UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




UMNO/BN SUDAH MATI DIBUNUH OLEH PRESIDEN PARTI SENDIRI

Amin Sapiro (Aidulfitri menjana Kemenangan)

DI HARI RAYA Idilfitri tahun ini, saya berkesempatan berziarah ke rumah seorang teman lamo yang tidak dikunjungi beberapa waktu terdekat – bekas ketua sebuah parti politik bergelar UMNO..! Saya hampir-hampir terlupa bahawa parti itu masih hidup lagi di rantau ini, kerana sepanjang maklumat yang tiba kepada saya, beberapa Cawangan dan Bahagian di situ dah lama “tutup kedai”.

Kunjungan Memedih Mata

Dulu, Johor Tenggara ini jangan cuba duga-duga kekuatan parti “angkuh” itu. Parti Pembangkang seperti PAS atau PRM pasti tewas hilang deposit dalam setiap pilihanraya. Betul-betul meleset hilang daya. Kata pepatah Melayu – “mati pucuk” lah!! Tapi dalam P/raya ’99, ceritanya berbeda sedikit. UMNO/BN pulak yang hampir hilang pertaruhan. Itu pun sebab Lembaga P/raya main silap mata. Entah dari mana berpuluh peti undi tiba-tiba saja muncul dari land-rover Polis PDrM. Semua sokong BN. Itu undi pakat pangklah sendirilah tu namanya.

Tak sangka, kunjungan saya kali ini disertai oleh lebih 30 orang lain. Bercampur-baur lah kami sesama sendiri. Paling menghairankan lagi, kali ini pengunjung ke majlis itu terdiri dari wakil pelbagai parti politik dan NGO. Hingga DAP yang dah bercerai talak tiga itu pun ada sama. Hairan jugek, yek?

Pada ‘hari baik bulan baik’ itu betul-betul memberi kami satu pelajaran paling tinggi nilai-ertinya. Kami bercakap mengenai kehidupan dan arahtuju masa depan negara dan bangsa. Tak tau siapa yang memulakannya. Tiba-tiba saja kami berdepan dengan isu itu tanpa disedari bila seorang berjubah kain kasa selesai membaca doa dan diikuti dengan takbir memuji keagungan Allah swt.

Waktu itu airmata kami mengalir tanpa disedari. Kami terbayang betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kami. Sebaliknya, kami terfikir betapa menjauhnya parti UMNO dan ulamak mereka lari dari prinsip agama Islam yang sedang dirayakan.

Kami terfikir betapa bangang dan dungunya kader-kader parti itu yang semakin taksub dengan ke”Mahafiraun”an Mahathir laknatullah ini. Kesemua mereka yang bertaraf “otak semut” sengaja dilantik Mahathir jadi Menteri dan MB. Kerja mereka tak lain tak bukan cuma mengenyangkan tembolok sendiri dan kroni – sambil itu mereka patuh menjilat bontot si MahaHaprak itu. Itu saja kerja mereka. Satu sen tak guna..!!

“Nak wat camno, Wak! Bukan saja budak-budak UMNO yang jadi Menteri dan MB itu saja yang dah jatuh bangang, Ulamak UMNO sendiri pun dah macam cacing kepanasan. Ada mufti dan pegawai agama yang hutang berjuta tak larat nak bayar walaupun jual kepala – gadai agama. Kalau MahaPrak terajang kepala pun tak apa. Serban tebal masih ada melindungi kepura-puraan mereka!”. Berkata seorang yang berkaca mata hitam.

Ketawa Besar Dalam Linangan Airmata

Dalam ketawa berdekah-dekah itu terasa juga kepada kami kebenaran kata-kata beliau. Maklumlah, beliau ini seorang vetren politik pejuang anti Malayan Union. Khabarnya, beliau pernah memegang sepanduk menentang British di padang Selangor Club dulu. Sejak dari hari itu, nawaitunya tak pernah luntur dari memerdekakan bangsanya yang semakin terhimpit oleh bangsa sendiri yang lupa diri. Dalam usia 89 tahun, gah susuk badannya masih ketara. Suara dan percakapannya masih bertenaga walau dia bergerak dengan kerusi roda.

