Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ORANG MELAYU DIINGAT “JANGAN TERKENA DURI LAGI SEKALI”

Amin Sapiro (UMNO/BN koyak rabak bagai perca buruk)

BILA meneliti kesah RENONG yang sedang mengalami kepayahan dan akan dilelong seperti ikan Temenung busuk di pasar malam, kita teringat kata-kata Richard Gere kepada seorang wanita ‘bertuah’ dalam sebuah filem berjudul “Pretty Women”. Katanya, “My business is to buy companies and sell them back piece by piece..”. Seorang ahli Korporat berkata, “RENONG hanya laku dijual kalau diasingkan satu-satu antara yang busuk dengan yang elok. Kalau sekaligus, samalah macam Mahathir nak lelong PERWAJA..!! Akhirnya, rakyat juga akan parah membayar hutang lapok..!”.

Seorang lagi berkata, “Mahathir mana tau meniaga. Bila Mahathir dihumbankan, Malaysia balik semula aman tenteram. Selagi dia masih lagi jadi PM berkuasa Diktator, Malaysia dan rakyat akan terus mundor – hancur lebur..!”.

Tangan Mahathir Memang Sial

Pernah saya kata dalam tulisan saya: Mahathir macam tukang kayu pengukir berhala, setelah berhala itu terbina, tangan itu jugalah yang membakarnya semula.

Itu cuma analogi saja. Cerita sebenar harus diteliti lebih mendalam. Rakyat negara ini tentu sudah nampak, rasa dan alami. Lebih-lebih lagi orang Melayu. Walaupun Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri baru 20 tahun, sejarah Mahathir berusaha meruntuhkan segala-gala yang dibina rakyat dengan titik peluh penuh kesabaran; telah musnah dalam sekelip mata oleh tangannya (Mahathir).

Sejak tahun ’65, Mahathir tak sudah-sudah menunjukkan belang kasaunya. Beliau sentiasa bertindak “mencelakakan” nasib rakyat (khususnya orang Melayu) hinggalah tercetus 13 Mei pada tahun 69.

Orang Melayu yang “pelupa dan pemalas” (kata Mahathir dengan lidah biawaknya) seolah-olah tidak berotak untuk meraih faedah dari dasar “malapetaka alam” yang dicetuskannya. Hematnya, perkara itu adalah disengajakan oleh beliau sendiri. Semua itu demi kepentingan dirinya, anak-beranak, suku-sakat Siti Hasmah dan Kroni sekongkolnya. Orang Melayu melopong saja!!

Mahathir berkata begitu setelah beliau sendiri melihat bahawa kecelakaan yang ditimpakan beliau (sebagai keturunan zuriat malbari Krala) kepada bangsa kita (bangsa Melayu warisan Nusantara) sudah tidak dapat dirungkai lagi. Mahathir sudah hilang akal. Tidak tau bagaimana nak membaikinya lagi.

Mahathir sudah lama sedar bahawa beliau tidak ada beda dari Soeharto atau Mobutu. Tambahan pula kebelakangan ini, beliau merasa dirinya semakin akan di”GusDur”kan oleh pemimpin dan penyokong UMNO/BN sendiri. Itu yang mengecutkan ‘pelir’nya..!!

“Pertahanan” Mahathir Sudah “Hancur”

Mengapa Mahathir berkata begitu? Sebenarnya, Mahathir sudah lemas tercungap-cungap bagai dihanyut arus politik yang semakin membenamkan beliau. Beliau sudah merasa kesan akibah nawaitu beliau selama ini yang ketara salah terhadap rakyat yang jujur dan ikhlas menyokong BN selama ini.

Sejak dulu lagi, Mahathir terang-terang telah berkomplot dengan rakan sekongsi beliau terdiri dari mereka yang mengamalkan dasar “Nepotisme, Kronisme dan Korupsi”.

Dengan angkuh dan sombong seolah-olah Mahathir penuh berkeyakinan bahawa Dasar itu kununnya boleh ditakrifkan sebagai bahan pelicin yang memberi kelancaran kepada keaktifan ekonomi dan Pembangunan dalam rangka penstrukturan sosial di negara yang membangun ini. Tapi apa sudah jadi?

Mahathir Tidak Tahu Perimbangan

Tanpa mengimbangi keadaan sebenar yang dialami rakyat yang berlaku di peringkat desa dan perkampungan yang mundur, Mahathir menggunakan kuasa politik UMNO untuk menipu hampir semua orang Melayu dengan 1001 pembohongan. Mahahir mempergunakan pelbagai jabatan Kerajaan – seperti KEMAS, JKKK, BTN, dll. selain dari Cawangan UMNO; untuk berkempen menyebarkan pelbagai maklumat palsu, kununnya Mahathir dan UMNO/BN sajalah yang boleh menyelamatkan rakyat dan negara.

Seolah-olah Tuhan yang Maha Esa tidak berkuasa bagi mereka!! Hamid Zainalabidin yang dipiih Mahathir jadi Menteri pun berkhutbah di mimbar Majsid Negera menyokong UMNO. Itukah khutbah yang dia belajar di Al Azhar dulu? Nauzubillah……. Geleng kepada 10 ribu makmum di sana...!!

