Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MASIH SALAHKAN SOROS KERANA SENDIRI YANG BOROS..!!

Amin Sapiro (Mahathir semakin kalah perang..!!)

MEMANG tabiat Mahathir suka menyalahkan orang lain. Umpama tukang jahit yang salah memotong kain, yang dipersalahkan ialah gunting, bukan tangannya yang mencicang. Memang betul-betul Mahathir ini baka “kelentong”!!

Rakyat Sudah Lama Bosan

Rakyat sudah sekian lama didendangkan dengan lagu-lagu merdu melalui pelbagai kenyataan yang sedap-sedap didengar di telinga. Pemimpin UMNO yang berotak kematu semua terpukau dibuatnya. Melopong. Ternganga mulut masuk langau hijau!

Media massa yang dikuasai UMNO sepenuhnya tidak ada lain kerja melainkan cuma berfungsi menyembunyikan kebusukan yang berlaku dan disapu kebawah hamparan tikar. Sebaliknya, jika ia terdedah, editor-editor terbabit akan diarah supaya memberi alasan yang berputar-belit. Kalau engkar, akan diarah “gulung tikar”. Ini yang jadikan rakyat makin bosan.

Parlimen Untuk “Bersendiwara”

Di Parlimen, Pembangkang menyosal untuk mendapat kenyataan sahih dari wakil kerajaan, khususnya Mahathir. Tapi Mahathir selalu sangat tak datang. Perdana Menteri baka Krala ini dengan mudah menyalahkan Pembangkang kerana cuba membongkar korupsi dan rasuah anggota kerajaan – kerana itu mereka akan ditekan dan dimalukan.

Kita pernah mendengar beberapa kejadian yang melibatkan wakil Pembangkang sengaja dihalau keluar Dewan semata-mata kerana Sepeaker berat sebelah – menyebelahi Kerajaan walaupun jawapan anggota kerajaan sah bangang.

Wakil Pembangkang wajib berdegil untuk mendapat jawapan demi mempertahankan hak-hak rakyat yang sengaja dikecewakan Kerajaan. Kerana itu, tidak salah jika rakyat bosan dengan jawapan kerajaan. Sudah lama. Biarpun mereka ditekan, dinyah dan dianiaya.

Punca Negara Porak-peranda

Contoh terkini yang sewajar memalukan Kerajaan ialah jawapan Zainalabidin Zain yang memberi jawapan dengan “muka barua”; kununnya Kerajaan mengambil tindakan mengISAkan rakyat kerana sayang. Boleh masok akalkah jawapan itu, walhal semua rakyat tahu mereka yang diISAkan itu telah didera, dizalimi dan “balun” siang malam…!! Macam itukah cara kerajaan BN sayangkan rakyat? Memang Zainalabidin Zain otak semut!

RENONG “Kelompong” Tinggal “Kelongsong”

Mahathir sendiri menjawap soalan mengapa RENONG dibailout berbillion-billion. Kununnya perbuatan itu adalah tanggungjawap sosial bagi menyelamatkan pekerja. Tidakkanlah Mahathir tidak tahu sesungguhnya RENONG adalah sumber wang “perompak-perompak” pemimpin UMNO yang beragenda merampok hak dan mengkhianati rakyat.

Jumlah hutang RENONG adalah taksiran kasar jumlah rompakan pemimpin UMNO/BN dari poket rakyat. Mahathir nak kelentong macamana? Dia fikir orang semua bangang sangat macam puak UMNO ke?

Jika RENONG kerugian hampir RM4.0 billion, rakyat tahu sebanyak itulah jumlah yang difaraitkan oleh Daim-Mahathir dan kuncu-kuncu mereka selama ini. Itupun baru satu. Cub kira berapa jumlah bailout yang sudah dihidangkan kepada Kroni-kroni dan anak-anak mereka (Daim-Mahathir)? Khabarnya, sudah mengjangkau ratusan billion. Cuma perkara itu sengaja disembunyikan. Itu sebab negara ini porak peranda!! Mahathir ingat rakyat mudah lupa?

