Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TAK LAMA LAGI MAHATHIR AKAN BUAT “TAYANGAN PERDANA”

Amin Sapiro (setakat toton cerita Kartun)

KINI nampak betul Mahathir beralih arah pusing belakang 180 darjah. Kalau dulu ucapannya di mana-mana menceritakan betapa hebatnya UMNO dan BN; tapi sekarang cerita parti dah tak disentuh lagi. Sekarang ini cerita Mahathir 100% berkisar di sekitar “membela diri sendiri” saja-saja.

Berkata seorang pemimpin UMNO vetren yang hadir dalam jamuan meraikan 20 tahun Mahathir jadi PM. Katanya, “Sebab Mahathir bertukar haluan kerana dia tahu semua orang nampak, UMNO and BN are (analogically) just like the mutilated wreckage of the sunkened Titanic. It cannot be salvaged anymore as they are already fast-held by mud at sea-bed. The Opposition are likewise the forces of icebergs – from the people and by the people. This has to be reconned by Mahathir himself ”.

Siapa Tolak UMNO/BN?

Kalau dikatakan Pembangkang menolak UMNO/BN, Mahathir tak gelabah sangat. Malangnya, hingga ke tarikh kini, perangkaan ahli UMNO sebenar yang tersembunyi dalam file Khalil Yaakob susah nak di”varify” kesahihannya. Very alarming – kata setengah sumber terdekat dalam UMNO/BN.

Yang meragukan hati kita, kejap Khalil kata ahli UMNO yang berdaftar 3.0 juta, kejap lagi 2.0 juta. Mana satu yang betul, ‘ntah lah! Tapi, berita dari PWTC menyebut, kertas soalsiasat yang diedarkan kepada “ahli-ahli” UMNO – yang diterima balik tak sampai 500 ribu saja walaupun 2.2 juta dihantar ke serata ceruk Malaysia. Itupun setem dilekatkan kepada sampul jawapan. Fikir tu sikit.

Apa yang mentertawakan budak-budak kerani dan peon pejabat di PWTC khabarnya ialah, dalam kertas jawapan itu ada macam-macam kata-kata lucah yang ditulis terhadap UMNO/BN. Ada yang pandai lukis gambar “benda alah” dalam seluarpender Mahadir itu pon. Macam “real”, kata mereka. Ada yang lagi “smart”: mereka isi ruangan “cadangan” supaya lambang UMNO/BN ditukar macam benda yang “Pidah punya”. Artistik juga lukisannya. Real..!! Macam lukisan budak-budak di sudut Central Market.

Itu macam punya maklumat balas amacam nak nilai, hah? Tak sikit punya “haghu” kaaa…? Hahah…!!

Hadirin Di Ceramah UMNO/BN

Kalau ditilek dari angka hadirin ceramah Pembangkang seperti PAS dan KeADILan, memang jauh bedanya dari jumlah kehadiran ceramah-ceramah UMNO/BN.

Kata seorang budak dadah kaki hisap “pit” yang diupah oleh orang UMNO untuk hadir ke rapat-rapat UMNO di sekitar Johor, “Kalau UMNO tak bagi ‘angpow’ dan nasi bungkus, kemeja T dan angkut kami dengan bus pelancung berhawa dingin; siapa nak datang ke ceramah UMNO? Biar Mahadey datang pun, siapa pedulik? Buang masa aje!”.

Budak-budak tu pun tahu juga harga dirinya. Kalau setakat RM10, tak main daaaa, kata mereka. Tak hilang gian, mana boleh jadi. Mesti paling RM50, baru ada umppphhh.. Kan UMNO parti orang kaya? Kata mereka.

Hahaha… dah terbongkarlah nampaknya rahsia cermah UMNO sekarang. Rupa-rupanya yang hadir di ceramah UMNO/BN adalah budak-budak hisap dadah dan kaki sedut “pit” saja. Kalau gitulah keadaannya, nampaknya ceramah parti itu adalah “Pesta Bangkai Bernyawa” namanya. Sebab, nyawa budak-budak hisap dadah dan kaki sedut “pit” tak sampai ke tahun 2004. Mereka bakal “pengundi hantu” berdaftar, kot!

Mahathir Bela Siapa Sekarang?

Mahathir dan semua pemimpin UMNO sudah nampak bahawa UMNO/BN sudah “koyak”. Mahathir cuma termampu bertahan kerana beberapa faktor diluar arus demokrasi sedang dipergunakan untuk menakutkan rakyat.