“Mahathir dan budak-budak UMNO sekarang tak tau apa itu perjuangan Kemerdekaan,” kata beliau lagi. “Diorang menikmati Kemerdekaan bila dah tersaji dalam dulang emas. Mereka tak tau kami dulu berjuang berhempas pulas. Kalau British enggan menyerahkan Kemerdekaan, orang Melayu bersedia macam Afghanistan menentang Rusia. Masa itu tak ada PETRONAS dan Kelapa Sawit. Kami berdikit-dikit cari duit barang seringgit mengisi dompat parti. Terbalik pula sekarang, bila sumber kewangan negara berlipat ganda, Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO/BN pakai Kroni. Duit minyak digunakan untuk tembolok sendiri. Rasuah jadi budaya mengkaya-raya diri. Apa jadahnya UMNO lagi?” kata beliau sambi menyapu airmatanya mengalir membasahi pipi.

Mahathir Mencelakkan Bangsa Melayu

“Dulu Mahathir ini jugaklah yang berkempen keluar negara mengumpat keji Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Hari ini dia pulak yang jual bangsa Melayu dan agama Islam kepada Yahudi. Cakapnya putar alam dalam CNN. Orang Melayu dijualnya kepada taukeh Cina pelahap, asalkan dia terus jadi Presiden parti – melebihi kuasa YDP Agong. Inikah orang yang jadi ketua parti yang patut kita sokong?” kata beliau menambah.

“Sudah tiba masanya seluruh ahli UMNO dan bangsa Melayu serta BN muhasabah diri. Tak ada pilihan lain kecuali berpalng tadah saja. Humbankan UMNO/BN dan tentukan sendiri halatuju masa depan. Sekalli untuk selamanya, UMNO/BN wajib dijahanamkan. Kalau kalian setakat merungut saja, takkan sampai ke mana akhirnya. Kalau yakin dengan perjuangan Anwar Ibrahim, sinsing lengan dan pangkah Pembangkang. Kita mesti kembali ke pangkal jalan. Firkir masadepan zuriat kalian. UMNO/BN, Mahathir, Menteri dan MB, Kader-kader mereka cuma akan membawa malapetaka paling besar kalau dibiarkab bermaharajalela. Kalau dah pasti Khir Toyo dan Shahidan Kassim dan Ghani Patail “biawaj besar”, nak tunggu apa lagi? Kalau Ulamak UMNO dah takut melawan cabaran Samy Vellu dan Ling Leong Sik, boleh percayakah ulamak UMNO jenis ini? Dengar cerita wang zakat digunakan membantu UMNO/BN kempen.” Beremosi sungguh beliau.

“Tidakkah Mahathir membawa celak kepada bangsa Melayu dan rakyat berbilang kaun di negara ini?” kata beliau bertanya kepada semua. “Masihkah DAP menganggap penubuhan sebuah Negara Islam wawsan PAS, hak parti itu saja?” tanya beliau lagi. “Berapa orang dah kena pancung dan kena sula di Kelantan dek Nik Aziz dan Terengganu dek Hadi Awag?” tanya beliau.

Menyahut seorang pemuda berkain songket tanjak Melayu, “DAP takut kena sunat potong kotey, Pak”. Kami ketawa ramai-ramai.

“Hai... tak sedar ke Mahathir punya terer sampai boleh sunatkan sekali lagi kotey raja-raja Melayu? Inikan pulak korang yang mengangkat jari 10 menyembah “ampun tuanku”. Mamak barua tu pandang korang sebelah mata jerr...” mencelah bekas Ketua Pemuda UMNO yang pernah letak jawatan 24 jam. Kami ketawa kagi...!

Kesimpulan Yang Pasti

Johor Tenggara akan bergolak lagi. KeADILan dan PAS akan diperbantu oleh PRM. Indra Kayangan akan tercabar. Shahidan Kassim sedang luka parah. Strategi BN cuma mengharapkan undi pendatang haram dari Siam, Horinger dan Bangla.

Adakah Shahidan akan tertanggal suspendernya kali ini? Nak tengok “penukul”nya sebesar mana sangat! Baru kali ini UMNO tau Presiden mereka dan parti ditolak rakyat kerana jual bangsa dan agama.

Habis cerita. Selamat Hari Raya. Kita undi KeADILan lagi kali ini.....!!

Amin Sapiro
(Bekas Alli UMNO Berkerat Rotan)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com