimpinan parti komponen BN sendiri (GERAKAN dan MCA) yang membayangkan usul pemulauan (boikot).

Isu politik wang, walaupun heboh diperkatakan hingga mengorban beberapa puak, namun pada keseluruhannya regim ini sudah muflis sokongan rakyat. Ketandusan sokongan tidak semudah itu dibeli dengan ringgit dan sen.

Kesimpulannya, Mahathir dan regimnya sedang dalam proses penyisihan yang sangat mencelaru fikiran beliau dan mencelakakan beliau, sekongkolnya dan parti. Itu adalah perkembangan yang amat menyakitkan BN..!!

“Undi Hantu” Kehilangan Kuku Untuk Mencengkam

Apa yang hendak dikata lagi, strategi Pembangkang seperti di Lunas sedang diteliti bagi mengahadapi pilihanraya 2004.

“Hantu” yang diangkut dari pelusuk negeri dan diupah membuang undi di Lunas dengan ganjaran nasi bungkus dan ugutan – tidak “main” lagi. Looks like it doesn’t work anymore! Ini telah terlunas di Likas pula.

Jika “undi hantu” sebagai cagaran untuk mendapat kelebihan undi; selepas pilihanraya akan melambak-lambaklah kes-kes yang dialami oleh Yong Tek Lee menghentam tulang belakang BN.

Jika ISA dan “pengemuntingan” Pembangkang ditakrif sebagai peroses menakutkan pemimpin Pembangkang, terang-terang Mahathir, Dollah Bedawi dan Rais Yatim adalah orang-orang yang menipu diri sendiri.

Mahathir dan regimnya mungkin akan berjejeran kencing dalam celana!! Pada tahun 2004, perusahaan pampers harus laris di pasaraya!! Hahaha….

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com