Masjid Tempat Ulamak UMNO Berkempen

Tak cukup dengan itu, puluhan ribu masjid-masjid dijadikan tempat pemimpin UMNO sendiri memecah-belahkan masyarakat Melayu beragama Islam. UMNO melantik Imam dan AJK Masijid sebagai “kader-kader” UMNO untuk dijadikan ‘kempitai’ bagi menghasut dan mengadu-domba masyarakat. Pelbagai fitnah dan dendam kesumat diwarwarkan oleh puak pemimpin UMNO hingga timbul isu “kafir-mengkafir”.

Setelah keadaan menjadi runcing, tegang dan tenat, Mahathir akan melemparkan tuduhan disetiap Perhimpunan Tahunan UMNO di PWTC dengan berucap seperti seorang jaguh; kununnya perpecahan dan kerosakan masyarakat Melayu adalah bersebab dari parti Pembangkang.

Mahathir memang pandai baling batu sembunyi tangan. Padahal, apa yang sebenarnya terjadi ialah “pertahanan” politik Mahathir sudah hancur-lebur. UMNO/BN sudah MUFLIS sokongan..!! Maka Mahathir tidak ada cara lain melainkan menjadi “Bapak Penipu” dan “Raja Pembohong Bontang”..!!

Mahathir Tidak Boleh Lagi Bertahan

Hari ini kita semua dengar, bila beliau bercakap menyalahkan semua orang. Yang paling didendami beliau ialah orang Melayu.

Sementara itu, Mahathir terus beragenda mengampu kaum Cina. Kerana, memang begitulah cara dan budaya hidup seorang berhati busuk seperti Mahathir bahawa “adu domba” dan “memburuk-memburukkan” antara 2 orang bersahabat karib adalah menjadi tatacara untuk beliau melampias kepentingan dirinya.

Kita mahu tanya Mahathir, mampukah beliau meraih simpati dan sokongan orang Melayu jika diri beliau sendiri yang sebenarnya “sial dan hina”. Mahathir betul-betul tidak bersyukur.

Sebaliknya orang Melayu yang tidak bersalah itu pula mahu ditumpahkan kesalahan yang beliau bikin. Apakah orang Melayu patut terima beliau dan UMNO lagi? Soalan ini akan dijawab oleh orang Melayu pada 2004 kelak! Kita mahu heret Mahathir dan sekongkol ke muka pengadilan rakyat!!

Mahathir Guna Taktik PENJAJAH

Selama ini Mahathir memasang taktik penjajah dalam pentadbirannya. Sejak 20 tahun silam, Mahathir tak habis-habis berusaha membesar-besarkan isu Islam. Tujuannya cuma satu iaitu untuk memecahbelahkan orang Melayu supaya membenci PAS.

Macam-macam tafsiran yang beliau beri mengenai agama suci itu. Hingga Mahathir bergila-gila mengutuk dan mempersenda Nabi Muhammad saw. sampai begitu sekali rendah martabat Baginda. Malangnya pemimpin bertepuk sorak macam orang terkena pukau!!

Mahathir mentafsir Al-Quran dan Hadis seolah-olah firman Allah swt. boleh dipinda mengikut cara pemikiran beliau merombak Perlembagaan UMNO. Kadangkala kita bertanya, apakah sebenarnya agama Mahathir ini? Islamkah dia, Yahudikah, Majusikah, Nasranikah – kita tidak maklum! Langsung tak faham.

Cuma kita boleh membuat kesimpulan bahawa Mahathir adalah manusia angkuh dan sombong kepada Tuhannya. Dia sudah seangkuh FIRAUN laknatullah. Kerana keterlauannya sudah melampau batas, beliau digelar rakyat dengan gelaran paling anggun…. “MahaFIRAUN”. Dan beliau dengan bangganya tidak mempertikaikan itu!!

Timbul Persoalan Baru

Kini orang Melayu dan semua kaum di negara ini wajib berwaspada, bahawa pemerentahan UMNO/BN sudah sampai ke pusingan terakhir. Biasanya, sebuah parti yang tidak popular begitu akan menggunakan 1001 macam cara untuk berkuasa.

Bukti yang ketara sekarang, Mahathir melalui media massa terus-menerus berbohong dan mendustai kita sebagai rakyat. Kununya Ekonomi sudah pulih. Tapi tengok berapa simpanan Negara sekarang? Khabarnya cukup menampung keperluan negara empat bulan cuma.

Tengok apa jadi kepada Korporat besar seperti RENONG – apa sudah jadi? Kroni Mahathir-Daim sudah cabut lari sesudah mengelak membayar hutang puluhan billion. Siapa tahu, entah-entah itu cara Mahathir-Daim berpakat menyelamat hasil rompakan mereka? Rakyat papa kedana, mereka peduli apa?

Contoh “undemokratik” yang berlaku di Likas nampaknya menjadi-jadi. Kerana itu, rakyat harus berwaspada dalam pilihanraya 2004. Ramai yang nampak sekarang – SPR, Polis, Pendatang Haram dan Undi Hantu adalah “bank roll” Mahathir, UMNO dan BN mendapat kemenangan.

Jaga-jaga, jangan terkena duri lagi…!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com