Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SETAKAT MEMBERI HARAPAN KOSONG KEPADA ORANG MELAYU

Amin Sapiro (Muak dengan pembohongan Mahathir)

TIDAK ramai orang yang ambil perhatian Mahathir merayakan genap 20 tahun menjadi Presiden UMNO/BN dan PM. Kalau nak dikirakan dengan teliti, Mahathir semacam tukang kayu pembina berhala yang kemudian meruntuhkannya semula. Mahathir tukang tak guna..!! Andaian Kosong Bagai Tong Sampah

Mahathir boleh cakap apa juga. Dia boleh angkat diri sendiri setinggi langit atau membelasah sesiapa saja. Kebelakangan ini, semua yang dia cakap tak ada orang nak ambil peduli. Cakap kosong macam tong sampah untuk tampong taik…!!

Ramai yang kata, “Mahathir macam tin kosong yang hanya layak jadi tong sampah. Digendang dia nyaring, bila bercakap menampakkan taring; tapi hanya setakat untuk bising. Lain – tak ada guna apa-apa. Membawak celaka diri saja.”, kata mereka.

UMNO/BN Baru(A) Parti “Warisan Penjajah”

UMNO Asal yang diterajui Mahathir yang diamanahkan pejuang Anti-Malayan Union dulu; sudah punahranah. Kemusnahan UMNO Asal adalah bukti ketidak-jujuran Mahathir sebagai seorang yang tidak berhemah, tidak bernawaitu bersih dan jauh sekali dari ikhlas. Di sepanjang kepimpinan beliau, ratusan perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan rakyat tidak ada satupun yang memberi berkat.

Kita tak perlu mengkaji dengan mendalam, bidang-bidang utama yang merangkumi kehidupan orang Melayu (khususnya). Orang Melayu semakin jauh terpisah dari arus kemajuan dan pembangunan. Peradaban bangsa Melayu kucar-kacir tak tentu arah.

Jika Kemerdekaan bertujuan untuk membebaskan negara dari cengkaman Penjajahan, hari ini rakyat seluruh negara semakin dihimpit dan ditekan dengan pelbagai Akta yang mengancam. Orang Melayu hidup terancam di negara sendiri. Setiap hari mereka dihasut dengan pelbagai adu-domba yang bertentangan dengan jiwa dan resam budi pekerti bangsa Melayu.

Jika 40 tahun dulu, Jepun memerintah dengan kejam, apa kurangnya regim Mahathir sekarang? Jika penjajah mengecualikan Islam dari diurustadbir oleh mereka, hari ini orang Melayu dikerah supaya menurut Islam tafsiran UMNO.

Jika Jepun menetak kepala orang Melayu dengan pedang panjang berkilat, Mahathir pula mengKemuntingkan pejuang rakyat sewenang-wenang tanpa kira bicara. Inikah regim yang wajar disokong lagi oleh rakyat? Padahal Negara dan Rakyat sudah Meredeka, konon..!! Merdekakah kita namanya kalau regim Mahathir sentiasa memperdayakan kita?

Pembangunan Sumber RASUAH cuma

Ekonomi dan Pembangunan orang Melayu dibidang ini sangat jauh tertinggal dari kaum-kaum lain. Ini berpunca dari ideologi dan dasar pentadbiran Mahathir yang cuma berlandaskan 3 Prinsip besar yang menjadi asas amalan beliau – iaitu “Nepotisme, Kronisme dan Korupsi”. Ketiga-tiga perkara yang menjadi dasar beliau inilah yang menyebabkan negara ini porak peranda dan semangat jayadiri orang Melayu punah-ranah.

Cuba cari, berapa kerat sangat orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan atas daya usaha mereka. Mengapa? Kerana, jika mereka tidak sanggup menjadi “belukang” pemimpin UMNO/BN, jangan harap nak dapat sebarang peluang perniaaan. Adakah ini cara perniagaan ‘terbuka’ yang diwar-warkan Mahathir? Yang lemak dan empok cuma Kroni dan anak-anak suku-sakat yang sebat. Yang untung sekelumit untuk pelapik perut adalah puak yang ‘merempat’ – Rakyat..!!

Puncanya, Rasuah sudah membudaya dalam darah daging pemimpin UMNO/BN. Nepotisme dan Kronisme adalah asam garam yang diamal dan diintegrasikan sebagai perbuatan biasa pemimpin UMNO/BN. Itu tidak termasuk rompak, samun, tipu-helah, pecah amanah dan songlap-mengsonglap yang dibendung dalam ukuran ribuan billion.

Apakah orang Melayu masih tahan dengan ragam pemimpin UMNO/BN lagi? Siapa penggalak rasuah kalau tidak Mahathir-Daim sendiri sebagai jaguhnya?

Mahathir “Raja Rasuah” Jual Hak Melayu..!!

Ratusan kes-kes Rasuah bernilai ratusan billion MR tersimpan di setiap Kementerian yang diterajui oleh para Menteri lantikan Mahathir. Apa Mahathir buat? Dia tutup mata saja. Apa kata Mahathir? “Tak apa…..!! Tak apa…!! Dia pemimpin UMNO. Itulah ganjaran sebagai pemimpin UMNO/BN”, katanya.

Rasuah dilakukan penuh berencana dan beragenda. Setiap Agensi Kerajaan akan terdapat senarai panjang nama-nama pemimpin UMNO dan komponen BN tertentu yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan. Malangnya, masing-masing diberi perlindungan oleh Mahathir tanpa segan silu. Tidak ada kes yang dibawa ke mahkamah. Mereka kununnya didapati bersih. Bersih kata perompak seperti Mahathir, kotor kata rakyat yang menanggung kesengsaraan.

