Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

POLIS PERLUKAN SUNTIKAN IMAN

Suatu waktu dulu, pasukan polis Malaysia merupakan sebuah pasukan yang begitu dikagumi dan dihormati oleh rakyat negara ini. Kejayaan, kecekapan, kepantasan, kebijaksanaan dalam membendung dan menumpaskan jenayah begitu terserlah dan amat membanggakan sekali. Saya merupakan salah seorang pengkagum pasukan polis kita suatu waktu dahulu. Bila ada saja kejayaan pasukan polis menumpaskan penjenayah yang besar-besar, saya merasa begitu gembira dan bangga sekali. Kecekapan pasukan polis kita menjejaki penjenayah dengan begitu profesional dan menyelesaikan satu-satu kes begitu cemerlang.

Tetapi bagi saya, itu semua sudah berlalu dan menjadi suatu sejarah yang patut dimasukkan ke dalam arkib PDRM sahaja. Selepas berlakunya tragedi 2 September 1998, seluruh kepercayaan dan penghormatan saya kepada pasukan polis musnah sama sekali. Musnah seperti mana musnahnya bangunan yang dilanda gempa bumi. Rasa hormat, kagum, percaya dan segala rasa positif saya terhadap polis Malaysia sudah terhapus. Pengeluaran afidavit super lucah oleh Musa Hassan untuk memfitnah DSAI dan Dato Nalla merupakan detik pertama yang melupuskan penghormatan saya terhadap pasukan polis.

Kemudian disusuli oleh tangkapan demi tangkapan terhadap mereka yang dikaitkan dengan DSAI seperti Dr Munawwar, Sukma dan Meor serta kekejaman yang dilakukan oleh polis di bawah bajingan Musa Hassan dan anjing-anjingnya yang lain ketika di bawah KPN Rahim The Bapak Anjing menambahtebalkan rasa benci saya terhadap pihak polis. Pada saya mereka yang menjadi polis ini manusia yang tidak berhati perut, kejam, ganas, buas dan akan berbuat apa saja demi mentaati hawa nafsu tuan-tuan mereka yang menjadi pemimpin politik. Seolah-olah manusia yang menjadi polis itu tidak ada akal dan otak yang boleh berfikir, tidak ada iman dan akidah yang menjadi benteng dan pertimbangan dan tidak ada perasaan yang boleh menjadi neraca pertimbangan mereka dalam memikirkan sesuatu perkara yang diarahkan oleh tuan-tuan politik mereka.

Kekejaman dan kebrutalan pasukan polis Malaysia amat terserlah ketika era Rahim The Bapak Anjing menjadi KPN. Ketika Si Samseng Brengsek itu menjadi KPN, polis begitu bermaharajalela menembak orang itu dan orang ini. Pantang terserempak dengan gerak geri yang ‘pelik’ sikit terus dimuntahkan peluru. Tidak hairanlah ramai rakyat yang tidak berdosa, termasuk wanita sedang mengandung turut terkorban. Bila orang awam tersebut mati ditembak, mudah sangatlah pihak polis ini menjustifikasikan tindakan mereka itu dengan alasan-alasan dangkal yang tak masuk akal, tetapi direka-reka untuk menutup imej jahat anggota mereka. Seolah-olah menjadi polis itu suatu lesen untuk membunuh orang atas nama “mempertahankan diri”, penjenayah merbahaya, orang yang disyakki dan sebagainya.

Bukti terakhir yang nampak kita lihat kejahatan polis ini ialah pembunuhan seorang doktor di Sg Besi oleh seorang anggota polis dari Sarawak pada akhir tahun lepas. Alasan polis tersebut menembak doktor itu ialah kerana “mempertahankan diri” kerana kununnya doktor itu mahu merempuhnya dengan kereta. Logikkah alasan itu sedangkan beliau mendakwa mahu memeriksa kereta yang disyakki tersebut dengan mengetuk tingkap kereta doktor itu. Kalau beliau mahu dirempuh, sudah tentu polis itu berada di depan kereta, bukannya di sisi pintu pemandu. Nampak sangat perbuatan itu disengajakan. Kes pembunuhan Along yang heboh diperkatakan minggu lepas tidak mahu saya persalahkan polis kerana ianya bersabit perkara peribadi polis berkenaan. Ini kes berkecuali. Saya hanya mahu melihat kes yang mana polis sedang ‘memakai uniformnya’.

