ÃÄUUUUÅÆÇÈÉÊËÌÍÎÏÐÑÒÓÔUUUUÕÖ×ØÙÚÛÜÝÞßàáâãäUUUUåæçèéêëìíîïðñòóôÕTUUõö÷øùúûüýþÿãøUUUU     UUUU !"#$ªªjU%&'()Ù+<-8./0123456UU­ª789:;<>8?@ABCDEF]UUUGHIJKLMNOPQRSTùòY˜UUuUZ[\]^Ù;uØvwxuk balik ke Laman Tranung Kite">


ADAKAH ANJING YANG SETIA AKAN MENGGIGIT TUANNYA ?

Anjing merupakan sejenis binatang yang amat setia kepada tuannya. Sebab itulah anjing merupakan binatang yang banyak digunakan oleh manusia, bukan sahaja untuk menjaga rumah, malah untuk berburu, menyerang, mengesan dan menjadi teman manusia. Dalam pasukan polis sendiri, anjing banyak digunakan untuk mengesan penjenayah dan dadah, malah polis mempunyai Unit Anjingnya sendiri untuk tugas –tugas yang dimaksudkan tadi.

Saya membawakan kisah anjing ini bukanlah dengan niat untuk menghina atau merendah-rendahkan sesiapa tetapi untuk memberi suatu gambaran betapa kesetiaan anjing kepada tuannya, dari satu segi amatlah wajar dicontohi, tetapi dari satu segi yang lain ianya adalah satu keburukan yang amat menjijikkan. Saya ingin membuat perbandingan ini terhadap pasukan polis kita yang semenjak Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa kebuasan dan keganasan si puaka Mahathir hampir 2 tahun yang lalu, benar-benar menunjukkan perangai seperti anjing dalam tindakan mereka ke atas orang yang tidak sehaluan dengan pemerintah. Garang dan buasnya polis ke atas rakyat yang tidak berdosa semata-mata kerana menentang kezaliman Mahathir, bukan main lagi lagaknya dan saling tak tumpah umpama seekor anjing yang saya nyatakan tadi. Tetapi apabila sesuatu kes itu melibatkan pihak pemerintah, polis akan ‘mengedek-gedekkan’ ekornya dengan sejuta alasan dan dalih. Kita lihat beberapa contoh yang sudah termaklum yang melibatkan integrasi polis Malaysia, seperti di bawah 5 Laporan Polis DSAI ke atas Rafidah Aziz, Daim Zainuddin dan kroni dimana sehingga sekarang polis tidak mengambil sebarang tindakan walhal telah setahun lebih laporan itu telah dibuat.

Laporan Polis Berhubung Dakwaan Dato’ Shafiee Yahya

Pada 12 Jun lepas, Dato Shafiee Yahya telah mendedahkan di mahkamah betapa Mahathir telah mengarahkan agar kes rasuah Ali Abolhassan ditutup. Perbuatan Mahathir tersebut merupakan satu jenayah yang terang-terangan dilakukan oleh seorang manusia yang ‘kununnya’ menentang amalan rasuah dan sanggup memenjarakan bekas timbalannya sendiri atas dakwaan dan tuduhan yang sama sebelum itu. Serentak dengan itu DSAI telah membuat laporan polis meminta agar disiasat perbuatan jenayah tersebut. Ini diikuti dengan gerakan laporan secara besar-besaran oleh Pemuda Keadilan yang diketuai oleh Sdr Ezam ke seluruh negara. Laporan demi laporan dan tandatangan rakyat telah dikutip untuk menunjukkan kesungguhan mereka mendesak pihak polis menyiasat Mahathir.

Episod membuat laporan polis secara besar-besaran ini rupanya telah mengecutkan perut dan telur Mahathir serta membuatkan beliau tidak dapat tidur lena. Manakan tidak, bimbang juga kalau-kalau si Norian Mai ‘turun syehnya’ dan mengarahkan agar Mahathir ditangkap. Gerakan laporan yang dibuat oleh Pemuda Keadilan inilah yang menyebabkan Mahathir tidak senang duduk sekembalinya dari Mesir. Serba tak kena dibuatnya dek laporan polis yang luar biasa itu. Hendak dinafikan mana boleh sebab apa yang dikatakan oleh Dato Shafie itu memang sesuatu yang benar. Tiada yang tidak benar melainkan semuanya benar ! Kita perhatikan sekembalinya dari Mesir itu, Mahathir tiba-tiba menjadi seorang yang ‘pendiam’.