Sudah menjadi lumrah, para pemimpin UMNO dan komponen BN akan menjadi kaya-raya sebaik saja menjadi wakil rakyat. Mana-mana mereka yang sudah lama dalam jawatan, Rasuah sudah menjadi “ketagihan dan gian”. Bagi pemimpin UMNO dan komponen BN, rasuah adalah suatu kemestian. Ia menjadi satu “perlawanan ala pertandingan”. Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi jutawan. Maka berjuta rakyat seperti penghuni Kg. Medan.

Kerana ini, setiap pemimpin UMNO dan komponen BN tidak akan terlepas dari kutukan dan maki hamun rakyat. Tetapi, penyokong UMNO dan komponen BN tidak penduli. Bagi mereka, Rasuah adalah semacam Tradisi. Kerana, mereka tahu sangat-sangat bahawa pucuk pimpinan parti lebih teruk dengan budaya ini. Hingga ramai yang beranggapan, kalau masuk politik tidak kaya-raya bermakna tidak berbaloi bergelar pemimpin. Itulah nawaitu pemimpin UMNO/BN.

Walaupun nawaitu itu adalah salah dari segi undang-undang, tatasusila peradaban manusia dan tuntutan apa jua agama; namun bagi mereka perkara itu ditolak tepi saja. Antara mereka yang melakukannya terdapat juga beberapa ulamak UMNO. Mereka lebih rakus dari iblis dan syaitan yang direjam. Cuba taksir berapa harta dan kekayaan Wan Mokhtar Ahmad bekas MB Terengganu lebih 20 tahun? Mana pergi ilmu agama ulamak “haprak” ini? Malah, bukan dia sorang saja…!!

UMNO/BN Parti JAHANAM

Kehebatan UMNO/BN di sepanjang terajuan Mahathir penuh dengan khayalan dan angan-angan. Mahathir memperjudikan segala-gala yang ada di negara ini. Bermula dari seringgit dua cukai rakyat hingga kepada kayu-kayan dan hasil mahsul minyak mentah PETRONAS; segala-galanya dipunahkan tanpa hasil yang dimanafati rakyat banyak.

Mahathir dengan niat membohongi dan menipu orang Melayu telah menukar semua sistem yang telah serasi dengan cara hidup rakyat. Beliau mewujudkan konsep Pengkorporatan dan Penswastaan. Tetapi yang ketara mendapat laba besar adalah Kroni, anak-beranak dan suku-sakat beliau dan pemimpin sekongkol di sekelingnya. Yang untung besar dan mewah melimpah-ruah hanya seorang berdua saja, walhal rakyat marhain menunggu Pembangunan bagai “buah tak gugur, menanti kucing bertanduk”.

DEB Diselewengkan Habis-habisan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diselewengkan begitu teruk sekali. Buktinya, hari ini 10 juta orang Melayu di negara ini terpaksa menanggung hutang berbaris. Mahathir takut memberitahu rakyat berapa jumlah hutang rakyat yang dipaksakan ke atas pundak mereka. Mungkin 5 generasi rakyat negara ini tidak termampu menjelaskannya. Itu dasar apa?

Tanya Mahathir, siapakah yang mendapat laba dan keuntungan dari dasar “Penyangak”nya? Ke mana perginya wang ribuan billion yang disonglap oleh puak-puak Kroni beliau? Apa kesannya kepada Pembangunan yang dijanjikan? Adakah ini tanda “kemakmuran” yang dicanang-canangkan oleh pemimpin UMNO dan BN? Tidakkah rakyat sedar lagi bahawa Mahathir sedang mengkhayalkan mereka dengan ucapan bertulis rapi dengan tujuan merompak?

Rakyat Wajib Ubah Kerajaan

Jika rakyat, khususnya orang Melayu masih merasa enggan menukar Kerajaan UMNO/BN, bermakna mereka merelakan diri dijajah, diperdungu dan diperkutak-katikkan. Jika asakan gabungan Pembangkang yang saban hari memberi maklumat sahih lagi benar tidak dipedulikan dalam membuat keputusan pada Pemilu 2004, bermakna rakyat sendiri belum dewasa berpolitik dan tidak matang dalam menentukan halatuju hidup zuriat-zuriat mereka masadepan.

Rakyat tidak perlu berfikir panjang dengan pelbagai ragam sehaluan dengan ‘cacamarba’ pembohongan pemimpin UMNO/BN.

Ketahuilah, pemimpin UMNO/BN sedang merancang untuk lari meninggal negara dan rakyat setelah negara ini jahanam dan rakyat terpuruk dalam hutang ribuan billion – bankrup. Mereka anak-beranak akan cabut lari dan hidup mewah 10 generasi lagi di negara lain. Mereka tidak pandang kalian sebelah mata lagi. Sebagai rakyat, kita akan dibiarkan “mampos” membayar hutang yang mereka buat.

Rakyat MESTI Tanya Diri Sendiri

Siapakah yang bersalah di atas kesulitan dan kepayahan hidup sendiri? Semata-mata kerana kita “lupa” kerana tidak menggunakan kuasa di tangan kita pada waktu dan ketika yang tepat? Nak salahkan UMNO/BN? Padahal kita tahu bahawa Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO/BN adalah penyangak dan pengkhianat Negara?

Tanya sendiri dan jawablah sendiri…!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : dppkd@hotmail.com