Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HITLER PUN SANGGUP BAKAR PARLIMEN, TAU TAK?

Amin Sapiro (suka makan ikan cencar bakar)

APA nak dihairankan. Hitler dulu pun bakar Palimen untuk menarik kebencian orang German terhadap pemerentah Austria. Waktu itu Nazi adalah alat perkakas Diktator itu untuk menyampaikan maksud politiknya. Dengan senang hati Hitler menghasut minda orang German supaya membenci orang-orang Austria yang menjajah bangsa German yang tertindas. Dilibatkan Yahudi – sama seperti Mahathir melibatkan penyokong Anwar dengan aktivis Reformasi.

Setakat DTC belum apa-apa lagi. Kalau dirancang Mahathir akan membuka ‘apa-apa’ disana pun tak ada benda yang istimewa. Jika dengan membakar DTC boleh menaikkan nama Mahathir, dan menuduh mahasiswa sekongkol dengan aktivitis Reformasi. apa salah? UMNO tak kan rugi apa-apa. Akhirnya bukan duit poket orang UMNO yang akan keluar. Kontrak ratusan juta ada kroni yang dapat. Apa susah?

Teringat kita bangunan mahkamah tertua di Jln Tun Perak pun pernah terbakar. Hamid Albar istiharkan kontrak membaikpulih anggaran Rm100 juta. Kita tak tau berapa percent dari kosnya masuk poket kroni yang dapat kontrak/tender, kan?

Jet pejuang banyak yang berhenti di udara dan menjunam ke bumi. Pemandunya tamat riwayat – anak isteri dapat ganjaran seringgit dua saja. Puncanya kerana aircraft maintenance yang dilakukan oleh airod lebih kurang saja. Tambahan pula jet-jet tersebut dah lebih usia – hampir sama sewel dengan Mahathir. Bila landing gear dipaut, tayarnya tersangkut pada body. Itu salah siapa? Sebab Airod kena keluar belanja berjuta untuk bantu UMNO/BN sokong kewangan pilihanraya. Yang kena buang kerja sebab Airod rugi ialah MDnya, siapa lagi?

Jadi, nak salahkan siapa? Semuanya ada orang yang dapat ganjaran mewah disebalik sebarang kemalangan yang menimpa. Tak ada orang yang tak suka nampaknya. Apatahlagi kalau ganjaran politik yang diperolehi boleh memburukkan imej Pembangkang, kan?

Itulah dasar “Malaysia Boleh”. TNB dan BOMBA tak payahlah selidik teruk-teruk sangat mencari fakta punca kebakaran itu. Kalau Bond PUNB yang akan ditunaikan di London pun senyap saja, padahal orang yang melakukannya sudah pun tertangkap “red handed with their pants down” pun senyap; apa macam mahu cari bahagian pendawaian litar pintas yang ‘shot’. Mungkin kertas yang terjumpa itulah yang akan jadi bahan bukti. Roket loncar dan grenade tak jumpa, alih sikit kepada “tak ada tanduk telinga dipulas”, kan?

Hai…..bijak…bijak! si kepala keparat!! Mungkin the next VC Univ. Malaya ialah Azalina “Tomboy”. Tak kena gaya, bakal Profesor Undang-undang ialah Rais Yatim. Profesor Kajian Masyarakat dan Kebudayaan pulak ialah Rahim Thamby Chik. Akan diwujudkanlah nanti disiplin baru bernama “The Legalization of Rape and Lesbian”. Terbuka untuk Puteri dan Pemuda UMNO!!

Jangan kata mustahil, Ok? Ini kan Malaysia namanya, ada dasar “Malaysia Boleh”! Semua lawak “bodo” jadi kenyataan, kan? Maklumlah Presiden UMNO kata, “Melayu bodoh…pemalas nak berfikir…..!!” Semua mesti angguk….kata ramai-ramai..”YESSSSSSS…….OOOOKKKKK….!!” Kalau tak kena ISAAAAAAAAA…..!!

Amin Sapiro
(BEKAS Ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com