Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Inilah Masa Terbaik Menumbangkan Mahathir !

Telah hampir dua tahun kita berjuang dan bermati-matian untuk menentang dan menjatuhkan Mahathir. Sepanjang dua tahun itu pelbagai cara dan bentuk telah kita lakukan, terutama sekali demonstrasi jalanan dan ceramah-ceramah untuk membuka mata rakyat. Bukan sedikit rakyat yang telah menderita disepak terajang, disembur gas pemedih mata dan air kimia, namun tekad kita masih bulat, masih kuat, masih bersemangat. Menjelang pilihanraya umum lalu, kita mendapat suatu momentum yang memberangsangkan dalam perjuangan ini apabila majoriti rakyat mendokong kita dan UMNo kalah teruk dan malu besar.

Sungguhpun perjuangan kita belum menampakkan hasil sebenar, tetapi tekad kita jangan sekali-kali patah di tengah jalan selagi Mahathir si Mamak Gampang itu masih bermaharajalela. Selagi beliau belum ditumbangkan, jangan sekali-kali kita undur, jangan sekali-kali kita kendur. Ini perjuangan untuk keadilan anak bangsa. Ini perjuangan untuk rakyat merdeka. Ini perjuangan untuk menjatuhkan seorang diktator gila. Saat ini, ketika ini, kita mendapat satu peluang terbaik untuk dijadikan batu loncatan, iaitu pendedahan Datuk Shafiee Yahya tentang kejahatan Mahathir yang menghalangnya menyiasat Ali Abolhassan yang rasuah.

Marilah kita jadikan isu ini sebagai kemuncak untuk kita meningkatkan tekanan dan penentangan kepada Mahathir sehingga beliau mengalah. Marilah kita kerahkan seluruh rakyat untuk sama-sama bangkit menentang diktator gila itu. Yang tua, yang muda, yang cacat, yang sempurna, yang pekak, yang bisu, yang bertongkat, yang merangkak, ayuh kita bangun bangkit menjatuhkan si nyanyuk yang bersikap talam sepuluh muka itu. Kalau Anwar dipenjarakan kerana kununnya rasuah menghalang polis, kenapa si gila itu boleh pula bermaharajalela ? Ada berapa undang-undang di negara ini sebenarnya?

Ayuhlah, kita desak dan tekan pihak polis agar segera menangkap Mahathir. Jangan biarkan dia terus bermaharajalela dengan ganas dan buas. Sekalipun nyawa kita melayang, sekalipun tubuh kita dicincang, ayuh pantang pejuang undur ke belakang. Kita jadikan isu ini sebagai klimaks kepada perjuangan kita. Kalau perlu kita bertempur dengan polis, ayuh kita mesti melakukannya. Polis hanya mempertahankan seorang manusia, tetapi ledakan rakyat seluruhnya adalah untuk melindungi berjuta lagi nyawa. Jangan biarkan Mahathir berkuasa lebih lama lagi sebelum bala bencana datang menimpa kita dengan lebih buruk. Kita seret Mahathir ke muka pengadilan. Ayuh, kita jadikan inspirasi rakyat Indonesia menumbangkan Suharto sebagai penyuntik semangat kita. Bangun bangkitlah wahai anak bangsaku. Inilah masa terbaik untuk kita bersatu menumbangkan Mahathir yang berwajah durjana itu. Jadikan isu ini untuk mengheretnya ke muka pengadilan. Kita tidak boleh bersabar lagi. Wajah sebenar beliau telah terpampang di depan mata kita. Dan polis pula, berhentilah menjadi anjing-anjing si gila itu. Marilah bersama rakyat terbanyak memperjuangkan kemerdekaan kedua ini. Dan para tentera pula, celiklah mata mu dan bangunlah dari lena tidur mu. Ayuh ! Bangun bangkitlah anak bangsaku , anak-anak Malaysia merdeka !! NYALAKAN SEMULA API REFORMASI. BIAR IA MEMBAKAR HANGUS KESOMBONGAN SI DIKTATOR ITU !

Salam Berjuang dari,

Cucu Datuk Bahaman
25 June 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com