Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : JANGAN BIAR DIRIMU LENA SAYANG! - GENDANG PERANG UNTUK PEJUANG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA : JANGAN BIAR DIRIMU LENA SAYANG! - GENDANG PERANG 
UNTUK PEJUANG.

Oleh : Azhari(s)

Selamat bertemu pejuang sayang,
Elakkan tidurmu lena memanjang,
Lekaslah bangkit terus berjuang,
Onak dan duri bukan penghalang.

Kita sering dibelai mimpi,
Angan-angan juga berapi,
Jangan dilayan sunyi nan sepi,
Angkatlah pena gendang kecapi.

Nak diikutkan tak laratlah kita,
Gara-gara idea kering dimata,
Akibat jauh dari berita,
Nak diikutkan lenalah kita.

Bila teringin hendak berehat,
Igauan kembali datang peringat,
Anuar dipenjara suntikkan semangat,
Rakan semua kembalilah bergiat.

Dendangkan kembali lagu perjuangan,
Iringi dengan takbir laungan,
REFORMASI bergema memenuhi ruangan,
Ingatlah DSAI di dalam kurungan.

Mari tiupkan perjuangan suci,
Untuk menentang musuh dibenci,
Libatkan diri walau seinci,
Elakkan diri duduk berkunci.

Nantikan Ezam datang bertandang,
Angkut kengkawan bawalah gendang,
Seret Mahazalim masuk ke kandang,
Angkaranyalah negara bakal kecundang.

Yakinlah terhadap pertolongan Allah,
Akan terlerai segala masalah,
Namun usaha jangan mengalah,
Ganjaran berganda sudah terserlah.

Gangguan memang sering menyerang,
Enaklah nafsu mengikut gendang,
Neraka jahannam menunggu tenang,
Di dalam diri ego memanjang.

Andainya kita mula berenggang, 
Nantikan kawan sahaja berjuang,
Gangguan konon jadi penghalang,
Patutkah kita biarkan gawang?

Emas suasa intan berlian,
Ragut iman mereka sekelian,
Angkara nafsu punya belaian,
Neraka menjadi bahan belian.

Gerakkan segera hati yang lena,
Usah diturut syaitan durjana,
Nawaitu kita teruslah jana,
Teguh mantap lagi sempurna.

Ugutan musuh jangan hiraukan,
Kuatkan hati mesti teruskan,
Pukulan musuh mesti tewaskan,
Elaklah latah dalam tindakan.

Jangan biarkan dirimu layu,
Untuk apa perjuangkan Melayu,
Agama Islam dibiar kuyu,
Nanti di neraka menjadi kayu.

Genggamlah erat pena ditangan,
Obor Islam jadi julangan,
Lancarkan perang itu cadangan,
Engganlah mundur mengangkat tangan.

Hidupkan terus usul dan pandangan,
Alam siber wadah perjuangan,
Zaman IT kita berpegangan,
Harus dimanfaat sambil bergandingan.

Akhir kata bangkitlah berbakti,
Rakyat bersama mohon diberkati,
Inilah sahaja yang saya larati,
Sekianlah dahulu moga dirahmati.

Sekian Terima(lah) Kasih!

AZHARI(S)
AHAD09JULAI2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com