Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH DAN YAASIN 7 MUBIN UNTUK UMNO

Pada 26 Disember lepas, saya telah mencadangkan akan pengambilan langkah-langkah konkrit dan komprehensif untuk membela Harakah akibat penindasan regim zalim diktator Mahafiraun [ rujuk ] Tindakbalas menyeluruh melalui pemboikotan akhbar-akhbar lidah syaitan itu merupakan suatu langkah tindakbalas paling efektif dan konstruktif untuk mengajar para pemimpin zalim diktator Mahafiraun dan Dollah Babi JE itu.

Alhamdullillah, saya amat berterima kasih kepada para pemimpin Barisan Alternatif yang telah menerima cadangan saya tersebut, seperti kenyataan yang dibuat oleh Sdr. Rustam Sani dan pemimpin BA dalam Harakah Bil. 1147, 1148 dan 1149 serta oleh Ustaz Fadzil Noor dalam Berita Hairan 17 Januari 2000. Pemboikotan secara besar-besaran itu akan bermula pada 1 Februari ini. Saya amat mengharapkan agar para penyokong BA melancarkan kempen secara agresif mempengaruhi orangramai dan golongan atas pagar supaya menyertai kempen tersebut supaya ianya akan menjadi cukup berkesan. Tempoh kempen 3 bulan tersebut, jika perlu harus dilanjutkan lagi menjadi 6 bulan sehingga kita melihat golongan para ‘syaitan’ itu bertaubat dan kembali ke jalan Allah dan berhenti menabur fitnah.

Tidak dapat dinafikan tindakan jahat regim Mahafiraun ke atas Harakah itu tidak lain dan tidak bukan akibat rasa cemas dan takut yang amat sangat dengan pengaruh dan kebenaran yang dibawakan oleh Harakah dalam mendedahkan kepalsuan dan kejahatan mereka. Setiap kali keluar pendedahan cerita dan berita-berita ‘panas’ di dalam Harakah, maka para penjahat yang menjadi menteri tersebut tidak akan lena malam dan tidak dapat menyorokkan lagi muka-muka tembok mereka.

Ketakutan dan kebimbangan itu lebih-lebih lagi kerana mereka akan menghadapi pemilihan parti pada Mei depan. Pendedahan akan kebusukan mereka oleh Harakah bererti suatu tamparan yang menyakitkan untuk sesiapa di antara mereka memanjat tangga hieraki dalam kepimpinan parti. Oleh kerana tiada ‘bukti kukuh’ yang dapat dijadikan alasan untuk pengharaman Harakah, maka dicari-cari alasan untuk melancarkan operasi menahan pengarangnya, Zulkifli Sulong dan lain-lain pemimpin BA. Mungkin juga untuk mencetuskan suasana cemas dan tegang dalam negara atau mahu menunjukkan kekuatan kepada musuh-musuh politik mereka.

Apa yang telah terjadi dengan penahanan tersebut sebenarnya semuanya bertitik tolak daripada kes Anwar. Alasan pertuduhan ke atas Zulkifli ialah kerana menyiarkan artikel tulisan Dr Chandra Muzaffar bersabit kes Anwar. Marina Yusoff ditahan kerana isu 13 Mei yang juga berkait rapat dengan kes Anwar. Ezam pun akibat kes Anwar. Nampaknya kes Anwar sudah meresapi jiwa dan diri setiap orang di negara ini. Di satu pihak (BA) menjadi pemangkin kepada perjuangan Anwar dan di satu pihak (BN) menjadi suatu igauan buruk dan fobia dengan apa saja yang bertalian dengan Anwar.

Saya ingin menarik perhatian para pembaca dan pemimpin BA sekalian bahawa segala apa yang berlaku semenjak setahun lebih yang lalu, malah semenjak 42 tahun yang lampau, semuanya berpunca dari UMNO dan Barisan Nasional. Kemuncak membuaknya kezaliman BN itu hanya terserlah di mata majoriti rakyat Malaysia hanya selepas pemecatan Anwar dan diikuti oleh kezaliman dan penganiayaan yang diperlakukan ke atas Anwar oleh Mahathir. Kemudian saat pengujian pengaruh dan kekuatan berlaku antara BA dan BN pada pilihanraya 29 November lalu. Keputusannya menyaksikan penipuan dan penyelewengan berjaya memungkinkan BN memerintah lagi negara ini selama 5 tahun akan datang sekalipun hampir separuh penduduk negara ini “tidak redha” dengan penerusan kerajaan Mahafiraun itu.

