Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SELOKA BERTAJUK:LAILATUL QADR ULAMAK UMNO VS ULAMAK PAS

Assalamu 'alaikum warahmatyllahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA BERTAJUK:LAILATUL QADR ULAMAK UMNO VS ULAMAK PAS

Seloka dikarang sebagai sumbangan,
Enak dibaca dengan dendangan,
Laman Reformasi medan perjuangan,
Olahan sensasi ikut perkembangan.

Kalau nak dikira memanglah tak larat,
Analisa berita jauh di(M)barat,
Badan pula di Sabah melarat,
Enggan mengalah BN berkarat.

Reformasi Islah perjuangan murni,
Tentang KEZALIMAN berwarna warni,
Anak JANTAN dah tunjuk berani,
Jauh terpendam hati nurani.

Ulangi terus laungan RE.FOR.MA.SI!!!,
Kita iringi TAKBIR yang kudsi,
Lakukan terus dengan diplomasi,
Allah bersama tanpa disangsi.

Inilah azimat perjuangan suci,
Langkah diatur KOTORAN dicuci,
Allah melaknat musuh dibenci,
Tentulah PM berasama belaci.

Usahlah sangsi di dalam hati,
Laporan jelas sebagai bukti,
Qadak dan Qadar sedang menanti,
Allah membalas tanpa simpati.

Ramadhan muncul tiada bererti,
Ula(R)mak UMNO hatinya mati,
Leka mengampu konon berbakti,
Anuar terlantar sorrylah simpati.

Mahadead dianggap umpama nabi,
Anggok mereka terus bertubi,
Kelakuan tak ubah seperti babi!,
Untuk tembolok sanggup melobi.

Malaslah sudah dengar alasan,
Niat suci konon bertahan,
Otak dibontot mana perasan,
Usah berlakon persenda Tohan.

Lihatlah olehmu Ulamak sejati,
Ajaran Islam utama dihormati,
Menghidupkan Ramadhan seikhlas hati,
Kedatangan Ramadhan amat dinanti.

Puasa bukan sekadar kulit,
Amalan mereka terang dan sulit,
Selain lapar dahaga yang perit,
Ulang kebenaran biarpun pahit.

Lainlah halnya ulamak dunia,
Amalan mereka nak tunjuk mulia,
Makan minum perlu diselia,
Kerana nafsu kemana pun sedia.

Ulamak apa bohong tak henti?
Lakonan begini nak jaga hati,
Akan di yerkan kekata P.Menteri,
Mengampulah tu.. jangn tak reti.

Kalau dah hidup terus mengampu,
Ulamak begini tentu penipu,
Menegak kebenaran tidaklah mampu,
Nak hidup kenalah pandai merapu.

Orang begini takusah percaya,
Ungkapan mereka sangat bahaya,
Lidah bercabang nafsu buaya,
Angkara mungkar jadi budaya.

Mari buktikan segala tuduhan,
Andai benar segala cemuhan,
Kepimpinan PAS langgar sumpahan,
PASti mereka kan reka bahan.

Akan percayakah rakyat jelata?,
Sedangkan UMNO@BN membalun harta!,
Usahlah bersandiwara mengabui mata,
LUNAS buktikan mereka berdusta.

Alangkah jijiknya segala sandiwara,
Mahu menunjuk dialah juara,
Akhirnya rakyat bangkit bersuara,
Kerajaan BN disediakan pusara.

Ulamak UMNO segeralah taubat,
Marilah bersedia meminum ubat,
Nyahkan perangai hanya tau buat,
Omongan ditutup tidur dah lambat.

Sekian terimalah kasih!
Azhari(s)
17Ramadhan1421


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 14 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com