Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MENERUSKAN AGENDA MERACUN MINDA PEMIMPIN UMNO DAN ORANG MELAYU (2)

Amin Sapiro (Pemimpin UMNO menghina bangsa dan agama)

Mahathir Dan UMNO 'Warisan Penjajah'

HARI ini, detik ini - semua orang Melayu patut sangat-sangat tahu bahawa segala maki hamun Mahathir yang diluahkan di Perhimpunan seminggu lalu adalah tanggapan Mahathir sebenar terhadap bangsa kita sejak dulu.

Ketara sekarang siapa Mahathir dan apa yang terpendam dan terperam dalam lubuk hati dan jantung-limpa beliau. Itu bukan perkara baru; malah sejak mula dia ni mencampuri UMNO hampir 50 tahun silam. Beliau tidak pandang sebelah mata terhadap orang Melayu. Beliau bertanggapan bahawa orang Melayu sebagai kaum yang pemalas, bodoh, dungu dan berjiwa hamba. Itu sebab Mahathir semudah itu memasukkan kemerdekaan hasil perjuangan orang Melayu ke dalam koceknya.

Mahathir kata 'Melayu docile' dalam Malay Delima. Dengan tanggapan menghina kaum kita (orang Melayu) itu, Mahathir merancang pelbagai agenda busuknya satu persatu - bermula dari melucutkan kedaulatan Raja-Raja Melayu hingga menjadikan rakyat di kampung bagai golongan rakyat 'peminta sedekah'.

Padahal orang Melayulah antara warga negara ini yang paling rajin berusaha. Bangun pagi, selepas solat mereka ke sawah, ke laut atau ke kebun getah. Pagi ke ladang getah, petang ke sawah. Itu sifat orang malas ka? Itulah cara hidup yang diatur oleh penjajah. Hingga tahun 2001, orang Melayu masih ditahap itu. Nermakna pemimpin UMNO dan parti ini tidak MAMPU merobah nasib orang Melayu. UMNO adalah 'Penjajah Baru'.

Mahathir Memadamkan Inspirasi Orang Melayu

Mahathir begitu halus cara beliau menjalankan jarumnya. UMNO sebagai parti terulung bagi orang Melayu telah terbatal dan dibentuk semula oleh beliau dengan satu slogan yang berbdayakan Rasuah, Pilihkasih, Berpura-pura dan tidak peduli dengan amanah orang Melayu yang 11 juta ini.

Orang Melayu dipecahbelahkan menjadi berpuak-puak dengan menamakan pemimpin Melayu di luar UMNO sebagai Pembangkang dan 'anti-kemajuan dan anti-pembangunan'. Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan pelbagai penerapan nilai-nilai pemikiran yang bukan Islam yang sebenar dengan dahsyatnya; hingga orang Melayu diheret membenci saudara seagama. Padahal, yang mengkafirkan penyokong UMNO ialah Mahathir sendiri.

Agama Islam UMNO hanya dibayangkan dengan jumlah masjid-masjid yang dibina. Tetapi pada hakikatnya, tidak nampak Mahathir melaksanakan tuntutan Islam sebenar. Mahathir adalah 'abu jahal' yang membenci Islam kerana tidak menyokong kebusukan isi perutnya. Ada yang nak menyanggah apa Amin Sapiro kata? Silakan! Kita boleh mulakan dalam kempen pilihanraya 2004 nanti!!

Perhatian teliti menunjukkan Mahathir telah mewarisi strategi Penjajah. Si Bedebah Tua ini begitu gigih menerapkan sifat dan sistem Penjajah ke dalam UMNO, perundangan dan pentadbiran jabatan Kerajaan. Buktinya, apa yang berlaku kepada DS Anwar dan teman-teman beliau hari ini adalah hasil dari terapan nilai-nilai penjajah yang tertanam dan dibudayakan oleh UMNO hasil perancanaan Mahathir Kutty. Apa riaksi pemimpin UMNO hari ini adalah enapan (precipitate) saki-baki penjajah yang dipupuk oleh Mahathir.

UMNO Tidak Berwawasan Lagi

Memang orang Melayu semacam kebal dan lali dengan perilaku dan kehidupan dibawah sistem penjajah. Hampir 500 tahun dijajah, Kemerdekaan 1957 pula adalah suatu kejutan. Walaupun pemimpin UMNO asal begitu gigih cuba merombak minda orang Melayu supaya menghayati dan mengisi kemerdekaan orang Melayu, malangnya 90% pemimpin mereka masih bersikap Feudal.

Mahathir cekap membaca naluri dan keinginan pemimpin UMNO selepas peristiwa 13 Mei. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskan oleh pemimpin terulung Tun Razak telah diselewengkan oleh Mahathir selepas beliau menerajui UMNO dan Kerajaan. Mahathir memilih pemimpin UMNO yang sesuai untuk diperhambakan oleh beliau secara 'hand-picked'. Taat setia mereka dibeli melalui rasuah sebagai ganjaran menyokong dan memberi beliau kuasa mutlak ala Diktator berkuasa penuh.

