Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR PM PERTAMA YANG GAGAL MENGURUSTADBIR KEPENTINGAN ORANG MELAYU

Amin Sapiro (Mahathir menelan 1001 kegetiran)

MAKIN banyak Mahathir bercakap makin nampak dia semakin nyanyok. Kalau tak kerana rezki didepan mata, mungkin separuh tetamu di majlis sambutan 20 tahun beliau jadi PM sudah ‘Blahhhh…..’…!!

Dicelah-celah ucapan berapi-api yang menyalahkan semua orang tanpa sesal diri sendiri itu, ramai juga tetamu yang menyumpah seranah. Ada yang meludah ke tanah. Jijik sangat tekak mereka, boleh jadi!!

Mahathir Betul-betul Berbogel

Pertama kali Mahathir mengakui dia GAGAL. Malangnya dia menyalahkan orang Melayu yang menyebabkan dia GAGAL besar. Dia tidak sedar, kegagalan beliau hanya satu, TETAPI kegagalan orang Melayu kerana kerakusan dan kurang ajar biadap beliau adalah 1000. Siapa lebih gagal sekarang?

“Cakap orang sewel dah nak mati, mana boleh pakai”, berkata seorang Ketua Bahagian dari Kedah. “Kalau orang Melayu malas, itu bukan salah siapa… bukankah selama ini UMNOlah yang menerajui politik orang Melayu – parti yang berpresidenkan Mahathir? Nak salahkan siapa”. Mencemek lebar beliau ditepi meja.

Seorang kawan lain yang duduk semeja mencelah, “Mahathir bukan setakat sewel saja, malah dah jatuh sasau. Gila..! Kegagalan orang Melayu bukan kerana orang Melayu malas; tapi kerana orang Melayu sentiasa ditekan. Tak dibenarkan bangun. Di perhambakan. Minda mereka sengaja ditutup – dipetibesikan. Dikotakhitamkan..!!”.

Itulah pandangan seorang bekas Menteri UMNO yang pernah 2 penggal menyandang jawatan dalam pentadbiran Mahathir. Beliau kena tendang kerana bercanggahan pendapat dalam satu mesyuarat MKT UMNO 8 tahun dulu. Kini beliau dipujuk semula oleh kuncu-kuncu Mahathir menyebelahi UMNO/BN.

Betulkah Orang Melayu “Malas”?

Memang tidak boleh dinafikan, sekali pandang orang Melayu memang boleh ditafsirkan sebagai malas. Mereka meminta-minta kepada Kerajaan. Macam-macam – antaranya biasiswa pelajaran, subsdi baja untuk tanaman kontan, kambing dan lembu betina pawah, pembinaan jalan kampung dan jambatan. Macam-macam.

Hingga gelanggang Sepak Takraw pun diminta supaya Kerajaan buat. Cuma Pak Sidek saja yang buat sendiri. Itu sebab Razif dan Jailani boleh jadi HERO Bola Tangkis. Kalau harapkan Tepian Gelanggang Kem. Sukan, sampai kiamat Indonesia jugalah akan jadi Juara - JOHAN. Hehehehe…!!

Sekali pandang, apa Mahathir cakap itu ada juga betulnya. Tetapi, jika diperinci betul-betul, seseorang yang ada otak dan pertimbangan tidak akan berkata seperti ucapan Mahathir dalam majlis terbesar merayakan genap 20 tahun beliau jadi PM. Nampak sangat Mahathir sendiri yang bogel bertelanjang bulat. Maka terjuntailah buah “sentul”nya dengan “belalai kecut” panjang lebih sejengkal. Orang Melayu yang hadir di majlis melepas “hot air” itu terasa sangat “sial badan” menghadirinya.

Mahathir Meluah Rasa Kecewa

Ucapan Mahathir di Majlis tersebut boleh diumpamakan seperti orang yang sedang ‘meninggal tebiat’ nak mati dalam detik yang mendatang. Seolah-olah. para Malaikat sedang membawanya melihat-lihat tempat-tempat yang bakal dilalui olehnya di alam Barzah.

Mungkin Mahathir tersedar sendiri apa yang pernah dilakukannya semasa hidup sebagai pemimpin bangsa Melayu yang berbudaya unggul, beragama dan punya tradisi rajin berusaha serta sabar menerima dugaan. Apa Mahathir sudah buat dengan potensi mega orang Melayu yang pernah memanggul senjata sejak 500 tahun negara ini dijajah?

Mahathir mungkin kesal sendiri (walaupun beliau menafikan) apa yang dilakukannya kepada orang Melayu hingga 11 juta kaum ini yang satu masa dulu pernah menyokong UMNO 100%; sekarang berpatah arang hingga berbalik memusnahkan parti itu – bakal mengkuburkan UMNO/BN 6 kaki dalam bumi..!!

Sebetulnya, Mahathir sungguh-sungguh kecewa melihat bagaimana UMNO mereput seperti tunggul buruk sejak beliau memusnah saraf dan nadi demokrasi, kebebasan bertindak dan tradisi bermuzakarah dalam membuat keputusan dalam kerajaan dan parti.

Di Mana Mahathir Terperangkap?

Anwar! Anwar! Sebut saja Mahathir gelabah, pasti nama Anwar terkait rapat. Makin Mahathir melenting, makin Anwar jelas karismanya. Anwar mungkin terkurung, tetapi Anwar semacam berada di tengah-tengah UMNO/BN memenuh ruang. Mahathir telah diketepikan.

