Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MERITOKRASI PENDIDIKAN – DASAR BERTEMA “KEKECEWAAN” MAHATHIR HAPRAK!

SEBENARNYA isu Meritokrasi itu timbul bukan tidak disengajakan. Regim Haprak Mahathir lebih berkenaan (releven) dalam isu ini. Orang Melayu tak untung apa-apa. Ia amat penting kepada beiau dan UMNO/BN untuk:

Pertamanya, (untuk) menuntup maruah beliau dan UMNO yang sudah tercabar teruk. Kecemerlangan penuntut Melayu di bidang pelajaran dan ilmu terbukti sudah meledak dengan pesat. Hingga, kerajaan regim pimpinan Mahathir yang sedia ada dan terkini, tidak termampu lagi menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap tuntutan orang Melayu generasi kini. Inilah satu cara regim ini lari dari menunaikan tanggungjawab. Inilah Dasar kelompok pemimpin “Pengecut”.

Lebih meyakinkan Mahathir lagi, beliau tau, penyokong UMNO dan pemimpin mereka sudah dikerat lidah dan disunatkan seinci lagi oleh beliau. Mereka umpama “bangkai bernyawa”. Tak ada gigi, cuma tinggal gusi!

Kedua, strategi awal yang dah lapuk melalui dasar mengkoratkan IPT, sebenarnya adalah dasar menyisih orang Melayu dari arus pembangunan ilmu Malangnya ia telah berbalik mempelangkung kepala Mahathir sendiri. Orang Melayu mencabar UMNO, dimanakah disembunyikan mereka tanggungjawab parti itu yang selama ini bermegah-megah sangat; kununnya mereka sajalah kelompok pemimpin orang Melayu yang mampu membela orang Melayu.

Tetapi, dari apa yang kita semua nampak, UMNO bukan saja tidak mampu memperjuangan tuntutan orang Melayu, sebaliknya UMNO sendiri dibiarkan oleh pemimpin mereka ditukar oleh Mahathir menjadi spesis dan genetik UmCINO..!! Kerana itu, semua dasar ciptaan Mahathir telah berubah untuk memporak-perandakan orang Melayu, dan menyebelahi Cina. Inilah dasar perkauman adu-domba beliau.

Pemimpin UMNO pula takut membantah Mahathir sebab mereka telah dikasi dan dayuskan seperti “eunachs”. Mereka kehilangan kewibawaan diri dan nawaitu. Puncanya, semua pemimpin UMNO terharap-harapkan sangat “tender dan kontrak” sogokan Mahathir sebagai upah sokong beliau sebagai Presiden party dan PM sampai mati. Rupanya “janji tinggal janji”. Negara ini sudah menjurus kepada “muflis”.

Ketiga, Regim Mahathir tidak ada dana untuk melaksanakan sebarang projek Pembangunan sosial dan pendidikan rakyat. Mahathir lebih cenderung kepada pembangunan fisikal yang tidak produktif; tetapi kos projek mencecah puluhan billion. Di situlah kroni dan suku-sakat pemimpin (tertentu saja) terbabit buat ringgit berbillion. Mereka “mencuri” wang rakyat dengan “bermain wayang” cerita bertemakan “Pembangunan”.

Cerita itu pula diberi sinopsis yang boleh menyebabkan air lir penyokong UMNO meleleh hingga basah dagu. Tetapi, bila air liur sudah kering, lidah rakyat turut terjelir membayar hutang. Siapa sangka, sekarang Mahathir sudah menghutangkan rakyat lebih 1,000 billion..!!!

Keempat, Mahathir sudah nekad mau tengok sejauhmanakah orang Melayu boleh sabar. Dia tidak takut kepada pemimpin UMNO. Mereka dalam poket beliau. Ada yang bermastautin di celahkang sebagai “penjilat bertauliah”. Mahathir sengaja mengalih dasar memperlekeh orang Melayu untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu. Dengan itu, beliau akan dapat mengalih pandangan rakyat untuk melupakan isu-isu besar yang boleh menamatkan riwayat UMNO dan BN dalam tahun 2003/4 ini. Malangnya tak berkesan.

Mengikut teori “Frustration-Aggression”, kekecewaan (frustration) peribadi Mahathirlah yang jadi penyebab beliau phobia dan desprado. Ia meningkat dan berlipat ganda. Sekarang dilihat sudah sampai ke tahap “kemuncak” (summit). Lebih mengecewakan lagi, tidak ada satu pun “wayang” Mahathir yang mampu meraih pengaruh menambah “heroic” Mahathir dan UMNO/BN. Parti itu tidak mampu kembali normal. Mahathir semakin “serba tak kena”.

Tengokkan saja, apa lagi Mahathir mahu buat? Tahun 2003/4, orang Melayu akan undi dan pangkah parti mana yang paling tepat. Mahathir sedang menggeletar kepala lutut. Kecut….!! Mahathir akan cabut?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com