Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KERANA SIAL MAHATHIR, UMNO/BN TIDAK ADA TANDA AKAN KEMBALI NORMAL

Amin Sapiro (tidak mahu tertipu lagi)

DEMI hari, sial tangan dan celupar mulut busuk Mahathir telah menyebabkan UMNO semakin tersungkur menyembah bumi. UMNO/BN hampir terkubur 6 kaki.

Ini bukan cakap main-main. Nawaitu salah yang terdedah dari kebusukan hati Mahathir terhadap orang Melayu di negara ini, makin nampak. Dengan dasar “ANTI MELAYU” beliau, UMNO telah disumpah seranah oleh orang Melayu – tak kira siapa atau di mana-mana..!!

Pemimpin UMNO Dalam Kepayahan

Tanyalah orang Melayu, mereka nak undi apa pada Pemilu 2004? Mereka pasti akan berkata, “Se jangan UMNO/BN sudahlah. Walaupun DAP…OK..!!”. Begitu sekali meluatnya mereka. Orang Melayu mau tengok UMNO dipurukkan. Dengan itu, Mahathir akan diheret songsang ke tempat penghukuman.

Kita tak ingin nak ambil tahu mengapa orang Melayu menyampah sangat kepada UMNO. Adakah orang Melayu bangsa yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih? Tak ada pun nampak tanda-tanda begitu. Kerana, saban hari kita ke masjid dan ke surau, selepas bersolat mereka menadah tangan berdoa dan bersyukur kepada Allah swt. yang menganugerahkan mereka segala yang diperlukan untuk meneruskan hidup.

Begitu juga, bila mereka di beri sesuatu, walau sekecil-kecil mana sekalipun, mereka akan mengucapkan terima kasih berkali-kali. Adakah itu tanda orang Melayu tak mengenang budi?

Habis, mengapa orang Melayu masih dituduh oleh Mahathir sebagai bangsa yang tidak berterima kasih kepada regim pimpinannya?

Soalan beginilah yang yang tidak mampu dijawab oleh puak UMNO/BN. Puncanya, mereka sentiasa menolak kebenaran sahih bahawa pemimpin mereka adalah terdiri dari manusia berhati binatang. Mata mereka buta, telinga mereka pekak. Dalam kepada tak ada otak …!! Bengap..!!

Mahathir Pelaknat Orang Melayu …PENGKHIANAT!!

Sejak dulu lagi, Allahyarham Tunku berpesan, “Jangan percaya kepada anak Keling ini. Dialah yang akan meruntuhkan UMNO..!”. Malangnya, majoriti kita begitu beremosi setelah membaca Malay Delimma tak percaya cakap beliau. Kita fikir zuriat Krala ini boleh kita percaya cakapnya, rupa-rupanya Allahyarham Tunku bercakap benar.

Dalam tempoh 20 tahun ini, Mahathir telah “menjual borong” UMNO kepada kaum Cina; dan orang Melayu yang menyokong UMNO telah diperdayakan “wholesale” – kena jual lelong! Tidak boleh disangkal bahawa berjuta diantara bekas penyokong UMNO yang sudah “terkena” tipu-helah Mahathir “anak haram jadah” ini. Orang-orang inilah yang sedang “membungkus” UMNO dan mencampakkan parti itu ke dalam “tong taik”.

Bukan sedikit jumlah mereka yang “berkerat rotan berpatah arah” dengan UMNO. Kebanyakan mereka yang bergelar “vetren” (vetren kerana sekian lama dibohongi Mahathir). Mereka merasa bahawa masanya sudah tiba menyemak semula: Apa khidmat Mahathir kepada bangsa kita.

Hari ini semua orang Melayu sedar dan insaf bahawa Mahathir “mempergunakan” orang Melayu semata-mata untuk kepentingan beliau anak-beranak dan kroninya saja. Makin ramai orang Melayu menyokong UMNO, makin beliau rasa kuat dan berkuasa. Kerana itu, orang Melayu sendiri akan dicampakkan ke dalam longkang. Ditekan habis-habisan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak berterima kasih?

Memang dasar penipu dan pembohong sudah sebati dalam jantung limpa si pengkhianat zuriat keturunan saka-baka Raja Mandeliar ini. Kerana orang Melayu tidak berhati-hati memilih pemimpin, maka malapetaka yang dialami hari ini adalah kesan ketidakprihatinan kita. Sah sekarang bahawa Mahathir adalah PENGKHIANAT Negara yang terperingkat.

Tengok bagaimana Mahathir mengkhianati aspirasi orang Melayu. Ulamak Islam Melayu diISAkan. Puncanya kerana tidak mahu mengikut jejak Ulamak UMNO seperti Hj. Nkhaie, Hamid Osman, Wan Mokhtar dan beberapa ekor mereka yang sanggup jual serban.

Ulamak UMNO sekadar cari makan. Kalau tidak kerana UMNO, pada fikiran mereka, adakah mereka menadah temurung di tepi jalan? Itu membuktikan keyakinan mereka terhadap Allah swt. yang menurunkan rezki sudah terjejas. Mereka menyanjung Mahathir seperti “nabi”. Padahal Mahathir terang-terang mempersenda Nabi saw. Junjungan kita. Apakah mata Ulamak UMNO sudah buta dan mereka pekak telinga?

Pemimpin UMNO dan menteri dari puak ini, satu sen pun tak guna. Rakyat bercakap mengadukan hal, bagi mereka masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Mereka tersengeh menyeringai nampak gigi> Mereka tak mengerti makna aduan rakyat. Mereka hanya berjanji yang bukan-bukan. Inilah yang menyebabkan orang Melayu semakin bosan!

UMNO/BN Wajib Dihumbankan

Dengan pelbagai Dasar dan keputusan Mahathir yang menzalimi dn mengkhianati aspirasi orang Melayu dengan Dasar Anti Melayu sekarang, orang Melayu wajar insaf bahawa Mahathir hanya menggunakan UMNO untuk menghalalkan perbuatan khianat beliau – merompak harta rakyat dan khazanah negara. Menyokong Mahathir dan UMNO samalah seperti menganiaya diri sendiri dan zuriat kita jangkapanjang.

Cukuplah orang Melayu memberi UMNOnya tempoh yang cukup panjang. Kembalilah ke pangkal jalan. Humbankan Mahathir dan UmCINOnya ke longkang. UMNO tidak akan kembali normal. Parti itu hanya berguna untuk segelintir pemimpin mereka yang sudah jauh menyimpang!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com