Cemar dan kotornya imej pasukan polis kita ini paling ketara sekali kelihatan semasa mereka mengawal perhimpunan reformasi semenjak DSAI dipecat dulu. Siri-siri keganasan dan kekejaman polis terutama di zaman Rahim The Bapak Anjing menjadi KPN akan terakam dalam minda majoriti rakyat negara ini, sebagai paling malang dan mengaibkan dalam sejarah peradaban bangsa Malaysia. Demi hanya mahu menyelamatkan seorang manusia durjana bergelar Mahafiraun, polis tanpa segan silu sanggup melacurkan maruah mereka dengan harga yang paling murah dari bayaran melanggan seorang pelacur di kaki lima Lorong Hj Taib. Bayangkanlah wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak bersalah dipukul dan dibantai dengan kejam tanpa belas kasihan, seolah-olah polis itu sudah menjadi makhluk yang kerasukan syaitan. Apakah rakyat yang berhimpun aman dan melaungkan teriakan reformasi dan ‘step down Mahathir’ itu terlalu besar dosanya sehingga sanggup dibalun sebegitu rupa, berdarah dan pecah kepala, berjahit luka, disembur air kimia dan sebagainya. Seolah-olah manusia yang memakai uniform FRU dan PGA itu terdiri dari bangsa Yahudi dan Nazi, yang tidak bertuhankan Allah s.w.t dan tidak percaya akan adanya pembalasan hari akhirat terhadap perbuatan mereka.

Walaupun prinsip pasukan polis ialah taat kepada ketua, tetapi tidakkah mereka itu mempunyai akal dan perasaan dalam menjalankan tugas mereka, hinggakan tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara memenuhi hawa nafsu manusia durjana si Mahafiraun ataupun sememangnya rakyat yang berhimpun itu sedang melakukan dosa besar, yang perlu ditumpaskan secara ganas dan kejam ? Tidakkah manusia-manusia polis itu sedar bahawa rakyat yang berhimpun itu adalah secara aman dan tidak berbuat rusuhan apa-apa. Yang mencetuskan rusuhan dan kekacauan ialah pihak polis sendiri yang menjadi SB-SB, iaitu sekelompok pasukan paling bangsat dalam PDRM, yang tugasnya cuma mengumpulkan maklumat perisikan untuk tuan-tuan politik mereka, demi mencengkam pengaruh ke atas pihak lawan. Inilah dilema pasukan polis kita yang berkhidmat di bawah sebuah kerajaan yang bertuhankan iblis dan syaitan dalam tindak tanduk mereka. Walaupun tulisan saya ini terlalu keras dan pedas, namun inilah hakikat yang perlu pihak polis akui.

