Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

NYALAKAN KEMBALI API REFORMASI, PERSETANKAN DOLLAH BADAWI !!

Hari ini , 19 Januari 2000 Dollah Badawi berkokok sebiji macam tuannya Si Mahafiraun, memberi amaran tindakan akan diambil kepada perhimpunan reformasi yang dirancang pada 25 Januari depan. Kununnya perhimpunan kita tersebut sia-sia dan tidak dapat ‘membantu’ Anwar sedikit pun dalam perbicaraannya di mahkamah. Semenjak akhir-akhir ini nampaknya Dollah ni makin nyaring berkokok, laksana ayam jantan yang baru nak tumbuh taji. Sebagai mahu meyakinkan tuannya, Dollah cuba sedaya upaya untuk menjadi ‘klon’ Si Mahafiraun, berkokok penuh gah seolah-olah Malaysia ni bapak dia yang punya dan orang lain tak punya hak untuk bersuara atau berbuat sesuatu menurut lunas-lunas demokrasi. Rasanya si ayam jantan yang baru nak tumbuh taji ni akan semakin cepat patah kepaknya jika berlebih-lebih sangat nak berlagaknya.

Berbalik kepada DSAI, sebaik sahaja Si Mahafiraun membubarkan Parlimen pada 18 November lepas, Ariffin Jaka yang berpura-pura buat sakit belakang telah menangguhkan kes perbicaraannya ke suatu tarikh yang tidak dinyatakan. Sehinggalah selepas pilihanraya, tarikh baru dipilih pada 25 Januari depan. Semenjak penangguhan tersebut, kita tidak mendapat sebarang berita tentang Anwar, samada hidup atau mati, sihat atau sakit. Baik daripada mulut peguam-peguamnya sendiri ataupun daripada Kak Wan sendiri. Samada pada hariraya baru-baru ini Kak Wan dibenarkan melawat Anwar atau sebaliknya atau bila kali terakhir Kak Wan dapat melawat Anwar, langsung tiada perkhabaran berita.

Manakala Harakah pula langsung tidak menyiarkan apa-apa berita tentang Anwar selepas pilihanraya berakhir. Mungkin disebabkan tiada maklumat mengenainya. Saya juga merasa hairan kenapa Anwar telah ‘disenyapkan sebegitu rupa dan SEOLAH-OLAH ADA PERCUBAAN UNTUK MEMADAMKAN TERUS INGATAN RAKYAT KEPADA TOKOH TERBILANG TERSEBUT. Mana tahu, mungkin para peguam Anwar dan Kak Wan sendiri telah diberikan amaran tertentu oleh regim Mahafiraun tersebut supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa juga mengenai diri dan keadaan Anwar di penjara. Mungkin juga dengan ugutan tidak membenarkan melawat lagi jika keluar sebarang kenyataan daripada mulut Kak Wan. Saya rasa ada “something wrong” dengan strategi ‘mensenyapkan’ Anwar selepas pilihanraya baru-baru ini. Orang–orang Penjara Sg Buloh yang menyokong reformasi juga nampaknya tidak lagi mengirim sebarang maklumat ke website reformasi, tidak seperti mana sebelum pilihanraya dulu. Mungkinkah mereka telah dibrainwashkan oleh bos-bos mereka ? Atau mungkinkah wujud sebarang konsensus antara Peguam Negara dengan peguam-peguam Anwar untuk membebaskan beliau dengan ikat jamin? Mungkinkah ini suatu ‘tawaran’ regim Mahafiraun sebagai suatu usaha untuk mengendurkan kemarahan dan kebencian rakyat dan mengembalikan semula sokongan kepada UMNO menjelang pemilihan parti Mei depan ?

Kepada para penyokong Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia sekalian, suka saya memberi ingatan, walau apa pun tipu daya dan muslihat regim Mahafiraun untuk mengelabui kita, perjuangan suci ini mesti diteruskan. Kali ini kita lancarkan pula perjuangan Gerakan Reformasi Total untuk meneruskan perjuangan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya 4 atau 5 tahun lagi. Saya mintak sangatlah kepada orang-orang kita ni, jangan sekali-kali mudah kendur dan luntur semangat. Jangan jadi kita ni cuma bersemangat berapi-api hanya ketika sesuatu isu itu hangat diperkatakan atau ianya baru berlaku sahaja. Bila dah lama sikit, semangat kita dah mula kendur, mula luntur, mula tawar. Itu bukan orang perjuangan namanya. Kita mesti istiqamah dan konsisten dalam perjuangan ini. Selagi matlamat kita belum tercapai, tiap saat dan detik kita perlu memiliki jiwa yang sentiasa membara dengan api perjuangan. Jangan cepat mundur atau hambar dengan suasana yang membelit sekeliling kita. Jangan pentingkan diri dan jangan mudah terkulai dengan godaan sekeliling yang bisa melemahkan semangat perjuangan kita. Tepis dan kesampingkan apa jua yang boleh menggugat niat dan tekad kita untuk meneruskan perjuangan ini. Mungkin semangat “agi idup agi ngelaban” itu amat tepat untuk kita resapkan ke dalam jiwa kita supaya menjadi suatu obor yang ssentiasa membara dan menerangi perjuangan kita ini.