Pembohongan Dan Penipuan

Rakyat sudah cukup masak dengan karenah pemimpin UMNO/BN yang emnyebabkan rakyat sentiasa bermasalah. Puncanya, semua keseksaan rakyat hari ini berpunca dari kesengajaan mereka menimbulkan perkara yang mengkacau-bilaukan rakyat. Puncanya, akibah kerakusan mereka. Bagi regim Mahathir, hak rakyat tidak ada nilai asalkan perut mereka buncit membaham dengan rakus. Regim Mahathir tak telus.

Contoh paling jelas, Anwar diaib dan dipenjarakan semata-mata kerana Mahathir rakus nak berkuasa sampai mati. Nampaknya, selagi Mahathir belum mampos, jawatan PM akan terus berada ditangannya. Termasuk Dollah Bedawi, sudah 4 orang Timbalan yang diberi janji. Tapi, Mahathir memang jenis “muka babi”, baginya “janji tinggal janji”.

Mahathir Melelong UMNO

Kita semua nampak sekarang, kerana sokongan orang Melayu kepada UMNO sudah “hangus” – picit hidung keluar hingus; maka Mahathir telah berpaling tadah mengampu kaum Cina dengan pelbagai janji palsu yang molok-molok.

Mahathir sedang mencagar UMNO – demi menjamin kepentingan diri sepaya kuasa ditangannya. Mahathir tak peduli lagi apa jadi kepada orang Melayu. UMNO dah kena lelong “wholesale” dijual murah. Hingga timbullah jenama UMNO yang baru – “UmCINO”. Begitu punya bangang pemimpin UMNO..!! Sokonglah Mahathir sampai “Melayu Hilang Di Dunia”…!! Itu UMNO punya mau.

BN Tidak Ada “Future”

Tidak ada apa yang boleh diharap dari UMNO dan BN lagi. Kalau kita baca “Utusan UmCino” hari ini, tajuk-tajuk berikut dapat memberi kita fahaman bahawa parti ini tidak ada “future” lagi.

Shahrizat kata, “Satu dari masalah remaja hari ini ialah betapa mudahnya mereka terlibat dengan kegiatan berunsur jenayah termasuk kegiatan Black Metal”. Cuba tanya Sharizat, bukankah betina gampang yang sekor ini penjana “Pesta Mandi Bueh” di Bngsar?

Kemudian, betina ini juga yang bermuka-muka kununnya nak mengisytiharkan `perang' terhadap jenayah sumbang mahram. Elehh…. Siapa tak kenal latarbelakang Shahrizat? Dulu pun dia “saudagar malam” – kurang setakuk padan disebut “kupu-kupu malam”.

KWSP Semakin Tenat

Tersebut kununnya Kerajaan hendak mewujudkan sistem pemantauan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan mereka mempunyai pelan perniagaan dan kewangan yang lebih teratur.

Bertanya kita, selama ini kacau-bilau KWSP atas perbuatan siapa? Tidakkah “gangster kewangan” sperti Mahathir-Daim berpakat hingga Tabung pekerja itu punah-ranah terlongkop? Berbillion digunakan untuk bailot..! Masuk poket siapa? Masih bermuka-muka nak membetulkan sesuatu kunun. Kalau “tikus lama” itu juga nak membaiki labu yang ditebuknya, alamat sah pekerja akan porak-peranda!! Tak ada “future”..!

MAS Kena Laknat

Tak pasal-pasal pulak Ling Leong Sik mencelah, menegah rakyat supaya jangan bandingkan tambang MAS dengan SIA. Kununya, harga tambang perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS) tidak boleh dibandingkan dengan Singapore Airlines (SIA) kerana syarikat penerbangan negara jiran itu bertujuan `mengacau' pasaran MAS.

Kita boleh kata kepada si Apek “bapak rasuah” ini, kalau tak tau menari jangan dikatakan lantai tinggi rendah – jungkang jungkit..!! MAS jahanam sebab pemimpin UMNO/BN macam “pelesit” – penghisap darah rakyat!! Kan mudah jawapnya. Tak payah salahkan sesiapa? Memang MAS dijangkit kusta.

Antara Mahathir Yang Boros Atau Soros

Tetapi bagi Mahathir, segala maslaah kewangan di negara ini semua berpunca dari Soros. Sebenarnya, regim Mahathir sendiri yang BOROS! Mengaku sajalah, habis cerita. Nak dolak-dalik buat apa? Tak ada guna. Orang dah tahu semua ceritanya. Mahathir dan sekongkol dalam regim berpuaka!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com