Orang Melayu dan pemimpin mereka dalam UMNO tidak ada ubah dan beda dari kelompok peneraju negara sepertimana wakil-wakil British semasa penjajah dulu. Malah makin ketara mereka adalah pewaris penjajah paling akur dengan Presiden mereka yang bijak menipu dan berbohong seperti Hitler yang memusnahkan kredibiliti rakyat German. Itulah bentuk penjajahan baru yang diterap oleh Mahathir.

Adalah tidak keterlaluan jika kita berkata dengan penuh yakin bahawa UMNO dan seluruh pemimpin mereka sudah tidak berwawasan lagi hari ini. Wawasan UMNO dibawah Mahathir masa kini sudah menyimpang jauh dari aspirasi dan nawaitu pejuang Melayu anti Malayan Union.

Peranan Ilmu Sudah Mati

Dibawah urustadbir Mahathir, mana-mana pemimpin Melayu UMNO yang berilmu dan layak menyambung wadah kepimpinan dan pejuang Kemerdekaan orang Melayu telah dikasi dan dipondankan oleh Mahathir. Lihat bagaimana sikap Rais Yatim dan Ku Li. Mereka hidup dalam ketakutan. Jadi menteri pun setakat cari makan!! Mereka sanggup ditekan untuk jadi umpan.

Mahathir merancang agenda licin lagi tertib dengan membuang pemimpin Melayu yang sayangkan bangsa. Pada mula pemimpin Melayhu seperti Musa Hitam, Ghazali Shafie, Ghaffar Baba dll. adalah pemimpin harapan kita. Begitu juga Anwar. Memang mereka mengetahui rahasia Mahathir. Tetapi mereka telah ugut atau humbankan keluar gelanggang. Anwar yang cekal telah dipurukkan ke dalam penjara. Beliau telah diaibkan. Itupun orang UMNO di PWTC tidak sedar. Mereka masih gegat bertepuk sorak. Mereka lebih gila dari Mahathir.

Mahathir adalah seorang berwatak Machievelli. Beliau tidak jauh beza dari seorang Hiltler atau Stalin. Walau bagaimanapun Mahathir sentiasa berjaga-jaga. Bagi beliau semua orang disekeling beliau adalah musuh kecuali mereka yang serasi hidup sebagai penjilat punggungnya. UMNO sebagai parti politik cuma dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh tangan beliau sendiri. Jika ada sebarang pemimpin UMNO yang membantah, mereka akan menghadapi satu urutan tekanan dan penyiksaan batin yang sangat memalukan.

Mahathir Semai Benih Ketakutan

Mahathir menyemaikan benih-benih ketakutan kepada semua pemimpin UMNO. Apa yang dilakukan keatas Tun Salleh Abas dan DS Anwar Ibrahim adalah antara contoh yang mengerikan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO kecut perut bertabur kencing dalam seluar bila mendengar Mahathir membuang mereka dari kelompok kepimpin UMNO. Ada yang tak senang tidur malam. Akhirnya rujuk semula meminta maaf.

Buktinya: Hampir 2000 perwakilan UMNO di PWTC tempoh hari terketar-ketar kecut p*l*r jika tidak ikut sama selingkuh bertepuk sorak. Yang mereka sorak dan 'booo'? ialah diri mereka sendiri. Mereka tidak sedar dan tidak peduli, hingga sanggup menggadai Ph.D atau Masters Degree. Yang penting bagi mereka ialah tembolok sendiri. Itu adalah bukti bahawa dalam UMNO, peranan ilmu dan konsep demokrasi sudah mati..!!

Tetapi sikap itu tidak ada pada Anwar, Ezam, Badrul Amin, Saari Sungip dan mereka yang di'kemunting'kan. Perjuangan mereka tetap satu - LAWAN TETAP LAWAN..!! Kekuatan inilah yang menyebabkan Mahathir dan UMNO yang di UmCINOkan semakin lumpoh!!

Pemimpin Tertinggi UMNO Tersilap Besar

Proses 'pengkasian' UMNO dan pemimpin mereka adalah berpanjangan. Mahathir memulakan agenda itu sejak tahun 1962. Pada tahun l969, beliau mengambil kesempatan dari pertiwa 13 Mei. Buku Delima Malayu telah dijadikannya asas beliau menjanjikan 'gula-gula' kepada orang Melayu. Mereka diajar supaya tahu kuasa wang dan bagaimana cara 'meraih'nya tanpa mengeluarkan peluh setitik pun.