Saya perhatikan sebahagian daripada kita, semenjak lepas pilihanraya ini sudah kurang memberikan perhatian kepada tuntutan-tuntutan reformasi ini. Jika diperhatikan jumlah pengunjung Laman Reformasi juga telah menurun daripada 100,000 sehari kepada cuma 80,000 sahaja sehari. Ini tidak sihat kepada perjuangan kita. Sepatutnya azam dan tekad kita makin kuat dan bulat, apatah lagi setelah melihat kejayaan kita menumbangkan regim BN di Terengganu dan mengekalkan Kelantan, selain peningkatan jumlah kerusi di beberapa buah negeri yang lain. Ini perlu menjadi perangsang dan pendorong untuk kita terus berjuang dan berjuang dengan lebih gigih lagi dan kita jangan pedulikan rintangan yang cuba dicetuskan oleh musuh-musuh kita.

Oleh itu saya menyeru kepada semua pendokong dan penyokong Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia sekalian, orang-orang muda ni, anak-anak harapan bangsa, anak-anak yang menjadi benteng negara ini supaya hadir beramai-ramai pada 25 Januari ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan sokongan moral dan rasa kecintaan kepada Pemimpin Agung Gerakan Reformasi kita. AYUH BANGKITLAH WAHAI ANAK-ANAK MUDA, BANGKITLAH WAHAI ANAK-ANAK HARAPAN BANGSA, BANGKITLAH ANAK-ANAK BENTENG NEGARA. MARI KITA GEGARKAN KEMBALI IBUKOTA DENGAN LAUNGAN R E F O R M A S I seperti mana bergegarnya ia ketika semangat kita begitu membara pada tahun lepas dan hujung 1998 dulu.

AYUH ! BANGKITLAH WAHAI ANAK-ANAK MUDA ! AYUH ! KITA PERSETANKAN DOLLAH BADAWI. MARI KITA NYALAKAN SEMULA API REFORMASI INI. BIAR IA MEMBAKAR TIDUR LENA MAHAFIRAUN DAN DOLLAH BADAWI. BIAR IA MEMBAKAR MIMPI INDAH MANUSIA-MANUSIA DURJANA ITU DAN KITA LONTARKAN LAUNGAN ITU BIAR MENJADI IGAUAN NGERI BUAT MEREKA . AYUH ! AYUH ! AYUH ! MARI KITA PENUHKAN KEMBALI SETIAP RUANG DAN INCI DI SEKITAR MEDAN PERJUANGAN KITA DULU. BIAR KALI INI ANWAR BANGGA DALAM SYUKUR. BIAR KALI INI ANWAR KETAWA DALAM HIBUR. BIAR KALI INI ANWAR SEDAR DALAM SABAR – BAHAWA DI LUAR TEMBOK PENJARA INI, MASIH RAMAI LAGI ANAK-ANAK BANGSA YANG MENJULANG BELIAU. BIAR ANWAR SEDAR, BAHAWA DI LUAR TEMBOK DAN GERIGI BESI YANG MELINGKARI JASAD BELIAU, MASIH RAMAI LAGI ANAK-ANAK BANGSA INI YANG MENYAYANGI DAN MENYANJUNG BELIAU. BANGKIT BANGUNLAH WAHAI ANAK-ANAK MUDA MALAYSIA. BANGKITLAH ! JANGAN PADAMKAN API YANG TELAH KITA NYALAKAN DULU. MARI KITA MARAKKAN KEMBALI, MEMBAKAR BUNGA-BUNGA KESOMBONGAN JAHILIYYAH PARA PEMIMPIN MUNAFIK ITU.

Persetankan amaran manusia-manusia munafik. Persetankan amaran manusia-manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan menjadi kaldai tunggangan syaitan, yang menghuni mahligai dewa-dewa kayangan, yang membiarkan rakyat kelaparan dan kesengsaraan di sebalik tabir ningrat mereka. Persetankan polis-polis FRU yang menjadi anjing-anjing suruhan manusia-manusia hipokrit itu. BIAR SERIBU HALANGAN, BIAR SERIBU RINTANGAN, BIAR SERIBU DUGAAN, BIAR SERIBU ANCAMAN, NAMUN…. LAWAN TETAP LAWAN !!!

[ Kali ini kita tukar pula strategi kita. Kalau dulu poster dan banner kita lebih kepada pengecaman dan mengutuk Mahafiraun, tapi kali ini kita buat banner dan poster besar-besar dan banyak-banyak, misalnya “BEBASKAN ANWAR DENGAN IKAT JAMIN” , ‘BEBASKAN PEMIMPIN KAMI’ , ‘HENTIKAN PERBICARAAN LIWAT INI’, ‘ ARIFFIN JAKA JANGAN JADIKAN MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH KANGGAROO”, “ JANGAN LACURKAN KELUHURAN UNDANG-UNDANG UNTUK NAFSU MAHAFIRAUN ” dan sebagainya].

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com