Saya sama sekali tidak percaya dan dapat menerima jika pihak polis memberikan alasan untuk menjaga undang-undang dan keselamatan awam sebagai justifikasi tindakan mereka dalam kes sebegini. Kepada orang-orang kampung yang tidak berpelajaran mungkin mereka boleh berbohong sejuta kali sekalipun, tetapi tidak kepada golongan educated yang boleh melihat dan berfikir akan justifikasi dan akibat tindakan polis itu. Dalam kes DSAI umpamanya, pihak polis akan bertindak sepantas kilat jika ianya menggugat regim jahannam Mahafiraun tetapi akan menjadi lembab dan bengap jika perkara itu terkena batang hidung para pemimpin munafik itu. Laporan rasuah Rafidah Aziz, Daim Zainuddin, Rahim Tamby Chik dan sebagainya, kenapa didiamkan begitu sahaja ? Kenapa sampai sekarang ianya diperam tanpa sebarang tindakan ? Nampak sangat pihak polis ini hanya berani mengambil tindakan kepada golongan yang lemah dan tidak berkuasa sahaja dan nampak sangatlah tindak tanduk mereka bukan sahaja berat sebelah malah teramat kerdil dan bangsat sekali. Nampak sangatlah yang polis ini hanya berani bertindak dan menjustifikasikan tindakan mereka dengan menurut akta itu dan akta ini, seksyen itu dan seksyen ini cuma ke atas mereka yang tidak punya kuasa. Dan nampak sangatlah yang polis ini bukannya berkhidmat demi rakyat tetapi demi tuan-tuan politik mereka yang menjadi syaitan-syaitan yang berkuasa.

Saya faham dilema yang dihadapi oleh pihak polis, terutama oleh Norian Mai dalam menangani kes-kes sebegini, kes-kes yang melibatkan manusia-manusia munafik yang menjadi pemimpin politik, yang akan menggunakan pihak polis untuk melindungi jenayah mereka tetapi membiarkan polis bertindak ke atas musuh-musuh mereka tanpa belas kasihan. Alasannya mudah….lawan mereka melanggar undang-undang itu dan ini dan ada kes untuk mensabitkan mereka. Inilah jawapan yang dibuktikan oleh Dollah Badawi yang tak berapa cerdik tu untuk menghalalkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang dua minggu lepas.

Dilema pasukan polis ini akan bertambah buruk lagi sekiranya ada di antara anggotanya yang serupa dengan Musa Hassan si durjana itu. Manusia bernama Musa ini akan sanggup berbuat apa sahaja demi mentaati tuan-tuan politiknya dan untuk faedah dirinya . Biar maruah dan nama baik orang tuanya dilacurkan sekalipun, sanggup dipersetankannya. Biar maruah keluarganya dileburkan sebegitu rupa sekalipun, dipersetankannya. Inilah istimewanya si bangsat yang bernama Musa Hassan ini. Sepatutnya makhluk perosak yang bangsat seperti Musa ini dihumban sahaja dari pasukan polis dan dilontar ke pulau yang hanya didiami oleh monyet dan beruk sahaja.

Imej, maruah, integriti dan penghormatan rakyat terhadap pasukan polis akan selamanya buruk dan tercemar selagi mereka berada statik dengan apa yang mereka miliki sekarang. Memang tidak mudah untuk memulihkan maruah yang sudah tercemar. Memang tidak mudah untuk melahirkan kembali kepercayaan yang telah pudar. Memang tidak mudah untuk menebus kembali penghormatan yang telah sirna. Namun jika pihak polis sendiri sedia dan sanggup untuk merobah imej mereka, rasanya segala yang telah luput itu akhirnya akan kembali semula. Segala yang pudar itu akan kembali bersinar. Dalam soal ini saya begitu tertarik dengan pasukan tentera kita yang mempunyai kor agamanya sendiri, yang dikenali sebagai KAGAT.

Saya kurang pasti akan tarikh sebenar bila KAGAT ditubuhkan, tetapi kalau tak silap ingatan saya ianya semenjak kemasukan Anwar ke dalam kerajaan pada tahun 1982 dahulu. Saya masih ingat di tahun-tahun 60an dan 70an dahulu, pasukan tentera kita adalah antara pasukan yang agak buruk amalan Islamnya. Maklumlah masa tu lebih kepada “British oriented” sebab baru merdeka. Minum arak adalah imej utama angota tentera kita dahulu. Di mes-mes tentera arak seolah-olah macam air mineral sekarang. Tetapi semenjak penubuhan KAGAT, amalan-amalan jahiliyyah tersebut telah berjaya dihapuskan dan digantikan dengan program pengisian dan penghayatan iman dan Islam di kalangan anggota tentera, seperti ditanamkan kefahaman jihad dan sebagainya. Sebab itu kita lihat amalan Islam di kalangan anggota tentera adalah lebih baik daripada pasukan polis.

