Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KES KHAIR TOYO – INILAH CONTOH “BELODOK BRENGSEK MAKAN DI LUMPOR BUSOK”

Amin Sapiro (panggang Temenung cecah asam Jawa)

SETAHUN dulu saya pernah kata: Pemimpin UMNO/BN berjawatan kerajaan bagai Belodok brengsek makan kotoran di dua dunia.

Nampaknya melenting taukeh-taukeh keparat puak UMNO menyerang saya, kononnya saya sakit hati sebab tak dapat habuan semasa saya dalam parti. Jaguh penyerang saya adalah biawak-biawak pengendali laman UMNO-Reformas yang berpusat di Terengganu. Saya bekas UMNO Johor..!

Bukan Cari Dosa

Sebagai orang Islam, buat dosa tidak terlintas dalam hati, apatahlagi cari dosa. Itu sebab setakat kini, berjuta ahli UMNO yang keluar parti. Kami dah muak terpalit dosa disebabkan pemimpin UMNO sendiri yang bertembolok kenyang, sebaliknya ahli dikerah supaya sokong mereka.

Buat apa bertolong-tolongan membuat maksiat dengan menzalimi rakyat. Tak cukup dengan berbohong sebagai tukang ampu penjilat lubang dubur Mahathir (amalan pemimpin UMNO) – lama-lama dubur Mahathir bersih kena jilat, sebaliknya mulut ahli UMNO pulak yang comot bergelumang tahi mamak yang sekor ini, kan? Tak ke itu kerja bangang namanya?

Ramai antara kami “ahli UMNO yang berkerat rotan” dengan UMNO merasa lega. Tak kesal lansung...!!

Seorang anak wakil rakyat UMNO pernah menceritakan dia bermimpin kubur ayahnya yang mati siang tadi tiba-tiba berasap. “Macam asap dalam timbunan sekam” katanya kepada imam di surau yang kami bina dari hasil kutipan derma ikhlas kariah kami. Menggeleng imam kami.

“Saya bukan Nabi Yusof, Encik” kata imam selamba saja.

Kata si anak itu, “Saya upah orang siram dengan air se perigi, tapi asap itu makin berkepul-kepul Pak Imam, apa alamatnya?”. Menggeleng lagi kami mendengarnya.

Ludin yang bergelar samseng kampung tak makan saman menjawab, “Itu tandanya bapak ‘ngko dah kena bakar api Neraka sejak di alam barzah lagi. Tunggulah di akhirat nanti, ‘ngko sendiri jadi kayu api kalau tak taubat nasuha di dunia ini,” kata Ludin. Kami ketawa dengan bacaan firasat si Ludin samseng itu. Berdekah-dekah kami ketawa mendengar tafsiran Luidn itu. Nampaknya Ludin dah dapat hidayah, kot...!!

Belodok “Ikan Panggang”

Tersebut kesal peperangan antara Lutfi dengan Khir Toyo. Terasa macam Manchester United dengan Pasukan Maradona merebut Piala Dunia. Tendang punya tendang, kepala Mahathir juga yang kena sepak macam bola kempis tak ada angin. Tak kesah lah, kan? Mahathir memang dah mengaku dirinya MahaFIRAUN. Tengok “Jejak Rasul” pun nampak, mayat Firaun naik hitam terbakar walauppun di alam Barzah dengan di lindungi Pyramid batu pejal. Kimat kelak lagi teruk, ya tak?

Itulah contoh ketetapan Allah swt. Jangan cuba-cuba nak tak percaya balasan hukum Yang Maha Esa, ok? Sekongkol dengan pemimpin UMNO “orang perjuangan” (ehemmmmm....!) pasti akan jadi Belodok “Ikan Panggang”. Ingat nak harap Mahathir “nabi” puak UMNO boleh tolong ke? Dia siang-siang dah reput jadi arang kayu bakau...! Hahaaa....

Satu sungai Nel menyiram api yang membakar Firaun pun tak padam, masakan setakat air tasik buatan Mahathir di Puterajaya pulak. Biralah kita minum se tegok air zam-zam bersebelahan Ka’bah. Mudah-mudahan akan tersisih api Neraka. Janganlah fikirkan sangat kekayaan dunia sampai Quran dan Hadis campak entah ke mana. Janganlah terperangkap dengan perangai Yahudi Mahathir pengikut Firaun itu. Naya diri buat apa?

Khir Toyo Dan Hikmah Kejatuhannya

Bukan kita nak memandai. Owww...tidak...! Eloklah Khir Toyo mengaku saja bahawa dia memang bapak rasuah UMNO yang dibongkar Lutfi itu. Dari putar belit bagi alasa hentam kromo begitu, elok pada hari baik bulan baik Ramadhan al-muabarak ini mengaku saja. Perbanyak pahala dengan mengaku “surrender” macam Jepun kalah Perang Dunia Ke-2. Lagi baik kalau pada 1 Shawal nanti Khir sendiri “istihar Letak Jawatan” saja. Kan itu elok?

Apa Khir liat sangat? Semua orang tau, ketua UMNO seluruh Selangor pun tahu berapa juta Khir masok poket dibagi dek Mahathir sebagai upah menipu Sultan Selangor. Dah mati pun Baginda, Istana RM200 kerana “hand-over” Puterajaya, tiangnya pun belum tumbuh lagi dari bumi. Roh Baginda melihat pembohongan Khir Toyo. Berjawaplah ‘ngko Khir. Mahathir lepas tangan sekarang. Tinggal ‘ngko sorang Khir, bergelumang dengan taik Mahathir! Jadi BELODOK Brengsenglah ‘ngko...!! Balaci Mahathir...... Hehehe..

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com