Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : PENAJA CERAMAH MENCARI TEMPAT

Assalamu'alikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA : PENAJA CERAMAH MENCARI TEMPAT
Oleh : Azhari(s)

Salam diucap menjalin mesera,
Eloklah senyum diukir segera,
Luahkan khabar dengan gembira,
Omong-omong bukalah bicara.

Kita nak sentuh soal sekatan,
Adakan syarat yang bukan-bukan,
Penceramah datang bukan bersukan,
Entah macamana hendak elakkan.

Nak cari tempat bukannya senang,
Ada tempatpun kerajaan halang,
Jangankan masjid cuba dipinang,
Adakah Dewan Masyarakat turut dipalang!.

Cubalah pula di tempat lapang,
Elakkan dari sasaran lempang,
Ributlah 'Notis' segera dipampang,
Alasan nak halang cukuplah gampang.

Maka dicadang di rumah kawan,
Ancaman datang bawa berlawan,
Hendak dilapor buat kekacauan,
Majikan segera buat tinjauan.

Entah ke mana pula nak pergi,
Nampak gaya berlarilah lagi,
Cuma 'Resot' barangkali bagi,
Akibat lesaplah sebulan gaji.

Rasa geram tidak tertahan,
Ingin rasanya buat bantahan,
Tapi begitulah pemerintahan,
Eloklah elak jadi pergaduhan.

Mahu tak mahu 'Resot' yang tinggal,
Pilihan terbaik daripada gagal,
Apa nak buat mereka dah penggal,
Tiada pilihan itulah tunggal.

Akan ku balas dendam kesumat,
Zuriatmu habis ku cincang lumat,
Hari itu BN takkan selamat,
Akan menguburmu itulah matlamat.

Ingatlah semua rakan dan kawan,
Segeralah bangkit turut berlawan,
Angkat senjata pedang setiawan,
Belasah BN hingga ke awan.

Angkara zalim cukuplah sudah,
Harapan rakyat dah punah ranah,
Anak cucu kita turut dimamah,
Zuraiat mereka sedang melapah.

Harapan rakyat kini berpindah,
Azam mereka bulatlah sudah,
Rakyat dah sedia turun memangkah,
Ingin melihat kerajaan kalah.

Seloka kita sampai di sini,
Ada kesalahan harap maafi,
Besok lusa berjumpa lagi,
Andainya ilham diberi Ilahi.

Sekian Terima(lah) Kasih!

AZHARI(S)
SELASA 4JULAI2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com