Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BILA MAHATHIR HILANG KEWIBAWAAN POLITIK – DIA JADI “BARUA”..!!

Amin Sapiro (nak tengok muka Madey boroi…! Hihihih)

PENTADBIRAN George W. Bush sudah sekian kali dipujuk rayu oleh Mahathir. Mengikut laporan terkini – sudah 3 kali dirayu mahu temu janji. Mahathir sendiri menulis surat kepada Bush banyak kali. Memang rindu dendam Mahathir kepada Presiden Amerika yang menang setakat hujung jari itu. Kempunan sangat dia, kununnya. Bush Jual Mahal, Apsal?

Kita nampak sekarang, Bush dalam kebimbangan untuk menerima Mahathir yang berwatak “tersingkir” oleh dunia bertamaddun yang mengamalkan demokrasi.

Seorang teman yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington mengirim email singkat dengan berkata, “Susah sikit Wak. Mahathir is no as popular to the White House congressmen as prior to Anwar was jailed without proper trial. Bush advisers are all against Bush allowing Mahathir to make a courtesy call. They all know Mahathir will be more stuck-up against his people at home. Allowing him tantamount to endorsing his dictorial administrative behaviour against human right and political opponents. That is NOT acceptable, kata mereka”.

“Itu baru ‘corridor talks’ among the Diplomats within countries sympathatic to the plight of those fellow Malaysians who are jailed without cause. Kami di sini susah sikit buat hubungan dengan pegawai terbabit di White House” sambung beliau. “Tapi kalau Ezam, Azmin, Wan Azizah atau Fadhil Nor – they’re all saya OK. Welcome! Bukan alasan mereka mahu masuk campur dalam urusan dalaman Negara kita, tetapi pentadbiran Bush meluat bila Mahathir cakap dolak-dalik, lidah berbelit-belit…” kata beliau lagi.

Email itu menyebut juga, “Pentadbiran Bush tahu, jika Mahathir diberi peluang samalah seperti Amerika membenar dan mempersetujui Mahathir menggunakan Akta draconian ISA. Pentadbiran Bush sangsi Mahathir akan menambah bilangan anggota dan pemimpin Pembangkang 10 kali ganda di ISAkan. Maknanya, Pentadbiran Bush akan diserang di PBB oleh negara anti kezaliman dan anti komunisme,” ulas beliau.

Pandangan Amin Sapiro

Saya kurang arif dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam Pentadbiran Bush terhadap regim Mahathir. Kalau begitulah letak perkaranya, nampaknya Mahathir setakat “rindu tak sudah” sajalah! Tanggung sendiri malu alah, kata orang Perak.

Bagi Presiden Bush, Mahathir tak ada guna satu sen kepada pentadbirannya. Dalam percaturan politik negara di rantau ini, apa yang Bush dan Amerika mahu ialah satu keadaan tenang tanpa sebarang gelora politik yang mengancam rakyat negara-negara terbabit.

Amerika mahu sebuah negara Asia yang sehat. Tambahan pula ekonomi Amerika dalam doldrum sekarang. Kalau Mahathir jadi punca kacau-bilau dalam negara ini (Malaysia), pasti Bush dan penasihatnya merasa kurang senang. Pasaran Amerka akan menguncup lagi. “Might as well let that SHIT go to hell”, kata mereka. Hihihih….

Mahathir Dianggap Amerika Sebagai “Makhluk Perosak”

Memang betul juga, Mahathir adalah perosak kepada economic recovery and political stability Malaysia. Mahathir tak akan mengaku dia punya pasal negara ini bergelora – tapi dia mesti terima kesalahan besar itu sebagai benar. Ada bukti kukuh….(biasa kan Mahathir cakap gitu?..Hhihihih).

Malangnya, Mahathir menulis di majalah Jepun seolah-olah dia nak cuba jadi “mahaguru” pula. Apakah Mahathir tak sedar lagi, sebenarnya Mahathir ialah “MahaFIRAUN” bukannya ‘mahacendekiawan”. Hehehe… (ramai yang ketawa).. KAH! KAH! KAH!!

Dengar khabar, penasihat Bush akan jawab surat-surat Mahathir setakat melepas batuk ditangga saja. Mungkin Collin Powel akan jumpa Mahathir cerita pasal golf atau lawn tennis menggantikan “pak” Bush nya.

Apakah alasan Bush tak mau jumpa Mahathir agak? Hehehe… jawabnya: Bush ada appointment jumpa Datin Seri Wan Azizah dan rombongan isteri-isteri aktivis politik yang sedang merengkok di tahanan Kamunting!! Lepas itu, Bush akan jumpa Nelson Mandela pulak..

Boroi muka Mahathir. Mana mau tarok? Does he get the hint? “Ntah lah. Muka bangsat mana ada maruah!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com