Nyata sekali kita, para pemimpin dan penyokong BA tidak mampu sama sekali untuk mengatasi penipuan dan penyelewengan undi yang dilakukan oleh regim Firaun itu kerana mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan segala maklumat dan jentera kerajaan. Tidak dinafikan kelebihan mendapat sumber maklumat akan sesuatu perkara akan menjadi suatu ‘kuasa’ yang kuat kepada mana-mana pemimpin untuk mendominasi lawannya. Maka tinggallah kita berputih mata terkulat-kulat ditipu hidup-hidup dan bulat-bulat oleh para pemimpin keparat itu.

Walaupun mengetahui kita ditipu dan diperdaya sebegitu rupa dan walaupun mengetahui dan menyedari bahawa kita sebenarnya telah memenangi lebih 100 kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini, tetapi apa yang mampu kita buat untuk menentang penipuan BN itu ? Yang mampu kita buat setiap kali kalah pilihanraya ialah, post-mortem, post-mortem dan post-mortem. Kena tipu bulat-bulat pun termasuk dalam hasil post-mortem kita jugak. Sampai bila kita hanya mampu nak buat post-mortem pun tak tahulah. Tapi Barisan Nasional walau apa pun yang pembangkang ada dan lakukan, mereka tetap mendapat kemenangan. Tidak kiralah, menang tipu ke atau sebagainya.

Kenapa sampai jadi begitu ? Kenapa kita, walaupun membuat persiapan dan persediaan bertahun-tahun tapi masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional ? Dan kenapa BN walau apa pun kekuatan dan persefahaman sesama kita, masih boleh mendabik dada yang mereka pasti akan menang dalam setiap kali pilihanraya ? Jawabnya ialah tidak lain dan tidak bukan, kerana mereka sedar walau apa pun kejahatan dan kezaliman yang mereka buat, kita tidak mampu menentang mereka secara terbuka. Yang mampu pada kita hanyalah bersyarah ke sana ke mari dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya. Lihatlah apa yang telah berlaku ke atas Anwar setahun lebih lepas dan yang berlaku pada 29 November lalu. Rasanya sehelai bulu ketiak Mahathir pun tak gugur dek tindakan kita selama ini. Cubalah fikir. Cubalah renung.Betul atau tidak apa yang saya katakan di sini. Maaflah, saya bukan nak meragui kewibawaan sesiapa dalam pimpinan BA kerana saya sendiri adalah penyokong tulen BA, paling totok menyokong BA, tetapi saya ingin mengajak kita semua berfikir dan membuka minda kita, apakah segala strategi dan tindakan kita selama ini sampai ke matlamat atau tidak.

Baiklah, kita memang sedar yang kita tidak memiliki kekuatan fizikal dan material untuk menentang dominasi BN ke atas kita selama ini, lebih-lebih lagi di bawah regim autokratik Mahafiraun. Segala kelebihan adalah milik mereka disebabkan merekalah yang memerintah negara ini sejak 42 tahun lalu. Percubaan terakhir dan terbaik pernah dilakukan oleh barisan pembangkang dalam menjatuhkan regim BN ialah pada 29 Noivember lalu. Pun masih gagal. Apabila sudah 10 pilihanraya kita tetap juga gagal untuk menumbangkan regim sial BN itu secara demokrasi atau secara kekuatan fizikal, kenapa tidak kita memikirkan suatu kaedah lain sebagai suatu alternatif ? Maksud saya ialah, selama ini kita, khususnya PAS begitu kerap mengadakan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah dalam perjuangan yang penuh dengan duri dan ranjau ini. Bila saja mendapat musibah atau dizalimi BN, kita pun mengadu kepada Allah. Dibunuh di Memali, kita mengadu kepada Allah. Dibunuh di Lubuk Merbau, kita mengadu kepada Allah. Ditipu dalam pilihanraya kita mengadu kepada Allah yang kita kena tipu oleh BN. Harakah nak kena haram, kita mengadu kepada Allah mohon diselamatkan Harakah.