Saya percaya jika pihak polis sendiri bersedia menubuhkan kor agamanya sendiri seperti mana tentera, segala amalan-amalan buruk anggota polis seperti rasuah, membunuh sesuka hati, kejam, brutal, samseng, jadi perompak, perogol dan sebagainya akan dapat dibendung atau dikurangkan. Kalau tentera ada KAGAT, apa salahnya polis menubuhkan KAGAP (Kor Agama Polis). Dollah Badawi yang kurang cerdik jadi TPM dan menteri KDN itu sepatutnya berfikir secara proaktif akan hal ini demi memulihkan imej polis yang teruk tercemar dek kerana menuruti nafsu Mahafiraun itu. Norian Mai juga sepatutnya membuat pengesyoran perkara sebegini sebagai salah satu alternatif langkah-langkah yang diambil untuk pemulihan imej pasukan yang tercemar [ Saudara Norian, saya masih menghormati anda kerana telah menyelamatkan Anwar ketika mahu disuntik virus HIV oleh Rahim The Bapak Anjing ketika dalam lokap dahulu].

Penubuhan kor agama bagi polis amat penting demi memastikan generasi kepolisan tidak terus hanyut dalam lembah dosa dan kejahatan. Isu paling ketara dalam polis misalnya perbuatan rasuah, sudah tentu akan dapat dibendung jika setiap anggotanya sudah memahami nilai-nilai agama. Mereka akan berfikir banyak kali sebelum melakukannya kerana ajaran agama yang teguh akan menjadi benteng iman yang kuat untuk menahan bisikan nafsu. Perbuatan menembak orang awam dengan berselindung di sebalik uniform, kemudiannya menjustifikasikannya dengan alasan yang direka-reka , sudah tentu dapat di atasi kerana pegangan agama yang padu akan menjadi pemangkin seseorang dari alpa akan tanggungjawabnya di hadapan Allah nanti.

Percayalah. Pasukan polis akan selamanya hanyut dan bergentayangan dengan haluan fantasi para pemimpin politik munafik Barisan Nasioanl itu selagi sesuatu yang konkrit berasaskan nilai-nilai agama tidak dilaksanakan. Rasa takut dan inferior dengan manusia-manusia munafik yang menjadi menteri-menteri itu akan sentiasa mencengkam pihak polis dalam melaksanakan tugas mereka dengan profesional selagi polis sendiri tidak mempunyai jatidiri yang teguh dan mantap sebagai seorang Muslim atau penganut agama masing-masing yang taat. Jika tidak, imej pasukan polis hanya kelihatan cantik di mata Yusof Haslam dalam Gerak Khas dan Roda-Roda Kotaraya sahaja.

Perhimpunan aman rakyat pada 25 Januari ini akan menjadi batu ujian akan kebenaran tulisan saya ini dan Norian Mai akan teruji lagi kewibawaannya, samada untuk melutut dengan tuntutan nafsu Dollah Badawi yang kurang cerdik itu, dengan bertindak keras ke atas rakyat yang berhimpun secara aman itu, atau bergelut dengan dilemma yang menghantui dirinya dalam menimbangkan soal dosa dan pahala.

NORIAN ! BERIKANLAH SUNTIKAN IMAN KEPADA ANGGOTA PASUKAN MU ! KELAK SAUDARA AKAN SEJAHTERA DUNIA DAN AKHIRAT.

[Norian, maafkan saya kerana tulisan ini agak keras dan pahit, tetapi ubat yang mujarab biasanya tidak semanis madu ! Dan mungkin juga saudara menganggap saya agak emosional tetapi bukankah emosional kadang kala bagus untuk menjelaskan sesuatu ? ]

Cucu Datuk Bahaman
22 Januari 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com