Akhirnya, pemimpin UMNO yang tidak faham dengan putar alam dan kelentong Mahathir telah termasuk perangkap beliau. Antaranya ialah Tun Razak sendiri, dan disambung oleh Tun Hussein Onn. Mereka tidak menyangka kelakuan dan karenah Mahathir seburuk ini (terhadap orang Melayu). Kerana mereka yakin orang Melayu sudah mula kenal dengan demopkrasi dan inspirasi kemerdekaan tanahiar. Tetapi lebih bijak menjalankan agenda halusnya. Berakhirlah dengan kerosakan yang dihadapi orang Melayu hari - terlalu buruk sekali. Puncanya, Mahathir cukup kuat dan tenat dengan budaya 'malbari', iaitu: 'sikit kasi banyak minta'..!!

Apa Itu Budaya 'Mamak-Malbari'?

Budaya 'malbari' sudah puluhan tahun difahami oleh anak-anak kampung yang sepermainan dengan Amin Sapiro. Mula-mula dibiarkan pelanggan berhutang di kedai runcitnya. Apabila hutang tak termampu dibayar, si Mamak-Malbari akan paksa pelanggan menyerah anak daranya sebagai cagaran, jadi bini nombor dua bagi melampias syahwatnya yang dibendung (bini No. 1 di krala). Maklum sajalah - bini No.1 tinggal menetap di Krala!!

Hari ini begitulah keadaan pemimpin Melayu dibawah telunjuk Mahathir. Mereka sanggup menyerahkan Kemerdekaan, Hak asasi mereka, Tanahair, Ringgit dan sen kepada 'mamak Barua' yang mencelakakan hidup bangsa sendiri - orang Melayu ini. Tengok Rais Yatim sanggup gadai maruah dan Ph.D.

Di PWTC, Mahathir begitu lantang menyeranah orang Melayu sebagai pemalas dan bodoh. Mereka dikerah supaya akur dan taat kepada Presiden. Orang UMNO di situ disuruh menjual maruah diri. WANITA UMNO sanggup singkap kain dikhalayak ramai. Pasti ada yang sanggup jika Mahathir ugut nak ISAkan. Contoh terbaik ialah Rafidah dan Siti Zahrah dan 'pelacur-pelacur' jalang UMNO yang berjenama 'Puteri'. Lihatlah bagaimana WANITA tidak ada yang membantah walaupun agama sendiri ditafsir oleh Mahathir ikut suka beliau.

Hematnya, itulah antara kesilapan terbesar pemimpin UMNO masa kini. Di sinilah terjelas bahawa Mahathir sudah berjaya mempondankan pemimpin UMNO hingga lupa diri. Kita tanya orang Melayu: Mahu pakai lagi kah UMNO ini? Mahu taat lagikah pemimpin UMNO kepada Mahathir dan sekongkolnya?

Penipuan Mahathir Berterusan

Mahathir terus-menerus meletakkan pemimpin dari kalangan UMNO yang sebulu dengan beliau sebagai 'inner-circle'nya. Terbukti sekarang, mereka cukup-cukup teruk dirasuah untuk menyatakan ta'at setia kepada beliau. Mereka dibiarkan berkroni, bernepotisme dan melakukan 1001 macam rasuah. Itulah ganjaran. Itulah upah. Mereka dibisikkan, 'make hay while the sun shines'. Jangan pedulikan nasib rakyat marhaen. Akhirnya, 90% orang Melayu dibebani pelbagai hutang hingga terus miskin. Siapa yang bikin?

Dihadapan rakyat, Mahatthir bercakap dan besikap macam 'nabi'. Kuncu-kuncu upahannya seperti 'malbari' Zainuddin Maidin akan mencanangkan kepada orang Melayu bahawa Presiden dan Perdana Menteri mereka berwawasan hebat. Tetapi sebenarnya, Mahathir sekeluarga dan kuncu-kuncunya bermaharajalela tanpa sebarang teguran dari penyokongnya.

Apa Kategori Pemimpin UMNO?

Mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis dan jabatan Kerajaan telah diugut dan dirasuah. Beliau meletakkan orang pilihan untuk menjalankan tugas mengikut arahan beliau. Dalam kepala mereka terbayang ISA dan penjara. Kecut perut mereka hingga Norian Mai dan Eusoff Chin sendiri kecut p*l*r. Merekalah yang jadi alat perkakas seperti baldi takungan najis jamban tadah!! Norian Mai tidak sedar bahawa belantan FRU sedang dipelengkong Mahathir ke kepalanya sendiri.

Akhirnya, setelah tidak ada lagi ketelusan dalam kerajaan kepimpinan beliau, Mahathir bersenang-senang merompak harta rakyat, mengenyangkan tembolok anak-anak dan suku-sakat serta kroni. Sementara orang Melayu melopong tanpa sebarang guna sebagai penyokong UMNO..!!

Apakah orang Melayu akan maju membangun dibawa urustadbir Mahathir dan UMCINO? Kita akan bicarakan di Bahagian ke-3

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com