Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


KEMULIAAN NABI S.A.W. TIDAK BOLEH DIJADIKAN BAHAN PERLECEHAN

Terima kasih kepada Sdr. Anak Mak Long Sorah yang telah memberikan reaksi kepada tulisan saya yang sememangnya agak keras dalam artikel bertajuk “Apabila Tikus Mengaum Seperti Singa Sarkas” kelmarin. Saya tidak bertujuan untuk memanjangkan polemik kerana saya tidak gemarkan polemik yang mungkin tidak berkesudahan. Saya akui ‘pukulan’ saya kepada Mahathir bersabit ucapannya yang menyentuh tentang kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Ucapan Dasarnya baru-baru ini memang keras dan seakan-akan penuh dengan emosi. Saya tahu tulisan sedemikian bisa mengundang reaksi dari pelbagai pihak, namun ingin saya jelaskan di bawah berkait dengan ucapan Mamak Tongkang tersebut.

Saya tidaklah marah sangat jika Mahathir menghentam Anwar yang telah menjadi seterunya, walaupun hentamannya itu merupakan cerita basi yang diulang tayang beribu kali sekalipun. Saya masih boleh mampu mengawal tahap ledakan kemarahan saya jika hanya Anwar dan PAS yang menjadi sasaran. Tetapi apabila Mamak Tongkang tersebut menyentuh mengenai kemuliaan Rasulullah s.a.w., sekalipun maksudnya cuma mungkin mahu membuat misalan, saya sama sekali tidak dapat menerima.

Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Anak Mak Long Sorah tersebut, tetapi saya rasakan ‘simpati’ saudara kepada Mamak Tongkang itu tidak kena pada tempatnya. Saudara perlu kena memahami dengan mendalam dalam soal kemuliaan dan ketinggian Junjungan Nabi s.a.w., yang mana adalah HARAM sama sekali untuk kita membuat apa-apa contoh, misalan, perumpamaan, bandingan, dan perkara-perkara yang seumpamanya samada dengan niat bergurau, atau serius, akan sesuatu perkara yang boleh dianggap atau disifatkan sebagai telah atau akan menghina, merendah-rendahkan, memperlekeh, memperolok-olok, menyindir, membuat misalan yang negatif atau apa jua yang boleh ditafsirkan atau difahami maksudnya, samada nyata atau tersirat, bahawa dengan ucapan atau perbuatan atau niat yang sedemikian itu, akan menjejaskan kemuliaan, ketinggian, keunggulan, keagungan dan kehormatan Nabi s.a.w.

Ini kerana Rasulullah s.a.w. adalah semulia-mulia makhluk, setinggi-tinggi manusia dan seagung-agung insan yang telah dipilih Allah s.w.t. untuk membawa RisalahNya, menjadi KekasihNya dan menjadi Rahmatallil “alamiin. Adalah biadap, kurang ajar, celaka dan binasa sama sekali apabila Mahathir menyebut sedemikian rupa, sekalipun mahu membuat ‘misalan’ mengenai objek syukur yang dimaksudkannya. Kenapa harus menyentuh kemuliaan Nabi s.aw. jika hendak membuat misalan sekalipun. Bukankah masih banyak lagi benda atau orang lain yang masih boleh dibuat misalan atau tamsil? Mengapa perlu disebut sedemikian rupa terhadap Nabi s.a.w. Samada dengan niat atau tidak, ucapan sedemikian adalah ucapan yang tidak layak keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam.

Dan saudara harus ingat, saya tidak yakin sama sekali yang Mahathir membuat ucapan sedemikian semata-mata “untuk memberi gambaran” akan maksud ucapannya bagi perenggan sebelum itu semata-mata. Ini kerana semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1998 dulu, Mahathir pernah menggunakan logik akalnya menyindir tentang janggut Nabi .s.a.w. Jika diperhatikan sudah banyak kali Mahathir menghina dan memperlecehkan hukum hakam Allah, merendah-rendahkan kemuliaan dan keagungan Nabi .s.aw. dll. Adakah selamanya beliau tidak tahu dan tidak faham akan maksud dan kesan ucapannya yang sedemikian ? Oohh tidak. Saya cukup yakin beliau tahu apa ynag diucapkannya. Soal jahil tidak timbul sebab kalau dalam bab lain beliau begitu pandai bercakap, kenapa dalam soal perkara yang melibatkan akidahnya sendiri beliau cuai ? Jadi, dalam ucapan dasarnya minggu lepas, kenapa beliau sengaja membuat perumpamaan sedemikian terhadap Nabi s.a.w. Sudah tidak ada orang lain lagikah yang nak dibuat contoh misalan ? Maksud ucapan Mahathir itu bukan sahaja memperlecehkan Nabi s.a.w bahkan seolah-olah mempertikaikan Ilmu Allah dan kebijaksanaanNya dalam memilih Muhammad s.a.w sebagai RasulNya.

