Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DASAR MAHATHIR TERHADAP ORANG MELAYU AKAN MUSNAHKAN UMNO – GENETICALLY!!

SUDAH banyak kali kita tengok, semua dasar regim Mahathir terhadap orang Melayu bermula dari UMNO. Bukan kerana parti itu kuat atau disokong hebat oleh orang Melayu. Mahathir kata, dan arahan beliau supaya semua pemimpin UMNO dan BN mesti kata, kununnya UMNO sajalah parti yang mampu mencorak negara ini. Tetapi itu cuma propaganda Mahathir saja. Kenyataan dan realiti sebenar: UMNO/BN sudah tidak ada. Sudah mati. Tak bernyawa lagi. Mahathir mahu tunjuk “power”: Apa jua yang diputuskan UMNO akan dihalalkan oleh Kabinet. Sebenarnya, Regim Mahathir sudah kehilangan sokongan. Dengan berpura-pura kununnya berkuasa, Mahathir fikir rakyat akan takut. Itu adalah seorang pemimpin desperado.

Selalunya, keputusan UMNO kemudian akan diluluskan oleh Parlimen. Puncanya, mereka pegang majoriti 2/3. Dan, wakil rakyat UMNO/BN takut gunakan kepala. Tak sanggup cadangkan “undi tak percaya”. Tidak bermakna bila Parlimen sokong, sesuatu perkara itu disokong rakyat. Pemimpin UMNO/BN di Parlimen sudah kena ugut, kena suap. Mereka ada “geng HAPRAK”. Tak boleh harap. Bangsat. Itu saja. Tak panjang ceritanya.

Apa Itu UMNO?

Tak payah jawab panjang lebar. Semua orang Melayu sudah tahu. Kaum Cina dan India juga sudah mengerti. Kalau ditanya, apa sebenarnya yang mereka kata; jawapan mereka cuma satu saja, iaitu “UMNO Mahathir punya”!!

Polis pun macam “koporat” dengan saham majoriti Mahathir pegang. Mereka boleh belasah orang bila Mahathir arahkan. Maklumlah, mereka semua bangang-bangang belaka. Gaji tak seberapa, tapi nafsu menggila-gila. Jadi, ikut saja telunjuk ketua. Di suruh makan taik dek Mahathir pun tak apa! Janji, kalau mereka rasuah di tepi jalan, Mahathir boleh lindungkan.

Jadi, kalau begitu, maknanya Negara ini ditadbirurus oleh seorang Diktator!! Fikir betul-betul kita akan rasa benar-salah cakap Amin Sapiro ini.

MKT UMNO “Jalang Pelacur Sundalan”

Memang ya! Begitulah keadaannya kebelakangan ini. Mahathir memaksa semua pemimpin UMNO di MKT supaya akur dan patuh segala apa cakap beliau. Mereka sudah “dipondankan”. Macam “eunachs” dalam kerajaan Dinasti Maharaja Cina purba – gedung besar berhadapan dengan dataran Tienanmen di Beijing.

Mengikut adat kelaziman yang terpakai waktu itu, mereka yang mahu jadi kuli dan hamba abdi, mencampuri urusan Istana Larangan Maharaja bernama “The Forbidden City”, mereka wajib potong pelir sendiri. Jika mereka masih berpelir dan boleh pakai dan berfungsi macam biasa; ditakuti oleh Maharaja, mereka akan mengugat peradaban Istana dalam “The Forbidden City” itu. Ditakuti, akan ramai dayang-dayang dirogol dan mereka sekongkol akan menjalankan khidmat sampingan. Umpamanya jadi “kupu-kupu malam” dan melacur bila saja ada masa terluang sesama hamba. Akhirnya sistem dan agenda Maharaja akan jadi kucar-kacir. Itu sebab mereka tidak berpelir!!

Apa Khidmat “Eunachs” UMNO?

Tengok saja filem “The Last Emperor”. Panjang ceritanya. Kita boleh tengok “eunachs” yang diberi tugas menjaga bakal Maharaja, apa kerjanya? Untuk menunjukkan taat setia, mereka disyaratkan mencium taik “budak” itu. Mereka tampung dalam mangkok tembaga. Punyalah hinanya..!!

Jangan pulak kita kata jijik. Mahathir pun sudah buat perkara yang sama kepada semua anggota pemimpin UMNO yang mewakili MKT. Pemimpin UMNO yang 2,000 orang itu pun dipaksa supaya cium taik beliau (Mahathir). Nak kata apa lagi? Wangi sangat agaknya. Ramai yang gian ketagih.

Kita nampak Rais Yatim, Ku Li, Hj Nakhaie, dan semua pemimpin UMNO yang dikenal atau tidak nama mereka, semua kaki cium taik Mahathir belaka. Mereka sanggup jual bangsa, tanahair – waima agama sendiri. Hj. Nakhaie adalah penasehat “Debat Olok-olok PAS-UMNO”. Kopiah campak dalam jamban “cino”. Itu dia contoh pemimpin UMNO, ulamak UMNO!! Adakah “nabi” mereka Mahathir namanya?