Saya rasa segala pengaduan kita itu masih belum cukup sebenarnya. Kita cuma mengadu orang buat kat kita tapi kita mungkin tak pernah mengadu kepada Allah supaya Allah “mengajar” orang yang menzalimi kita itu. Sejauh ini, saya rasakan kemuncak kezaliman ke atas orang-orang PAS ialah pembunuhan di Memali. Itu dah hampir 15 tahun lalu. Kemuncak fitnah yang melanda muka bumi Malaysia setakat ini ialah penganiayaan dan fitnah yang berlaku ke atas Anwar. Sudah setahun lebih ianya berlaku. Masa berjalan begitu pantas. Lama-lama bara yang menyala akan padam dan lenyap. Begitulah kita. Regim zalim BN terus gah dan megah di atas penderitaan orang lain. Apa tindakan kita ? Berkesankah? Setakat mana ianya berkesan atau si zalim itu tergugat ? Lihatlah sendiri.

Memikirkan itu semua, saya rasa begitu tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam majalah Mastika keluaran Januari 2000 ini mengenai suatu kisah yang berlaku di Kota Tinggi, Johor di sekitar tahun 60an dahulu, iaitu kisah seorang lelaki yang bertukar menjadi beruk akibat kesan bacaan Yaasin penduduk kampung yang marahkan perbuatan jahat lelaki tersebut memasukkan getah bebetak dalam gulai kenduri mereka hingga menyebabkan semua penduduk kampung mendapat sakit dan cirit birit. Walaupun penduduk kampung tidak meminta kepada Allah supaya lelaki itu bertukar menjadi beruk, tetapi takdir Allah telah menyebabkan lelaki itu bertukar menjadi beruk. Cerita sebegini saya percaya ianya ada berlaku, sama seperti kisah seorang jutawan yang bertukar menjadi khinzir yang heboh diperkatakan beberapa tahun lepas.

Berbalik kepada masalah kerajaan penipu BN tadi. Saya bukan bermaksud supaya kita menganjurkan solat hajat dan bacaan yaasin supaya Mahathir bertukar menjadi beruk. (kalau betul dia jadi beruk pun bagus jugak) Saya tidak fokuskan kepada mana-mana individu dalam BN, sekalipun individu yang paling jahat dari segala yang jahat – Mahathir Mohamad supaya kita buat solat hajat dan baca yaasin supaya Allah jadikan dia beruk. Saya fokuskan kepada organisasi BN itu sendiri. Pada saya, BN adalah simbol sebuah pakatan yang membentuk kerajaan yang menindas dan menipu rakyat. BN adalah simbol sebuah pakatan ‘ahzab’ yang menjadi musuh Islam, yang tidak mahu kepada Islam dan yang menentang sebarang idea perlaksanaan Islam secara konsisten, terutama oleh PAS.

Oleh itu, kenapa tidak kita melakukan solat hajat, qunut nazilah dan bacaan yaasin (yaasin 7 mubin) meminta agar Allah menghancurkan organisasi Barisan Nasional itu. Jika kita melakukan solat hajat dan qunut nazilah ini secara komited dan konnsisten sehingga berjaya (bukan cuma bila mendapat musibah besar sahaja). Saya yakin jika kita istiqamah melakukan ini, riwayat BN rasanya akan sampai ke penghujungnya dalam waktu yang terdekat ini. Allah boleh menghancurkan mereka dengan pelbagai cara. Perpecahan, pergaduhan hatta pembunuhan sesama sendiri antara mereka. Apabila sebuah organisasi yang menjadi tunjang kepada kekuatan sebuah kerajaan yang memerintah kita selama ini itu sudah hancur berpecah belah, maka dengan sendirinya kekuatan ‘musuh’ kita itu dapat dihancurkan. Suatu kemungkinan yang tidak dapat ditolak akibat cara ini ialah kemasukan berbondong-bondong ahli-ahli mereka ke dalam parti-parti komponen kita. Perhimpuan UMNO Mei ini boleh dijadikan ukuran makbulnya doa kita kesan kaedah ini bilamana kita menyaksikan mereka bercakaran sesama sendiri dan seterusnya mencetuskan perpecahan besar sebaik sahaja perhimpuan itu berakhir.

