Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WAJARKAH DAIM MENDIAMKAN DIRI LAGI?

Amin Sapiro (melengah masa di Coffee House)

BANYAK juga orang bertanya, apakah dengan terbitnya sebuah buku karangan Khalid Jafri yang mendedahkan 1001 macam cerita buruk tentang sepak terajang bisnis Daim, akan berakhir dengan “diam..diam” atau di mahkamah?

Mahathir Takut Daim Atau Sebaliknya?

Bukan setakat pelanggan warong kopi atau penghuni pejabat berhawa dingin saja yang bercerita, malah pengutip sampah Alam Flora di KL juga ramai yang menyumpah-seranah. Mereka bercerita kesah terkini mengenai perkembangan politik semasa – khususnya UMNO/BN dan BA. Semua cerita tak jumpa dalam Utusan Meloya atau Berita Hairan. Semua kena ingat, manusia “murahan” itulah yang bakal penentu siapa peneraju kerajaan dalam pemilu 2004.

Kadangkala logik juga andaian-andaian manusia “murahan” ini. Macam-macam spekulasi mereka buat. Yang menyenakkan dada pemimpin UMNO/BN ialah, mereka selalu mampir setiap ceramah BA. Di sana mereka dapat berita dan cerita berbingkai.

Bila Mat Sabu berpantun, mereka ketawa besar. Bila Fadhil Nor menghuraikan sesuatu mengenai kezaliman dan kekejaman Kerajaan pimpinan Mahathir, mereka akan bersorak Allahu Akbar. Bila Ezam berpidato mereka melaung REFORMASI..!! Semua perkhabaran itu diyakini mereka sebagai benar. Inilah yang menyebabkan BA makin diminati ramai. Sokongan bertambah hingga memecah tembok batu UMNO/BN.

Cerita Daim berperang saraf dengan Mahathir tidak lagi prioriti sekarang ini. Berkata seorang wartawan media perdana..”It is no more a story”. Bagi rakyat marhain, semua cerita itu sudah basi. Memanglah Mahathir dengan Daim dah tak kamceng lagi. Ada yang kata, mereka berdua main kejip mata. Cerita terkini tersebar, siapa antara mereka nak kena gulingkan – Mahathir atau Daim? Siapa jadi PM. Sempat ke Mahathir mati dulu? Itu yang sedang hot diperkatakan orang ramai.

Daim Ada “Geng orang Dalam” UMNO/BN

Beberapa orang pemimpin UMNO dan komponen BN berbisik-bisik di Coffee House. Ramai juga golongan korporat yang masuk campur. Mereka nampak seperti berpakat sesama sendiri. Bila menyebut nama Mahathir, muka mereka nampak “geram”. Bila nama Daim pula disebut, mereka macam “berdendam”. Apa ceritanya barangkali? Susah juga nak pasti. Tetapi bila sebut nama Abdullah Bedawi, bibir mereka mencemik.

Amin Sapiro pernah mengintai di sebalik tabir. Waktu menjemput beberapa orang kenduri Tahlil, terdengar khabar yang bakal di tahlilkan tak lama lagi. UMNO dan BN, kata mereka. Terperanjat juga mendengar satu kematian akan terjadi. Tak sangka UMNO/BN juga wajar ditahlilkan. Sangkaan mulanya kok nyawa UMNO/BN akan berpanjangan.

“Eiiii… Wak!! Dalam dunia mana ada yang kekal Wak. Si Baharu dan perbuatan mereka tidak akan kekal. UMNO/BN akan hancur, BA ada untuk meneruskan perjuangan. Itu usaha kita bersama.” kata mereka.

Maklumat Terkini

Tak sangka Khalid Jeffri berjenama “penulis upahan”. Siapa yang upah dia tulis buku baru ini tak ada orang yang tahu. Khalid nafikan semua. Tapi Tuhan Maha mengetahui. Selain Allah swt. Khalid juga tahu. Khalid nak selindung camana. Dibalik lalang sehelai ke? Haiiii……!!

Mungkin Daim “diam diam” berisi. Mungkin juga Dollah Bedawi ada cara sendiri. Mahathir memang jaguh dalam perkara seperti ini. Begitu-begini, all fingures are pointing at this “old SHIT-head”…!!

