Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MENERUSKAN AGENDA MERACUN MINDA PEMIMPIN UMNO DAN ORANG MELAYU

Amin Sapiro (Pemimpin UMNO tidak akan sedar kebangangan mereka

MAHATHIR dan mereka yang tidak ada pilihan selain dari mengampu dan menjilat si mahaFIRAUN yang tersepit ini, mentafsirkan si bedebah laknatullah itu masih seorang ahli politik yang bijak bermain catur politik. Bagi mereka, kuasa politik adalah sumber kekayaan. Walaupun yang beruntung cuma sekerat dua, namun bagi mereka itu sudah pada. Dengan memutarbelit saikoloji orang Melayu, mereka masih berhasrat meneruskan agend mereka sebagai rakyat. Kerana itu, pada sangkaan mereka, Persidangan UmCINO terkini dikira sebagai cukup berjaya, walaupun mereka kian terperangkap.

Mahathir Kurang Ajar

“Orang Melayu pemalas” kata Mahathir. Dihujung bebelan beliau yang tidak teratur dan melompat-lompat, sekumpulan perwakilan di Dewan bertepuk tangan. Kita yang diluar ini mendengar dan melihat peristiwa itu dengan perasaan amat hairan. Ada yang bertanya, “Memang bodoh pemimpin UMNO. Begitu mudah minda mereka dimanipulasi”.

Apa tidaknya – seorang manusia zuriat asing dari kaum liar yang terbiar, setelah ia mendapat nikmat dan kepercayaan bangsa kita (orang Melayu), berjaya memanipulasi minda bangsa kita; kemudian berbalik mengutuk bangsa kita yang berbudaya tanpa terima kasih.

Orang Melayu di Dewan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin bagi orang Melayu meraikan kutukan itu dengan tepuk sorak gemuruh. Jika dibandingkan “hasutan” Mahathir dengan realoti sebenar, tidakkah perwakilan UMNO di situ adalah kelompok pemimpin Melayu yang rendah ilmu, rendah martabat dan betul-betul sudah kehilangan arah perjuangan?

Mahathir sengaja bersikap kurang ajar kali ini. Psycho-analysis terhadap beliau memberi petanda bahawa Mahathir sengaja mencari asas baru untuk mengalih pandangan perwakilan UMNO dan orang Melayu dari masalah asas bikinan beliau sejak 20 tahun lalu.

Sudah nampak sekarang, Mahathir adalah seorang individu yang dalam ketakutan, gentar, gugup, kecewa dan tercekik. Kerana dirinya sudah begitu lama melakukan ketidaksenonohan hingga inspirasi UMNO asal dan 11 juta orang melayu terbengkalai hasil manipulasi beliau demi melampias kerakusan dan ketamakhalobaannya; maka strategi beliau berubah mencerca bangsa yang memberi beliau sekluarga kekayaan melimpah ruah. Apakah Mahathir mahu lari dari kenyataan sebenar yang semakin terdedah?

Benarkah Orang Melayu Bodoh?

Sikap Mahathir di Persidangan itu jelas dan ketara, iaitu beliau menggunakan taktik usang dalam bukunya ‘Delima Melayu’. Mahathir berkata, orang Melayu pemalas dan tidak menghargai dan tidak mengambil kesempatan peluang yang diberikan kepada mereka.

Kita harus bertanya, apakah itu benar? Apakah orang Melayu begitu bodoh lagi dungu tidak menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan kepada mereka? Kaum Pigmi Otentot yang hidup bagai binatang liar di pinggir Padang Pasir Kalahari pun tidak melepaskan sebarang peluang jika seeokor Kijang melintas dihadapan mereka. Apatahlagi orang Melayu yang sedar bahawa negara ini adalah tanah tumpah darah mereka.