Saya tidak mahu memenatkan jari dan meletihkan otak untuk memberi penerangan yang detail bersabit “pembetulan” yang cuba dibuat oleh Anak Mak Long Sorah pada 17 Mei 2000 kelmarin. Bagi saya, samada tulisan saya itu rasional atau tidak, tidak timbul sebab ucapan Mahathir dan dilihat kembali ucapan-ucapan beliau terhadap kemuliaan Nabi .s.a.w. sebelum ini, maka adalah jelas dan nyata bahawa Mahathir adalah seorang yang sudah rosak akidahnya. Pada saya beliau itu termasuk dalam kategori orang yang disebut oleh Nabi .s.a.w dalam sebuah hadith yang bermaksud, “ Akan datang suatu zaman dimana kamu melihat orang yang pada sebelah paginya beriman dan kufur pada petangnya, dan beriman petangnya tetapi kufur pada sebelah paginya”. Dan saya melihat betapa Mahathir cuba untuk menunjukkan “kebijakkan” kepala hotaknya seolah-olah beliau lebih pandai dari Allah dan Nabi dalam mentafsirkan sesuatu. Beliau mahu mencetuskan kontroversi bukan sahaja terhadap musuh-musuhnya bahkan hatta terhadap Allah s.w.t dan Nabi s.a.w. Dan saya yakin, jika Mahathir itu cuma seorang rakyat biasa sahaja, yang berani mengeluarkan ucapan sedemikian biadap terhadap Nabi .sa.w atau Allah s.w.t., maka sudah lama Allah menurunkan bala ke atasnya. Tetapi untuk pemimpin, Allah ‘menangguhkannya” hingga ke hari Kiamat supaya di sana beliau mendapat habuan azab yang tidak terperi pedihnya. Demikianlah hukum Allah.

Dan ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah semulia-mulia makhluk di sisi Allah s.w.t.. Kita orang Islam sama sekali tidak boleh mengeluarkan ucapan, perkataan atau perbuatan hatta dengan niat sekalipun dengan tujuan untuk merendah-rendahkan atau memperlekehkan atau membuat perbandingan, misalan dan seumpamanya, yang dengan sedemikian itu, boleh atau dapat dianggap sebagai telah atau akan merendah-rendahkan kemuliaan Nabi s.aw. sebagai Utusan Allah, KekasihNya, Penghulu segala rasul dan Penyuluh Sekalian Alam itu.

Adalah suatu kesilapan Sdr Anak Mak Long Sorah seolah-olah menaruh “simpati” dengan cuba ‘membela’ Mahathir dengan mengambil petikan ucapannya sebelum perengggan yang menyentuh Nabi s.a.w. tersebut. Bukan saya tidak faham dengan maksud yang hendak disampaikan oleh Mahathir dalam ucapannya. Tetapi saya tetap menegaskan bahawa batang tubuh Nabi, nama Nabi, perkataan Nabi dan segala-galanya yang bersabit dengan Nabi, tidak boleh sama sekali kita menyebutnya dalam konteks yang negatif (kecuali hadith maudhu’) kerana Nabi adalah Nabi dan tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Dan diambil rentetan ucapan yang lepas akan sikap Mahathir terhadap Allah, Nabi s.a.w. dan Islam itu sendiri, sudah cukup untuk mengatakan bahawa beliau sememangnya berniat jahat dan biadap dengan Nabi .s.a.w. Apa alasan dan dalih sekalipun , Mahathir tetap bersalah. Bukan kerana dia “musuh” kita tetapi kerana keceluparannya terhadap kemuliaan Nabi s.a.w. Tidak ada alasan untuk mencari helah untuk menjustifikasikan ucapan Mahathir tersebut dengan suatu cara yang boleh dianggap sebagai membelanya.

Mahathir jangan ingat Nabi s.a.w. itu semacam mak bapak dia. Ada masa rasa nak hormat, hormat. Ada masa rasa nak lawan, lawan. Nabi s.a.w. jauh lebih mulia dari segala manusia di atas muka bumi ini. Dan berhubung dengan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. ini, dalam satu hadis disebut (maksudnya), “ Barang siapa yang bersalawat ke atas ku sekali, nescaya Allah akan bersalawat ke atasnya 10 kali”. Ini selalu diingatkan oleh khatib pada hari Jumaat. Demikianlah betapa kita disuruh supaya mengagung-agungkan Nabi s.aw. pada setiap saat dan ketika. SIAPA MAHATHIR UNTUK MENGATAKAN KITA TIDAK PERLU MENGAGUNG-AGUNGKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ? Dan suka saya mengingatkan Anak Mak Long agar jangan sekali-kali bersimpati dengan mereka yang membenci Allah dan RasulNya dan cuba pula untuk melebarkan pemikiran sesat dan kufurnya itu ke dalam hati rakyat. Semoga binasalah Mahathir si Mamak Tongkang yang kufur dan munafik itu dan sememangnya dia akan binasa dan celaka !!

CUCU DATUK BAHAMAN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com