Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


HAMPIR PASTI ! PAS AKAN DIHARAMKAN GUNA “ISLAM” PADA NAMA PARTI.

Daripada maklumat yang saya perolehi, kerajaan UMNO/BN hampir pasti akan membuat pengharaman penggunaan perkataan ‘Islam’ pada nama parti itu tidak berapa lama lagi. Ini bermakna, PAS tidak lagi boleh disebut sebagai “Parti Islam SeMalaysia” apabila undang-undang larangan mengenainya akan digubal tidak lama lagi. Ini adalah sebagai memenuhi hasrat sebahagian perwakilan UMNo yang membuat usul dalam Perhimpunan UMNO dan ianya telahpun dipersetujui oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Mahathir Kutty.

Pengharaman perkataan Islam ini atas alasan ianya ‘mengelirukan’ umat Islam sebenarnya sengaja diada-adakan berikutan kebimbangan yang amat mendalam di kalangan pucuk pimpinan UMNO akan merebaknya pengaruh dan kekuatan PAS menjelang pilihanraya akan datang. Menurut sumber-sumber UMNO, langkah-langkah awal ke arah itu telah pun bermula, iaitu dengan menyekat ceramah-ceramah terbuka oleh PAS/Keadilan, mengharamkan ceramah oleh pemimpin-pemimpin PAS, membendung ceramah agama di masjid dan surau, mengehadkan penerbitan Harakah dan sebagainya lagi.

Apabila ini berlaku, akan terjadilah keadaan seperti di Indonesia dan Turki dimana parti-parti yang menggunakan nama-nama Islam diharamkan dan terpaksa menggunakan nama-nama lain. Saya amat berharap agar pucuk pimpinan PAS mengambil langkah-langkah SEGERA dan proaktif serta mencari alternatif-alternatif sesuai untuk menghadapi keadaan yang tidak dapat dijangkakan tidak lama lagi. Langkah-langkah awalan dan konstruktif hendaklah diambil segera sebelum masanya tiba. Selain mengadakan solat hajat meminta pertolongan Allah, langkah-langkah alternatif haruslah dicari sesegera mungkin. Saya harap pimpinan PAS tidak memandang ringan perkara ini kerana implikasinya cukup besar kepada perjuangan PAS sendiri.

Tidak lama dulu saya pernah menulis satu artikel bertajuk, “Solat Hajat dan Yaasin 7 Mubin Untuk UMNO”. Antara lain saya mengesyorkan supaya dilakukan solat hajat dan bacaan Yaasin pemusnah ke atas UMNo tersebut. Ini kerana jika dibiarkan, parti puaka tersebut akan terus mengganas dan menindas Islam dan umatnya dengan kuasa yang ada pada mereka. Saya berpendapat, oleh kerana keterbatasan kita dari segi kuasa dan keupayaan untuk menentang UMNO/BN yang memiliki segala kekuatan jentera kerajaan Cara yang paling afdhal ialah mengadakan solat hajat pemusnah. Cukuplah kita bersabar dengan karenah dan kejahatan UMNO/BN ini Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum sebelum menangis tidak berlagu, saya harap jangan lagi kita terlalu ‘berkira’ terhadap UMNo/BN ini kerana kesabaran kita sebenarnya banyak yang merugikan diri sendiri. Marilah kita mengadakan solat hajat pemusnah dan qunut nazilah kepada UMNO/BN ini sebelum mereka menjadi terlalu liar dan akan tiba suatu hari nanti, orang Islam nak memasuki masjid pun akan dihalang dan dihalau. Insiden di Masjid Negara pada Black 14 baru-baru ini merupakan bibit-bibit yang mula menelurkan tunas ke arah itu. Ayuhlah pimpinan PAS/Keadilan. Kita hancurkan UMNo sebelum mereka menghancurkan kita. Semoga Allah menghalang niat jahat pemimpin UMNo terkutuk itu.

CUCU DATUK BAHAMAN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com