Cuba semak semula! Punca UMNO jahanam adalah kerana Mahathir terlampau bernafsu besar ingin hidup 1000 tahun lagi. Kununnya, beliau berhasrat untuk membaiki 1001 macam kesilapan besar yang dilakukannya sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Tapi satu pun tak menjadi.

Makin beliau cuba membaiki kesilapan, nafsu dan kerakusan ingin terus berkuasa mutlak menghantui benak kepala beliau. Inilah yang menyebabkan negara ini makin karam. Jahanam!!

Analoginya, kesilapan itu bertempek berlapis-lapis hingga Mahathir tertimbus di dalam sebuah unggun yang menggunung. Mahathir sudah tidak boleh keluar lagi. Sekarang Pembangkang sudah mula mencucuh api kepada unggun kering yang memerangkap Mahathir. Pasti Mahathir dan UMNO/BN akan terbakar hangus!! Mampos jadi abu!

Malang 1000 kali malang, tempoh beliau terus bernyawa sudah hampir ke tenggorok. Kini, “maut” politik sudah “memanggil” beliau dengan laungan yang amat nyaring. Mau atau tidak, orag Melayu penyokong UMNO yang selama ini beliau keciwakan, telah berbondong-bondong menyebelahi Pembangkang.

Apa yang paling mengeciwakan Mahathir lagi, mereka sedang segandingan dengan 60% kaum bukan Melayu untuk menamatkan sejarah politik Mahathir dan BN yang diterajuinya. Nak wat camno? Melopong saja Mahathir nampaknya.

Mahathir Mengkejami Diri Sendiri

Mahathir memang GAGAL dari mula beliau masuk UMNO. Nawaitunya semulajadi memang salah. Tak ada siapa dalam kepimpinan UMNO yang diberinya tahniah. Tanya Tunku, Tun Razak dan ratusan pemimpin UMNO yang kenal siapa Mahathir. Hussein Onn pun kembali ke rahmatullah dalam suasana sedih. Beliau diperdaya bulat-bulat oleh Mahathir. Cuma Hishamuddin saja yang tak sedar diri…!!

Selama 20 tahun Mahathir mengatur strategi parti, pencapaian beliau paling ketara ialah, Mahathir lebih dikenali sebagai Perdana Menteri paling ramai Timbalan. Satu demi satu dikhianatkannya. Macam-macam cerita terdengar ke telinga rakyat.

Banyak yang boleh kita dengar dan percaya; tetapi tak boleh baca di media sebab media arus perdana dikawal ketat oleh orang berpekung. Sekarang seorang anak malbari keturunan Krala dibagi jadi taukeh. Apa cerita?

Syukur Alhamdulillah, cerita Anwar yang dikonspirasikan beliau sendiri telah menamatkan keangkuhan Mahathir buat kali terakhir. Bukan saja Mahathir terpuruk dan akan mampos dalam angan-angan serti “mat jenin” yang jatuh dari pokok kelapa, malah Mahathir sedang mencari tebing tinggi untuk dijadikan tempat “terjun dengan labu-labunya” seperti Si Luncai.

Bukan setakat Pembangkang Melayu saja yang bersorak gamat “Biarkan! Biarkan…!!”; malah 60% menyokong MCA termasuk MIC sudah cabut lari meninggal parti masing masing.

MCA Sudah Berpecah-belah

Yang nyata: Pertelingkahan Pemuda MCA dalam waktu krtikal begini adalah satu tusukan lembing tajam ke dada BN yang terdedah. Puncanya, Mahathir sendiri menempelak kaum Cina sebagai “Ektrimis dan Komunis”. Isu penguasaan kepentingan akhbar Cina merebak ke ranting dan cabang masyarakat Cina. Sementara, kaum India yang selama ini seperti lalang, kini tegak berdiri bagai “duri dalam daging” kepada BN.

GERAKAN yang selama ini condong ‘sementara’ menyokong Mahathir-BN, rupa-rupanya pemimpin mereka diam-diam sepakat menerajang parti gabungan BN dari belakang. Isu bantahan beberapa pemimpin mereka terhadap penyalahgunaan ISA adalah ‘tip of the iceburg”. Kebencian mereka terhadap pentadbiran Mahathir adalah 10/11 – masih tenggelam dibawah paras air!!

Hematnya, ini semua sudah dilihat oleh Mahathir sebagai petanda. Kilat yang sabung menyabung sudah diikuti dengan halilintar membelah bumi. Majlis itu adalah bayangan bahawa Barisan Nasional sedang disambar kilat – sedang terbakar sendiri.

Mahathir dan BN Tiba Di Penghujung jalan

Makin nampak sekarang, dari ucapan beliau di majlis sambutan 20 tahun jadi PM, Mahathir seakan hidup dengan rasa khuatir dan bimbang. Mahathir sudah meraba-raba tepi kainnya. Kesal beliau tidak berkesudahan.

Apakah Mahathir tidak pernah buka dan baca Al-Quran? Di dalamnya, terang-terang Allah swt. berfirman bahawa “tidak ada Kerajaan dunia yang akan kekal melainkan Kerajaan Allah swt.”.

Walaupun Mahathir tak tau baca dan faham Al-Quran berbahasa Arab, bacalah versi bahasa Urdu – pun kandungannya sama juga. Tak taulah kalau versi Freemason Yahudi laknatullah sahabat ikrab Mahathir terpesong sangat terjemahannya..!! Entahlah. Boleh tanya Hamid Osman atau Hamid Zainal Abidin – 2 jaguh penjilat ternama!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com