Persoalannya sekarang ialah, beranikah polis yang diketuai Norian Mai, yang mendapat pangkat dan jawatan sebagai KPN itupun atas kesian belas dari Mahathir, untuk menangkapnya ? Berbeza dengan Rahim si Bapak Anjing dulu, si Norian ni nampak ‘low profile’ sikit. Mungkin untuk menampakkan profesionalismenya sebagai seorang yang ‘berkecuali’ dalam isu-isu tertentu. Saya berpendapat, seekor anjing yang jinak dan sentiasa mendapat jagaan yang baik dari tuannya, tidak mungkin akan berani hendak menggigit tuannya. Anjing memang sejenis binatang yang amat setia dengan tuannya. Malah bukan sahaja setia tetapi juga akan ‘takut’ kepada tuannya dan akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh tuannya. Anda lihatlah bagaimana kelakuan seekor anjing yang jinak. Demikianlah misalannya dengan polis kita. Dalam soal Mahathir yang dituduh menyalahgunakan kuasanya itu, saya yakin seribu persen bahawa Norian Mai tidak akan sekali-kali berani bukan sahaja untuk menangkap, malah ‘menyebutnya’ sahaja pun tidak sama sekali.

Apa yang telah dilakukan oleh para Pemuda Keadilan itu bukannya tidak bagus, tetapi hanya itu yang mampu kita lakukan, dalam keadaan kita cuma ada gusi dan air liur sahaja. Ia nya tidak lebih sebagai mengulangi apa yang telah dibuat oleh DSAI semenjak setahun lebih yang lalu, iaitu laporan polis itu akan tinggal sebagai laporan sahaja. Ianya juga tidak lebih sebagai membanyakkan bilangan laporan polis sahaja. Saya tidak bertujuan untuk merendah-rendahkan apa yang telah dibuat oleh Pemuda Keadilan itu, malah menyokongnya 100 %. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa di negara Malaysia Boleh yang berperdanamenterikan Mahathir si Mamak Tongkang ini, segala harapan dan hasrat rakyat semuanya ditongsampahkan oleh anjing-anjing manusia puaka itu.

Mahathir Panik Bercampur Gabra

Sekalipun batang tubuh manusia super kebal bernama Mahathir itu berada “di atas undang-undang’” (above the law), namun hati kerdil dan keringnya itu terasa jugak kecutnya bilamana Pemuda Keadilan melancarkan gerak gempur melalui laporan polis yang dibuat di seluruh negara. Keadaan yang dialami Mahathir akibat tindakan Pemuda Keadilan itu samalah halnya seperti ketika baru-baru beliau memecat DSAI dulu, tetapi kali ini beliau pura-pura buat ‘kontrol hensem’ dengan mengambil sikap membisu dengan serangan pembangkang itu. Memang beliau sebenarnya amat panik dan takut dengan situasi yang tidak dijangka itu, malah beliau sama sekali tidak menyangka bahawa Anwar mahu ‘mengenakannya’ dengan ‘peluru maut’ melalui kesaksian Dato Shafie Yahya itu. Nampaknya walaupun Ariffin Jaka telah menurut segala arahannya untuk berbuat apa sahaja untuk tidak memanggilnya sebagai saksi ke mahkamah, tetapi si bengap Ariffin Jaka itu manalah tahu rupanya Anwar lebih cerdik dari beliau dan Mahathir sendiri dalam memasang perangkap ! Inilah kelebihan Anwar yang tidak dimiliki Mahathir, yang walaupun jasadnya terpenjara, namun hati dan akal pintarnya begitu bijak bermain catur politik dengan musuhnya itu.

Drama Rampasan Senjata Yang Melucukan !

Kata orang tua-tua, seseorang yang bersalah, misalnya pencuri apabila dah terperangkap atau dikejar selepas mencuri, pagar setinggi 10 kaki pun boleh dilompatnya dengan mudah. Masa melompat tu dia sudah tidak ingat apa-apa lagi melainkan nak melarikan diri dari dikejar atau ditangkap. Tapi dalam keadaan biasa, jangankan pagar 10 kaki hendak dilompat, pagar 2 kaki pun terpaksa terkangkang-kangkang nak melepasinya. Demikianlah bagaimana tersepit dan sesak nafasnya Mahathir dengan pengakuan Dato Shafie di mahkamah pada 12 Jun lepas, dimana pengakuan tersebut telah tidak dicabar oleh pendakwa bengap yang diketuai oleh Gani Petai itu. Manakan tidak sesak nafasnya, bukankah dakwaan Dato Shafie itu 100 % ssama dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar, yang dihadiahkan 6 tahun penjara itu ?