Kita tahu, ramai dalam senarai regim Mahathir yang bakal di ISAkan. Nama-nama itu termasuk budak-budak sekolah. Sekarang, Norian Mai kerja keras sepenuh masa. Mahathir mau beliau bekejar ke hulu ke hilir macam anjing buruan. Polis tukang jaga bangunan. Mana yang terbakar kerana pendawaian, disuruh cari jalan supaya libatkan Pembangkang atau student.

Mahathir HANYA berkerja keras untuk membela diri setelah peratus orang Melayu yang menolak UMNO mencapai tahap sokongan paling kritikal. Bagi Mahathir, dia sudah jadi PM 20 tahun, perniagaan Kroninya banyak yang bankrut. Itu sebab Mahathir cari jalan camana nak “timbus” kerugiannya. Maka dirancanglah macam-macam jenis “bailout”.

Mahathir “terlupa” pepatah Inggeris yang menyebut,”Don’t put all the eggs in one basket”. Malangnya, Mahathir masukkan semua tender dan projek mega dibawah RENONG. Halim Saat pulak pakat dengan Daim. Habis Renong kena kelentong. Ini buatkan Mahathir termenung.

Masalah Mahathir Makin Berlipat

Mahathir suka kutuk orang Melayu sebab Menteri dan pemimpin UMNO semuanya dungu! Mahathir sudah masukkan mereka satu kadang macam lembu pawah. Hidung mereka dicucuk lubang dan dikekang bertali panjang. Memang tak kan berani melawan.

Bagi lembu- lembu pawah UMNO ini, bergantung kepada budibicara Mahathir saja. Kalau cuba menandok ‘lawan taukeh’, tak akan merasa makan “rumput sabit”. Terkulat-kulatlah mereka terjengket-jengket. Kan itu cari penyakit?

Tetapi Mahathir lupa, 2 juta ahli UMNO dah tak ada dalam daftar. Semua sudah cabut. Yang ada sekarang cuma mereka yang ‘bongkok sabut’. Ikut hukum akal, tak sampai mereka menjelang 2004.

Puteri UMNO sebok dengan glamour saja. Azalina macam tak ada kerja lain, asyik membela diri kununnya dia bukan “homo”. WANITA pulak sebok pertikai isu “umor”. Tak sedar diri dah tua. Ada yang kubur panggil, rumah dah mula halau. Masih lagi teringin nak jadi wakil. Pemuda UMNO lagi dahsyat. Masing pandai cakap. Tapi dibelakang tabir, masing berpakat “tibai” kawan. Ini macam punya “loghat”, macamana UMNO nak selamat?

MCA Sudah Hilang Kudrat

Kesah pergolakan Pemuda MCA memang hebat. Perpecahan sudah tidak dapat dielakkan. Tetapi Mahathir masih berpaut ke “seluar kotok” apek-apek sasau macam Ling & Co. Dia harap kaum Cina sokong dia. Itu sebab Mahathir berani hentam orang Melayu – kutuk mereka yang bukan-bukan.

Kalaulah orang Melayu masih sokong UMNO, memang mereka dah buta mata – tak ada otak dalam tempurung kepala. Sanggupkah orang Melayu dipersenda oleh zuriat Krala bernawaitu Raja Mandeliar?

Mahathir kata “Melayu pemalas. Melayu punya pasal dia gagal sebagai pemimpin”. Orang Melayu mahu terima juga UMNO dan Mahathir yang 100% buruk sangka kepada warisan nenek moyang kita? Tanya Khir Toyo, tanah orang Selangor di Puterajaya siapa faraitkan kepada Mahathir? Mahathir pulak kongsi-kongsi dengan kroni Cina!! Orang Melayu apa dapat selain dari MELOPONG terkebil mata?

Tetapi Mahathir lupa satu perkara, orang Cina cukup sensitif bila Mahathir kata mereka EKSTRIMIS dan KOMINIS. Sekarang, 60% pengundi Cina dah tak sokong BN lagi. Jadi, Mahathir sekarang merancang untuk “mending the fence”. Tapi tiang pagar MCA dah terlondeh!! Makin Mahathir tegakkan makin ramai pengundi Cina kata, “Itu Mahadet, cakap tak serupa bikin”.

Mahathir Dalam Ketakutan

Perangkaan terkini sangat memeranjatkan. Tak sikit punya ramai kaum Cina yang berikrar bertukar haluan. Mereka yang terpelajar mendaftar diri menyokong KeADILan, PRM. Parti DAP sendiri sedang mendaftar penyokong dalam ukuran berjuta.

Nampaknya, strategi Mahathir kalah “dipangkal”. Tak lama lagi Mahathir akan tanggal seluar!! Kita sama-sama tengok “Tayangan Perdana”nya… Hhihihih..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com