Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PENGUNDI SABAH TAK JERAN-JERAN LAGI KE?

Amin Sapiro (dapat cerita dari agen KeADILan Sabah)

KEKALAHAN Barisan Nasional di Lunas menghantui puak UMNO di Likas pula. Sabah punya strategi di kawasan kurang bertamadun lain sikit. UMNO siang-siang pandang jumlah pendatang haram sebagai potensi.

Yong Teck Lee JUARA “Pendatang Haram”

Keputusan Hakim Mohd. Kamil telah memecah kebuntuan bagaimana BN Sabah boleh menang mudah. Selama ini, demokrasi mengikut lunas pilihanraya di sana seperti memancing ikan sembilang dicelah pokok bakau saja. Bila air pasang, ikan sembilang rapat ke gigi air. Bila pasang surut, BN Sabah mulalah menangguk.

Hahaha… itu analogi saja. Yong Teck Lee adalah pakar yang mahir dalam kerja “tanggok menanggok”. SPR tak boleh buat apa-apa, sebab Mahathir dah bagi amaran siang-siang kat budak-budak SPR, “You people don’t disturb them. Aren’t you all being paid in full for closing your eyes and glueing your gaps?”.

Maka berakhirlah biasanya BN menang tanpa sebarang “sakit kepala”. Maka berganti-gantilah Chief Minister ikut giliran. Masing pun mulalah panggil Pengarah Jabatan Hutan. Perkara pertama yang disoal ialah, berapa ribu ekar hutan dara yang masing belum diteroka. Maka di bilek pejabat Ketua Menteri, menunggu dan berhimpunlah semua pekerja BN yang dulu bekerja membanting tulang bagi BN menang. Masing-masing bawak Kroni yang siap dengan bull-dozer!

Masing-masing pun mulalah memfaraitkan hutan simpan. Bila sudah dapat masing-masing mereka pun senang lenang – makan tak habis. Hematnya, itulah Pembangunan BN di Sabah. Lori balak pun berulang alik ke dalam hutan.

Rakyat Sabah Dilupakan

Hanya 1% saja dari jumlah rakyat Sabah yang menikmati Pembangunan. Yang lain kena urut dada sebab hutan dara dah jadi semak belukar. Formula Ketua Menteri bergilir ala Mahathir bukan bertujuan untuk mencari keadilan rakyat. Sebaliknya, setiap Ketua Menteri yang mendapat giliran berniat untuk “pulun” sakan bagi habis apa juga harta rakyat yang boleh dibuat duit.

Dah dekat 15 tahun Sabah di bawah UMNO/BN. Sampai hari ini jembatan ke pendalam menyeberang sungai masih lagi pakai “kayu bulat” – sebatang cuma. Jembatan begitu tak boleh pakai basikal pun. Silap kayuh di atasnya, pemboceng terhumban ke dalam gaung. Silap-silap jatuh, patah tulang tongkeng.

Pertanian di Sabah, jangan cakap lagi. BN langsung tak prihatin. Tak peduli..!! Bukan ada sawah padi. Kelapa sawit tak menjadi. Sumber alam itulah yang diharap rakyat. Kalau pemimpin UMNO/BN rakus, habislah cerita.

Itupun tak sedar diri – padan muko!! Sejak Tun Mustafa jadi KM, satu haram apa Pembangunan Sabah yang dijalankannya. Orang tua itu gila betina saja-saja. Anak sana-sini, tak terjaga. Dia tahu kawin bila tengok dahi licin. “Ngang” saja “seleranya”. Said Kruak itulah yang jadi “penjilat” beliau dulu. Termasuk seorang hamba Allah bernama Syed Kecik. Nama saja Syed Kecil, seleranya cukup buas tak padan dengan namanya.

Hutan Percaya Saja

Rakyat Sabah wajib sedar sekarang. UMNO/BN di Sabah bukan bertujuan untuk membangunkan rakyat. Mereka lebih suka Sabah bankrut dalam hutang. Itu sebab Dolah Bedawi mula bermain sentimen perkauman untuk nak menang.

KeADILan Sabah kena berhati-hati. Yong Teck Lee masih aktif lagi. Dia tahu, Akta Pilihanraya akan dipinda dek Rais Yatim. Itu semua strategi yang memberi laluan mudah kepada “Formula One” pengundi Sabah untuk di”Yong Teck Lee”kan.

Kita Reserve Komen

Sementara ini kita tunggu apa keputusan pemilihan. Yang patut dijaga betul-betul ialah jumlah pengundi pendatang haram yang tunggu masa dalam hutan. Bila ada ‘siren’ dari BN, “OK, on your mark, get set…GO!”, tengoklah nanti, entah dari mana datangnya penyokong UMNO. Hohohohoh… IC masing-masing tiba-tiba saja berwarna ‘biru”.

Puncanya, Yong Teck Lee adalah “mahaguru”. SPR kena tutup mata!! Banyak cakap kena loceh peliaq depa..!! (maaf, kena cakap pecahkan rahsia)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com