Umum telah maklum bahawa bagi mana-mana diktator, mencari isu, mencipta isu, merekacipta isu, mewujudkan isu dan sebagainya merupakan sebahagian dari strategi mereka untuk terus popular. Dalam segi yang lain, ianya sebagai jalan keluar untuk melepasi sesuatu kemelut yang dikira boleh menjejaskan imejnya di mata rakyat. Sejarah banyak memperihalkan tentang gelagat tokoh-tokoh diktator dunia sebelum ini, yang begitu pandai mencetuskan isu ‘gempar’ semata-mata untuk mengelabui mata rakyat dari kebejatan sebenar perbuatan mereka. Sukarno dulu mencipta isu ‘ganyang Malaysia’ untuk mengalihkan perhatiannya dari masalah dalaman di Indonesia. Begitu jugalah dengan diktator-diktator yang lain di seluruh dunia dan zaman.

Akibat ‘sesak nafas’ dengan pengakuan Dato Shafie itulah maka Mahathir terpaksa mencari sesuatu isu yang dikira boleh melekakan perhatian rakyat dari isu rasuah dan salahguna kuasanya ke atas Ketua Pengarah BPR itu. Maka tercetuslah isu rampasan senjata oleh ‘kununnya’ sekumpulan 15 lelaki yang menyamar sebagai tentera. Saya merasa sungguh aneh bercampur lucu sekali dengan isu yang dicipta oleh Mahathir kali ini. Nanti di bawah ini saya akan ceritakan serba sedikit beberapa kejangalan ‘skrip’ arahan pengarah dari Istana Putrajaya itu.

Pertama, diberitakan dengan meluas bahawa 15 lelaki itu (G15) berpakaian celoreng tentera memasuki kem dengan hanya bersenjatakan tangan kosong dan mampu ‘memperdayakan’ pengawal kem tersebut yang berjumlah 9 orang. Media-media penjilat buntut melaporkan yang G15 itu tidak menggunakan sebarang kekerasan ke atas pengawal tersebut, tetapi cuma menggunakan ‘pengaruh’ uniform mereka sahaja sehinggakan pengawal-pengawal kem terpaksa ‘tunduk’ dengan permintaan mereka untuk membuka pintu stor senjata.

Hampir 15 tahun lalu, seorang lelaki yang berpakaian celoreng tentera juga telah mengamuk di Chow Kit dengan sepucuk M16 dan telah membunuh seorang lelaki di sebatang lorong di Chow Kit itu dengan tembakan rambangnya. Setelah beberapa hari memujuk lelaki itu, akhirnya dikenalpasti beliau ialah Prebet Adam, yang sah memang seorang tentera yang datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membalas dendam atas kematian adiknya yang dibunuh oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Sultan Iskandar melalui pukulan dengan kayu golf. Oleh kerana Prebet Adam itu seorang anggota tentera, maka memanglah beliau berpakaian sebagai tentera sekalipun untuk tujuan peribadinya.

Begitu jugalah dengan G15 tadi. Pihak berkuasa dan Najib sendiri telah mengesahkan yang mereka berpakaian tentera dengan pelbagai kategori pangkat, sebab sememangnya mereka adalah tentera. Ya, kerana mereka sebenarnya adalah anggota tentera yang telah diberi arahan khas untuk menjadi pelakon bagi drama khas arahan dari Istana Putrajaya itu. Kalau tidak masakan begitu bodoh pengawal 9 orang tadi mahu membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan sebegitu sensitif di waktu pagi buta, walhal tentera terkenal dengan kepatuhan disiplinnya yang ketat. Apatah lagi dengan ATM yang memang sentiasa mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan dilantik sebagai pasukan pengaman PBB di serata ceruk dunia, seperti di Bosnia, Somalia, Congo dan sebagainya. Bengap sangatkah anggota pengawal 9 orang itu sehinggakan tidak mampu membezakan antara ‘wajah’ seorang perompak dengan wajah sebenar anggota tentera sekalipun beruniform. Kalau iyapun hendak membuat pemeriksaan mengejut, logikkah ianya di buat pada jam 2.15 pagi ? Takkan pengawal 9 orang tadi sebegitu bodoh sehingga semenjak menjadi anggota tentera, tentulah mereka tahu ada prosedur tertentu dalam pemeriksaan senjata, samada mengejut atau biasa. Jadi, apabila ada segerombolan orang yang berpakaian tentera di waktu jam 2.15 pagi datang untuk membuat pemeriksaan mengejut, tidakkah menimbulkan tandatanya, pemeriksaan mengejut apa pulak malam-malam begini ? Dari unit mana pulak mereka ini ? Logikkah nak buat pemeriksaan senjata di waktu pagi buta ? Jadi persoalan-persoalan ini sudah pasti akan berlegar di kepala 9 pengawal tadi, jika benar yang datang 15 orang itu benar-benar sebagai perompak tulen.

