Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SELAGI MAHATHIR PM, MELAYU TAK AKAN KAYA DI NEGARA SENDIRI..CAYALAHHH..!!

Amin Sapiro (kais pagi makan pagi saja….)

TIDAK terkejut kita bila mendengar berita, khabarnya “16 kontrak komputer ditamatkan kerana didapati Pembekal melakukan penyelewengan urus pembelian kepada ahli KWSP”.

Masakan kita terperanjat pulak, kerana budaya menyeleweng dan rasuah itu memang sudah serasi dianut dan diamalkan oleh kontraktor lantokan pemimpin UMNO dan sekutunya BN. Malah dalam kontrak yang bernilai puluhan billion MR, Mahathir sendiri campurtangan tak ada satu pun yang dedahkan. Apatahlagi ditamatkan.

Semua menteri lama yang dah pencen tau ceritanya. Mahathir tak segan silu kata kepada Kabinet, “Semua maklumat mengenai kontrak adalah PM yang menetukan…!”. Itu berlaku pada tahun ’83, youuuu……!! Kawan kita di EPU yang bagi tau….

“Standing Order”

Kata seorang kawan pernah bertugas dengan kerajaan, sejak tahun ’83 di EPU berkata, Dr. Mahathir menekankan kepada semua anggota Kabinet dan kakitangan awam khusunya kepada semua KSU Kementerian bahawa adalah menjadi “standing order” pentadbirannya supaya EPU mengkordinasikan semua Kontrak Kerajaan Persekutuan.

EPU akan menilai dan menentukan semua sebut harga – tak kira berapa bllion sekalipun. Lepas dilaporkan kepada Perdana Menteri dan dipersetujui beliau, barulah diedarkan kepada kontraktor yang berminat melaksanakan kerja.

Mahathir Ada Prioriti

Maka berpusu-pusulah yang “bidding” dengan bermacam cara. Ada yang jumpa dan lobby Mahathir di ofis. Ada yang mengekor bontot Mahathir ke mana dia terbang ke luar negeri. Ada yang sanggup jinjing beg Mahathir macam kuli batak. Ada yang sanggup menghina diri, sampai sanggup cium tapak kasut Mahathir. Ada yang sanggup serah bini. Ada yang jilat bontot Mahathir. Macm-macam hal cara nak kaya cepat. Nak dapatkan projek.

Tetapi Mahathir ada priority juga. Dia akan pilih kontraktor yang serasi dengannya saja. Definasi “serasi” itu lain sikit maksudnya. Ia lebih bermakna “you scratch my back, I scratch yours..”. Maka tergarok-garoklah mereka berdua sesama mencakar belakang. Wang selonggok dalam akun bertukar tangan… Hahaha..

Promet Yang Meroket

Tentu anda ingat Syarikat Promet yang dipengerusikan Tan Sri Ibrahim. Nama saja Promet itu di pengerusikan anak Melayu (kununnya itulah “Dasar Ekonomi Baru”), tapi sahamnya dipegang kantong oleh si apek Singapura. Tak apa..OK. Janji Mahathir dapat 20% “cut”. Kan itu cara Mahathir “berniaga” menggunakan duit rakyat? Biasalah tu, kan? Kan? Kan?

Bila terbit pula idea Mahathir nak tambah kantung derma kepada akaun persendiriannya di Korea, maka dilantik pula sebuah kontraktor Korea buat jembatan Pulau Pinang. Bayaran kerja tertinggal saja dekat RM600 juta ringgit lama. Apa sebab, jangan tanya. Itu Samy Vellu boleh jawap.

Look East Policy

Mahathir pandai buat cerita Pak Pandir moden berjodol “Look East Policy”. Dia pura-pura marah betul kepada semua mat saleh dari Britain. Di buat dasar “Buy British Last”. Maka PERWAJA pun dibina tanpa sebarang penilaian “cost benefit” yang telus. Kontraktor Jepun kata diorang boleh pasang “smelting blast furnace” yang dibina dengan teknoloji German.