Bila disemak setiap helai fotostat copy buku ini yang diberi “free” oleh seorang “kaki”, selesai membacanya ramai yang mengeluh betapa buruknya Daim; dan bukan main baik dan lurusnya Mahathir. Mencongak segala fakta yang dimuatkan, seolah-olah ada orang bersalah dan pengkhianat negara yang upah Khalid. Semua jari menuding ke atas ke satu arah yang tinggi.

Orang UMNO semua tak tau fakta. Kebanyakan mereka memang bangang-bangang belaka. Mereka hidup dalam alam gelap-gelita. Sejak dulu mereka meraba-raba. Hingga di PWTC Mahathir pelekeh agama mereka, mereka itulah yang rioh rendah bersorak. Memang pemimpin UMNO semua haprak. Kalau ada yang cuba membaca ‘facts and figure’; mata mereka kabur sebab sudah lama makan fulus haram.

Khabarnya, Khir Toyo pun naik geram tak pasal-pasal. Lubang duburnya dah kena sula dek Khalid dengan bambu runcing. Terdengar dia melenting. Pucat muka – biji matanya naik juling. Nampaknya Selangor dah dalam tangan BA, insyaAllah. Orang UMNO pun dah tak sokong UMNO di Selangor. BA menang percuma sebab buku Khalid. UMNO nak “wat camno”? Takdo orang Melayu nak sokong UMNO!

Kita Tanya Pemimpin UMNO

Beranikah Mahathir, Daim, Khir Toyo atau mana-mana UMNO buat laporan Polis mengenai buku Khalid yang terbaru ni? Apsal..? Kalau berani, tentu AG akan menangguhkan kerja-kerja lain. Sebab kerja ini prioriti. Kalau tak ada apa-apa yang jadi, maknany buku Khalid mesti dibaca dengan menggantikan nama Daim dengan Mahathir pula. Dengan itu, tentu yang masuk “ke dalam” dah berubah penamanya.

Kita tanya orang UMNO: Siapa yang untung dengan terbitnya buku Khalid ini? Adakah orang UMNO, pemimpin mereka, Mahathir atau Daim yang untung? Semua tentu kata, “Nama Mahathir dah balik “clean”.

Kita tanya diri sendiri, “Ya kah begitu”? Susah mau jawap kalau setakat harapkan membaca buku Khalid saja.

Mengikut modes operandi pengaiban DS Anwar hingga dipenjara 15 tahun, segala-galanya mesti berakhir di mahkamah. Masing-masing mesti koyakkan pekung di dada. Tuduhan mesti dirancang supaya nampak real. Kalau tak ada bukti mesti panggil pelacur upahan, Ummi Hafilda, Mat Tilam, anak Musa Hassan, dll. Norian Mai mesti kerja keras. Kalau tidak Mahathir sendiri yang kena sumpah seranah. Semua balik awah!

Setakat ini, 80% pemimpin UMNO sudah meradang kepada Mahathir kerana merancang menjatuhkan Daim secara tidak bermaruah. Terdengar segerombolan mereka berkata, “Apa tak tangkap saja Daim macam Anwar? Kan dulu Khalid juga yang tulis “50 Dalil” sampai Anwar dipenjara, sekarang nak tangguh apa?”. Sekarang, Mahathir dan Daim sedang tunggu masa saja.

Jawapan Yang Diduga

Seorang lain menjawap, “Sebenarnya Mahathir dah desperado. Daim segaja mendiamkan diri. Dia nak tengok berani tak Mahathir tangkap dia. Kalau berani, dibelakang Daim ada puluhan billion MR untuk Norian Mai mengISAkan Mahathir. Masa itu, entah siapa yang akan jadi PM… Rakyat boleh pilih – DS Anwar, Mahathir, Daim. Dollah Bedawi atau DS Wan Azizah atau Fadhil Nor….”

Mereka ketawa berdekah-dekah. Amin Sapiro hanya senyum saja walaupun hati masih “berhiba”…!! Kita tunggu 2004. Itu pun kalau SPR masih lagi professional…!!

BA kena kerja keras. Allahu Akbar..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com