Hematnya, berapa banyak sekalipun peluang disediakan kepada orang Melayu, siapakah mereka sebenarnya yang diberi kesempatan untuk menjana kemajuan itu oleh dasar perlaksanaan ala Mahathir? Apakah bentuk-bentuk urat tunjang sekatan dan halangan yang menyebabkan orang Melayu mundur dalam bidang perniagaan dan perusahaan dan lain-lain?

Soalan itu perlu ditanya kembali kepada Mahathir. Bukankah faktor “kronisme, nepotisme dan korupsi” bukan suatu dasar yang diterap oleh Mahathir sendiri hingga 99% orang Melayu terperangkap dan tertekan?

Apakah orang Melayu masih digelar pemalas dan bodoh jika mereka bermati-matian berusaha mendedahkan kesan negatif budaya itu yang diserap oleh pemimpin UMNO hingga peluang majorti usahawan Melayu diagih setakat “melepaskan batuk ditangga?”.

Minda Orang Melayu Terjajah Teruk

Cuba tinjau kembali: Selepas tercapai kemerdekaan pada tahun 1957, stigma dalam kepala hotak orang Melayu masih dihantui oleh urutan perilaku penjajah. Bagaimana sukarnya pemimpin terdahulu merobah minda orang Melayu, namun majoriti orang Melayu sulit berjaya dengan berkesan.

Ini berpunca dari keadaan bahawa untuk maju, orang Melayu harus memulakan usaha dari garisan permulaan “zero”. Berbanding denngan kaum lain, bidang keusahawanan umpamanya, mereka sudah mendirikan asas (foundation) dan strukturnya 50 tahun lebih awal dari orang Melayu. Dengan itu, kemerdekaan yang diusahakan dan dicapai oleh orang Melayu dan pembentukan dasar kerajaan merupakan kuasa “kinetik” yang diharap akan menggandakan kemajuan kaum bukan Melayu. Mereka pantas maju dan kreatif, sementara orang Melayu masih terkial-kial.

Allahyarhan Tunku, Tun Razak dan pemimpin Melayu waktu itu menyedari hakikat ini. Apa yang disebut pembangunan waktu itu, mereka cuba menyusun semula orang Melayu. Pembangunan Luar Bandar diutamakan secara praktikal hingga wujud agensi seperti FELDA, MARA (RIDA) dan kemudahan asas diperbaiki semampu yang boleh.

Penyusunan semula begitu pada mulanya amat baik dan berhasil mengikut padanya, Tetapi impaknya setakat membaiki kehidupan segelintir orang Melayu cuma. MARA, kemudahan Biasiswa penuh, Subsidi dan Hak keistimewaan orang Melayu menjadi fokus. Dasar itu perlu hingga orang Melayu sedar. Maka terbitlah gelombang “Reformasi Pertama”.

Mahathir Mengkecundangkan Dasar

Sebagai permulaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diatur begitu smpurana pada awal tahun 70-an. DEB menjadi tumpuan orang Melayu dalam pelbagai lapangan. Ini menjadikan minda dan budaya orang Melayu terbuka luas. Mereka mulai mencari jiwa dan keperibadian sendiri (soul searching) dengan gigih.

Apa jadi selepas Mahathir menerajui UMNO? Kita akan perincikan apa jenis pemimpin Melayu (UMNO) dan dasar pengurusan komuniti orang Melayu yang dilaksanakan oleh beliau. Apakah benar Mahathir “bapak pembangunan Melayu moden” atau “bapak penyamun, penyangak, perompak” hak orang Melayu hingga pemimpin Melayu hilang arah dan nawaitu?

Kita akan lihat bagaimana REFORMASI terkini adalah perjuangan orang Melayu sebenar. Kita akan lihat bagaimana Mahathir dan pemimpin UMNO dan BN memusuhi rakyat yang ditakrif sebagai “Perwira Bangsa”. Apakah Mahathir dan UMNO yang di UMNCINOkan oleh beliau masih releven?

Kita tinjau di Bahagian Ke 2.

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)





        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com