Rupa-rupanya terang-terang Jepun tipu Mahathir dengan memasang “copy” peralatan tersebut yang Made in Japan. Akhirnya, besi berkarat tak masak betul sebab suhunya tak tinggi. Yang masak ialah duit Perbendaharaan – bebillion hagus terbakar. Bila rugi diganti dengan Eric Cheah. Makan besar Cina bedebah tu. Tunggu Anwar keluar dalam tahun 2004 nati, kita dengar ceritanya di mahkamah, OK?

Mahathir tak boleh kata apa sebab Jepun tu dah masukkan 20% seperti yang dituntut dek Mahathir sebagai imbuhan. Mulut Mahathir tutup habis sebab bontot dia Jepun dah kait. Hahaha…itu cerita budak EPU. Menarik betul, kan?

Daim Ada Saham?

Tak tau lah!! Itu kena tanya Khalid Jefri. Dia yang ada dokumen katanya. Tentu Daim kata, dokumen asal ada pada Mahathir. Kalau tanya Mahathir tentu dia kata, “You think I am that stupid to leave traces after my robbery?”. Hahahah… lagi. Siapa yang rugi?

Mula-mula Daim sayang kat Ali Abol Hassan. Si Abol kita ni cukup ngam dengan Daim. Bila Datuk Shafie jumpa RM100 ribu dalam laci di pejabatnnya di EPU, Mahathir melenting!! Apa pasal? Tau-tau lah, kan, kan, kan? Kalau tak ada-ada, masakan tempua bersarah rendah,

BAKUN..Oh…BAKUN…!!

“No ploblem Latok Seli. I can take care evelything for youuu. If not. don’g koi ma name Pheik Khing”.. Berbisik seorang apek yang pernah muflis dan pernah jadi dreber teksi di Kuching Town, Sarawak. Dalam tangan Apek itu tergenggam sekeping kertas bertulis, “You are hereby awarded a contract to built BAKUN DAM at a cost RM20 billion”.

Tanya Mahathir berapa dia dapat “angpow” dari Pheik Khing? Separuh orang kata 50-50, separuh lagi kata 60-40. Tak kesahlah, tapi yang pasti, walaupun ekonomi merudum Mahathir senang-senang tulis cheque bagi si Apek itu imbuhan RM800 juta. Kaya raya si Foochow yang sekor tu. Dia pakai kapal terbang persendiri,sana sini rakyat pakai basikal chopper yang tak bersayap. Hahaha… UMNo…UMNo.. !! Punyalah baiknya Presiden parti kauorang!!

Akhirnya……

Tersebut kesah, Mahathir marah-marah kepada orang Melayu kerana “pemalas dan tak ambil peluang perniagaan yang dirancang oleh kerajaan pimpinannya”.

Ehe…hehe…!! Nak tergelak kita bila Mahathir bercakap memaki orang Melayu begitu. Mujur Amin Sapiro yang dengar cerita dari mulut kawan yang dah pencen dari EPU tu, tak ketawa sangat.

Sebenarnya orang Melayu bukanlah bangsa yang “pemalas dan tak mau ambil peluang perniagaan”. Sebenarnya semua peluang difaraitkan oleh Mahathir dan sekutu pemimpin UMNO/BN dengan apek-apek Cina, Mamat Jepun dan Korea. Itu belum lagi anak-beranak dan suku-sakat CT Hasmah yang pelahap!! Lampin wanita bersalin yang masih turun nifas di hospital pun dia yahg supply!

Jadi, janganlah terimbau sangat cerita penyelewengan kontrak komputer itu. Tak berapa sen sangat. Boleh jadi agenda Mahathir nak mengabui mata rakyat kununnya Regimnya TELUS sangatlah tuuuu..

Yuueeekkkkk…!! Sorrylah… loya pulak tekak rasa nak termuntah. Tangan Mahathir memang SIAL!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com