Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SELOKA : RAMADHAN MULIA PUAS VS PUASA

Assalamu 'alaikum warahmatyllahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA BERTAJUK:RAMADHAN MULIA PUAS VS PUASA

Sekian lama seloka tak muncul,
Eloklah kini dah senyum simpul,
LUNAS buktikan BN dah kantul,
Otak PM semakin tak betul.

KESAS dah jadi badi dan bukti,
Allah tunjukkan pembuka hati,
Bila PEMBELAAN terbukti sejati,
Entah kenapa PM tak reti-reti.

Rakyat dah hukum BN di Lunas,
Tetapi PM semakin buas,
Angkara diatur untuk mengganas,
Jauh sekali merasa puas.

UMno sudah semakin teruk,
Kerana PM perangai beruk,
Rakyat jelata sudah mengaruk,
Akhirat balasan lagilah buruk.

Melihat balasan patutlah insaf,
Allah dah tunjuk barisan dan saf,
Degilnya PM dah putus saraf,
Hati yang ego pentingkan taraf.

Alangkah jelas peringatan Tuhan,
Namun Umno@BN cuba bertahan,
Malang menimpa kerana sumpahan,
Untunglah datangnya perlahan-lahan.

Lekas dan lambat jangan dicabar,
Iman dihati dah calar balar,
Akibat melakukan segala mungkar,
Pilihlah taubat sebelum sukar.

Usahlah dipertahan bangsa Melayu,
Agama Islamlah penyegar layu,
Sentimen perkauman bukannya kayu,
Padanlah kalah gagal merayu.

Ucaplah apa saja yang engkau mahu,
Angkara BA konon (!) baru kau tahu?,
Sangkallah keburukan di atas bahu,
Akhirnya semua manusia tercium bau.

Ramadhan yang datang tak kau pandang,
Angkara murka terus didendang,
Malam dan siang memukul gendang,
Amalan agama terus kau tendang.

Dahlah Anuar kau penjarakan,
Hatimu tak puas dengan hukuman,
Agaknya matinyapun kau cemburukan,
Niat jahatmu rakyat perhatikan.

Patutnya Ramadhan kita berpuasa,
Usahlah gila menunjuk kuasa,
Amalan diganda hati selesa,
Sebaliknya Ramadhan engkau perkosa!?.

Puas-puaslah engkau membalun harta,
Untung di dunia dapat bertakhta,
Akhirat bakal berputih mata,
Selagi tak taubat itulah fakta.

Alahai penyokong BN membabi buta,
Pandai nyelinap Minda Rakyat kita!
Umno BN dipuji PAS dan BA dikata,
Agama ketepi PM@Umno melata.

Syabas Web Master yang berwibawa,
Prinsif Islam yang engkau bawa,
Untuk menjawab e-mel ..lar sawa,
Ana tengok jawapan hang memang lawa.

Setelah Wira Palastin dibebas kini,
Akan teruskan perjuangan ini,
Penjara dibongkar tinggal bikini,
Umno BN ..kan mengalami kematian bini.

Apa yang sedang risaukan hati,
Saudara Anuar himpunan simpati,
Pada Allah pohon berkati,
Ubat diberi sembuhkan nanti.

Alangkah tega sisamseng itu,
Sampai hati memukul sampai begitu,
Agaknya nak bunuh pada haritu,
Peliharaan Allah doa dan restu.

Untunglah Anuar kekasih rakyat,
Allah pelihara lanjutkan hayat,
Samseng yang bebas umpama mayat,
Akhirnya tetap tamat riwayat.

Sekian terimalah kasih!
Azhari(s)
16Ramadhan1421


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 12 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com