Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : ANGKARA KEZALIMAN MAHATHIR TERHADAP DSAI DAN AKU

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Salam Sejahtera!

SELOKA : ANGKARA KEZALIMAN MAHATHIR TERHADAP DSAI DAN 
AKU

Oleh : Azhari(s)


Sekali lagi kita berseloka,
Eloklah senyum berseri muka,
Lihatlah keliling minda terbuka,
Olah MAHAZALIM menambah luka.

Kita semua tak akan lupa,
Angkara fitnah begitu rupa,
Anuar di penjara terus bertapa,
Nantikan rakyat bangkit menerpa.

Gelojohnya PM bernafsu syaitan,
Kerana rakusnya umpama lautan,
Anuar mangsa dalam pergelutan,
Raja Firaun menjadi ikutan.

Anuar sedarkan sekelian rakyat,
Kekejaman MAHAFIRAUN sudah diroyat,
Enggan bertaubat dihujung hayat,
Zalimnya tercatat dalam kembayat.

Aku tergolong warga yang tidur,
Lenaku panjang buatku mundur,
Insaflah diri kulit dah kendur,
Mendengar kezaliman diriku mujur.

Anuar kejutkan ulamak tidur,
Naiklah semangat tak akan undur,
Melihat kezaliman mesti dikubur,
Anak bangsapun bangkit turut beratur.

Habislah kezaliman sudah dibongkar,
Anuar jelaskan semangat berkobar,
Tiada yang tinggal habis dikhabar,
Hati rakyat kini mula terbakar.

Ilmuan yang leka dengan periok,
Rajin berusaha segenap cerok,
Tersentak mendengar gelagat siberok,
Enggan maafkan perangai terok.

Rasanya khabar sudah merata,
Habislah bangkit rakyat jelata,
Anak muda bangun dengan senjata,
Dengan lidah mulut berkata.

Aku terlibat bangkit bersemengat,
Padaku DSAI mesti diingat,
Dalam perjuangannya seluruh jagat,
Segala tuduhan terbalik sangat.

Aku bangun mencari maklumat,
Ingan tahu berita hangat,
Dari kengkawan aku mendapat,
Aku membaca sepenuh minat.

Namun bagiku harus meniti,
Arus "IT" tidak menanti,
Komputer bagiku harus minati,
Untuk berjuang itu dah mesti.

Anuar menyebabkan mindaku celik,
Nampak komputer yang dulu pelik,
Genggam tetikuspun ketar nak "KLICK",
Kini bagiku semuanya terbalik.

Aku nekad beli sebuah,
Rasa hati cukup bertuah,
Anuar mendorongku jadi berubah,
Kini "IT" bagiku mudah.

Eloklah kesedaran semakin tinggi,
Zaman "IT" harum setanggi,
Aku turut mengatur strategi,
Laman Reformasi menunai janji.

Itulah aku hari kehari,
Melayari Internet aku gemari,
Aku terus mempelajari,
Nampaklah kini apa dicari.

Maklumat kini dihujung jari,
Asyiklah aku setiap hari,
Hebahkan pula sambil berlari,
Aku dah nekad tak disedari.

Telah membaca sekian lama,
Haruslah pula menyumbang sama,
Ini bukanlah kerana nama,
Riak dijauhi walau sehama.

TranungKite tempat bermula,
Elok bermula semanis gula,
Rasa malu ku lempar bola,
Harapan turut menyingkir "BALA".

Aku sedar diriku siapa,
Di alam siber cuba menyapa,
Andai dihina tiada mengapa,
Padaku berbakti tak kira apa.

Demikianlah aku turut menempel,
Seloka digubah ganti membebel,
Andai dipanggil segeralah tampil,
Itulah keputusan telah diambil.

Dalam senarai penulis siber,
Akulah sahaja kurang keliber,
Nak kata aku taraf driver,
Akui saja ler betul tak brother?

Kalau tidak kerana bakti,
Udah lamalah aku berhenti,
Akan ku gagahi sepenuh hati,
Zaman mengajar kita simpati.

Harapan kepada kengkawan sekelian,
Akan makmurkan bidang penulisan,
Rendah diri bukan alasan,
Impian webmasters perlukan sokongan.

Sekianlah seloka dikali ini,
Agar berjumpa dilain hari,
Bersamalah kita teruskan bakti,
Ana berundur salah maafi.

HARAP SEKELIAN PENULIS YANG LAIN TAMPIL MEMAKMURKAN 
ALAM SIBER INI

Sekian Terima(lah) Kasih!

AZHARI(S)
11JULAI2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com