Apa Sebab Pemimpin UMNO Jadi “BARUA”?

Tak payah sangat mencari jawapan. Sekali fikir memang tak logik. Tetapi fikir dalam-dalam dan bawa bermenung dan bertenang. Kita pasti akan faham iaitu: Jika kepala hotak pemimpin UMNO sudah diugut dan madalkan, pelir mereka sudah dikerat tak bersisa langsung, tak bertunggul barang se inci; apakah mereka ini layak bergelar manusia lagi?

Terbukti juga, hati mereka sudah dibasuh dan diwarnakan hitam legam, mata mereka telah dicabut dan dibutakan – sudah tak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah: Apa lagi nak fikir – adakah mereka masih kenal sistem nilai?

Kita jangan hairan, mengapa mereka tidak dengar apa rintihan rakyat. Puncanya, telinga mereka dipekak-tulikan. Mereka disekat mendengar kecuali tune ke stesen frekuensi yang sama. Stesen Mahathir di Puterajaya. Apakah mereka layak ditakrifkan sebagai pemimpin yang mampu berkhidmat untuk rakyat? Jadi manusia pun entah!

Haiii..! Haiwan dalam hutan pun ada budayanya. Pemimpin UMNO lebih dari “haruan makan anak”..!! Mereka hidup bagai bangkai bernyawa!!

UMNO Dengan Sistem “EUNACH”

Nah! Begitulah gamatnya gambaran karenah perangai pemimpin UMNO dan BN dibawah pentadbiran Mahathir. Mahathir mengarahkan semua menteri-menteri dan pemimpin UMNO/BN yang di“eunach”kan supaya ikut titah perentah dia saja. MAHAraja “kaki kapor” @ “penyangak terperingkat” ini bersemayam di Mahligainya di Puterajaya. Semua “eunach” sida-sida lantikannya akan menyembah untuk menerima prentah. Dia sengaja melantik dan menyimpan mereka sebagai “sida-sida”.

Ramai juga mereka dalam kelompok ini. Semua pakai Mercedez. Duit rasuah dalam akaun beratus juta di luar negeri. Kalau dulu diorang papa kedana sebelum jadi pemimpin UMNO, sekarang tinggal dirumah banglo mewah. Bini dua tiga, tak terkira concubine mereka. Cukup tahun nak “haji” ke Paris dan New York. Ke Bangkok, sekadar hujung minggu. Makan di restauran “No Hand”..!!

Tengok saja waktu mereka berhimpunan di PWTC. Ada jantan, ada betina. Mereka bernafsu kuat, tetapi tenaga kurang..!! Maklumlah mereka “sida-sida”.

Pemimpin UMNO guna keris telanjang sebagai lambang. Jangan tanya sarungnya dimana? Mahathir simpan di Puterajaya..!! Bermakna, selagi keris itu masih tak bersarung. Mahathir mahu pemimpin UMNO menikam sesiapa; kecuali Mahathir seorang saja.

Kini keris itu menikan dada sendiri – dada pemimpin UMNO!! Punyalah bangangnya. Malu…!! Sebab, mereka adalah orang Melayu – seketurunan dengan Amin Sapiro dan Marhaintua..!

Bukan Setakat “Meritokrasi”

Kita sudah jangka sebelum ini, isu seumpama “meritokrasi pendidikan” satu hari Mahathir akan ketengahkan sebagai dasar. Orang Melayu jangan pulak menganggap Mahathir itu “power” sangat. Atau UMNO dan BNnya berkuasa boleh buat apa mereka suka. Jangan…jangan..!!

Kita harus pandang keseluruhan masalah yang ditimbulkan Mahathir dan UMNO/BN sejak beliau (Mahathir) dan barua-barua dalam regim ini menjadi pemimpin. Orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini mesti sedar, Mahathir mahu kita berperang sesama kita. Mahathir adalah penganut fahaman Penjajah. Itu lebih penting untuk difikirkan. Meritokrasi cuma 1/100 dari jumlah besar isu-isu yang didepani oleh orang Melayu. Banyak lagi.

Kita kena buat penilaian menyuluruh dan ambi pendekatan yang prakmatik dan dinamik. Bising-bising buat apa. Bikin Mahathir lagi suka sebab jeratnya dah mengena. Mahathir sengaja tunjuk power, sebab dia mahu orang Melayu ketakutan, dan kaum Cina meetakkan harapan. Bila sesama kita berbalahan, Mahathr akan tampil ke hadapan dan berkata, “UMNO saja yang boleh mentadbir Malaysia jadi aman”.

Sampai bila Mahathir mahu pemimpin sokong dasar “Anti Melayu” dan pembohongan beliau ?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com