Saya tahu selama ini pun di kalangan kita ada yang selalu membacakan qunut nazilah dan mengadakan solat hajat, tetapi pada saya ianya belum mencukupi dan belum menyeluruh. Apa salahnya jika kita anjurkan secara besar-besaran. Pimpinan PAS dan Keadilan bolehlah menyeru dan mengajak para penyokong supaya melakukan solat hajat dan bacaan yaasin serta qunut nazilah selama 40 hari berturut-turut. Biar nampak bersungguh kita untuk menghancurkan musuh. Bukan separuh-separuh semangat sahaja. Saya rasa tidak salah cara ini. Kita bukan mendoakan supaya pemimpin BN menjadi gila atau beruk atau khinzir. Kita cuma minta supaya Allah menghancurkan segera perikatan BN dan kekuatan mereka itu berpindah kepada kita. Setelah puas mereka menganiaya, menipu dan memperdaya kita, why not Ustaz Fadzil, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi, Kak Wan mengajak para penyokong semua melakukan solat hajat dan bacaan yaasin selama 40 hari berturut-turut meminta agar Allah memusnahkan kerajaan BN yang zalim dan menindas itu secepat “hujan yang turun ke bumi”. Buat apa lagi kita “menyimpan” golongan zalim itu di negara ini atau kita mahu menunggu mereka menjadi seperti Mustaffa Kamal Attarturk dahulu baru mahu menyesal tak sudah ? Bunga-bunga ke arah itu nampaknya sudah ada [sekatan ke atas masjid].

Mungkin ada diantara kita yang sedikit ragu dan was-was samada Islam membenarkan kaedah sebegini (berdoa untuk kemusnahan perkumpulan musuh). Saya perhatikan dalam Al Quran sendiri banyak menceritakan kisah-kisah Nabi dan para Rasul zaman dahulu yang berdoa kepada Allah agar Allah memusnahkan kaum mereka yang fasik dan zalim itu. Misalnya kisah Nabi Nuh a.s. Jadi tidak salah jika kita meminta supaya Allah memusnahkan penentang-penentangNya yang berbuat zalim ke atas kita. Yang menjadikan kita turut merasa waswas ialah sebab mereka itu satu kulit satu bangsa dengan kita walaupoun kita sedar mereka sangat membenci dengan Islam, baik dengan perbuatan atau perkataan mereka. Jadi kita ragu untuk mendoakan kemusnahan mereka.

Kekadang saya terfikir….kita ni kadang sabar tidak bertempat, akur tanpa bersyarat. Orang nak buat apa pun kat kita, hmmm..sabar ajelah, Tuhan kan ada. Orang nak bunuh atau penjarakan kita, hmmm…sabar ajelah, Tuhankan ada. Kadang seolah-olah kita ni dah jadi macam puak Muktazilah, Qadariah atau Jabariah. Berserah pada nasib dan ketentuan Tuhan tanpa ada usaha ikhtiar yang konstruktif. Sebab itulah kita ni mudah sangat diperkotak-katikkan oleh musuh (BN). Sebab mereka sedar kelemahan kita. Tengoklah Memali dulu. Kena bunuh 14 orang pun kita sabar juga. Memang sabar itu baik, tapi kalau dah sabar sampai diperbodoh-bodohkan oleh musuh pun tidak betul juga. Saya bukannya nak mengajak supaya kita berperang mengangkat senjata melawan BN, tapi bukankah masih ada cara lain yang lebih hebat boleh kita lakukan ? Kita membenci musuh kita tapi dalam masa yang sama kita membiarkan musuh kita terus bermaharajalela dan kita cuma mampu bertempik ke sana bertempik ke sini. Walhal kita punya banyak pilihan untuk menghapuskan musuh kita itu. Renungkanlah !

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com