Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : ISU MURTAD- UMNO(BN) PEKA/PEKAK?

Assalamu'alaikum warahmatullahi babarakatuh!

Salam sejahtera!

SELOKA : ISU MURTAD- UMNO(BN) PEKA/PEKAK?

Oleh : Azhari(s)

Selamat bertemu teman tercinta,
Emak ayah dan anak semua,
Letih dan penat rehatkanlah minda,
Olahlah aktiviti untuk keluarga.

Kalau boleh bacalah seloka,
Akan terghiburlah hati yang luka,
Orang memandangpun tak dapat teka,
Lihat keceriaan nampak dimuka.

Eloklah kita amalkan senyum,
Hatipun bersih senyum menguntum,
Akan terlihat senyum mengulum,
Ziarahilah kawan yang mana belum.

Hendak diikutkan perasaan hati,
Akan terserlah peribadi diri,
Ragam pemimpin yang ada kini,
Inginlah masam sepanjang hari.

Isu Murtad sungguhlah parah,
Sudah terbukti membuat marah,
Umpama kanser ataupun barah,
Malaysia sedang tempah sejarah.

Umat Islam sedang terdedah,
Rakyat jelata tidak diendah,
Takut gejala membawa padah,
Dalam negara umpama dadah.

Ulamak UMNO peka ker pekak,
Murtad dijadikan bahan bertekak,
Nak biarkan isu terus membengkak?
Orang asing semuanya gelak.

Bila isu murtad dianggap sampah,
Negara kita murtad bersepah,
Perdana Menterilah kena sumpah,
Entengkan Islam sedang dilapah.

Kita disarankan supaya peka,
Amalkan sikap minda terbuka,
Pandangan Islam PM tak suka,
Entah kenapa dia tutup muka.

Kalau Islam cuba disebarkan,
Ada syarat yang dikenakan,
Kena dapatkan tauliah kerajaan,
PAS minta mereka abaikan.

Entah mungkin mereka dah pekak,
Kalau Islam nak kita tegak,
Akan sanggup mereka bertekak,
Kelihatan mereka hanya berlagak.

PM pun buat laporan akhbar,
Elok bunyinya bila didengar,
Kalau UMNO nampak tercabar,
Akui negara Islam muktabar.

Pekakah UMNO Islam dicalar,
Ejek JAIS di dalam akhbar,
Kalau pekak mungkinlah benar,
Agama dihina mereka membiar.

Kalaupun nak bela orang tertentu,
Patutlah diselidik terlebih dahulu,
Ejek JAIS secara melulu,
Kelaku mereka rakyat berbulu.

Andainya UMNO memangnya peka,
Kenalah wujudkan akta etika,
PAS dah suarakan satu ketika,
Enekmen murtad jangan dileka.

Kalau dah murtad berleluasa,
Anak-anak kita menjadi mangsa,
PM tak kesah UMNO biasa,
Entah ke mana perginya kuasa.

Kita yang peka punyalah ngeri,
Ada fakta disetiap negeri,
Kalau diturutkan kehendak sendiri,
PM dah mati sambil berdiri.

Ejek Nabi tak cukur janggut,
Konon hodoh nampak berserabut,
Adakah PM berani sebut!,
Pada zaman tu 'gillette' tak ujut?

Ejek hukum hududpun PM berani!,
Katanya tak sesuai dizaman ini,
Adakah masih iman PM ni?
Kalau dikira murtadlah kini.

Perdana Menteri pernah katakan,
Eloklah kita pergi Kelantan,
Kalau teringin makan sup tangan,
Adakah PM masih beriman ?

PM UMNO sesungguhnya pekak,
Elakkan Islam boleh bertegak,
Ke sana sinilah mereka melalak,
Agama Islam (PAS) mesti ditolak?

Kalau begitulah PM Malaysia,
Patutkah dia digelar manusia?
Elok dibuang ke negara Russia,
Kalau dibiar hanya sia-sia.

Andainya PM terus berkuasa,
Padahnya buruk esok dan lusa,
Elakkan segera terus berdosa,
Kita islamkan bangsa dan nusa. 

Andai dibiar UMNO memerintah,
Kelak habislah kita diratah,
Patutlah kita terus membantah,
Esok lusa kita 'lak' perintah.

Kalau BA teguh berpadu,
Alamat PM tak boleh beradu,
Pada BA lah kini rakyat mengadu,
Enaklah mimpi berbulan madu.

Kuatkanlah iman teguhkan barisan,
Atasilah perasaan jemu dan bosan,
Keakar umbi kita berpesan,
Perlunya kita menjaga perasaan.

Elakkanlah berlaku persengketaan,
Kita kuatkan semangat kekitaan,
Anjurkanlah selalu perjumpaan,
Kentalkanlah terus ketaatsetiaan.

Patutlah sudah seloka dihentikan,
Eloklah pula dimohon kemaafan,
Kalau terdapat sebarang kesalahan.
Akan berjumpa dilain kesempatan.

Sekian terima(lah) kasih!

AZHARI(S)
03JULAI2000




 


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com