Skrip drama bodoh itu semakin menampakkan ketidaktelitian pengarahnya, kerana dalam masa 2 jam sebanyak dua kem tentera yang dirompaknya. Kelakar sungguh rasanya. Di zaman yang sudah tidak ada komunis ini, lucu sangat apabila dua kem tentera dirompak dalam satu malam, sedangkan di zaman darurat dahulu pun tidak pernah kita dengar ada kem tentera dirompak. Yang ada cuma diserang sahaja dan ini perkara biasalah dalam mana-mana tempat yang belum aman. Kalau orang nak rompak wang di bank pun, paling sempat cuma satu bank sahaja yang dikaut duitnya.Inikan pula merompak senjata ! Dan paling lucu lagi, dikabarkan bagaimana G15 tersebut mengangkut beratus-ratus senjata dan peluru dengan 3 buah Pajero. Ini bermakna setiap Pajero boleh memuatkan 5 orang dengan timbunan senjata yang dirompak itu. Yang anehnya pulak dalam Utusan Meloya 6 Julai, diberitakan di muka depannya, gambar-gambar 4 buah Jeep Cherokee dan sebuah Land Rover kepunyaan ‘perompak’ tadi, walhal perompak tersebut diberitakan menggunakan 3 buah Pajero !. Jadi, mana satu yang hendak dipakai ni? Inilah jadinya apabila skrip ditulis dengan tidak teliti dan secara tergopoh gapah.

Kemudian diperhatikan, anggota tentera yang mengepung kawasan bukit tempat persembunyian ‘perompak’ tadi kelihatan semacam relaks sahaja. Kalau betul para perompak tersebut telah mencuri senjata dalam jumlah yang begitu besar, logikkah tentera yang mengepungnya itu buat “relaks” sahaja tanpa membina sebarang benteng pasir atau tembok untuk dijadikan perlindungan dari sasaran tembakan perompak itu? Kenapa askar yang mengepung perompak itu cuma berdiri tercegat sahaja di sekitar bukit itu tanpa mengambil kira risiko yang bakal mereka hadapi ? Kalau di Memali dulu bukan main lagi mereka berkemah dan bertembok, yang ini cukup aneh sekali apabila tentera yang mengepung itu mendedahkan diri mereka dengan begitu mudah kepada sasaran tembakan ‘perompak’ itu.

Saya tidak mahu mengulas banyak lagi perkara-perkara lucu di sebalik ‘drama’ arahan kedua pengarah di Istana Putrajaya ini (drama pertama dulu “Konspirasi Agung terhadap Anwar’ atau “AnWar” ) kerana dalam sehari dua ini telah berpuluh-puluh tulisan rakyat yang pada pandangan saya, pertama kali dalam sejarah negara “mempersoalkan” sebuah kejadian jenayah rompakan sebegini. Biasanya bagi kes-kes jenayah tulen seperti rompakan di bank dan sebagainya, rakyat tidak pernah mempertikaikan kesahihannya. Tapi ‘rompakan’ senjata ini telah ditelanjangi habis-habisan oleh rakyat, sebagai sesuatu yang amat luar biasa dan pelik !

Saya kembali semula kepada babak di akhir cerita tadi. Dollah Brandy (sempena pembelaan beliau kepada peminum-peminum arak yang ditahan JAIS baru-baru ini) dalam berita Jam 8.00 tadi mengumumkan yang mayat tebusan yang ‘terkorban’ akibat dibunuh tadi akan digali semula. Kah kah kah kah ! Kelakar sungguh ! Bukankah dalam mana-mana insiden hatta kemalangan jalanraya pun, mayat seseorang mangsa yang dikategorikan dalam siasatan polis akan dibawa dulu ke hospital untuk dibedah siasat. Selepas segala prosedur selesai barulah ianya boleh dikebumikan dengan kebenaran polis. Tetapi dalam kes sebesar ini, boleh mayat tersebut dikebumikan terus, kemudian mahu digali semula ? Dimana pulak kuburnya? Mana pulak saudara mara mereka yang menangis dan meratapi kematian itu? Kenapa akhbar dan TV tidak menyiarkannya walhal dalam kes kemalangan Skyhawk atau budak mati lemas pun, bukan main lagi tv dan akhbar gian nak melapor itu dan ini, hatta saudara terdekat si mati ada bermimpi aneh atau si mati sendiri berkelakuan ganjil sebelum meninggal dan sebagainya. Tetapi dalam ‘Kes Besar’ rompakan senjata ini, watak-watak yang dinyatakan oleh Dollah Brandy dan Norian Mai itu sekadar nama-nama mereka sahajakah? Orang atau jasadnya mana?

Kemudian, berita tv jugak melaporkan yang 3 orang tebusan yang mati tersebut baru dikenal pasti. Kalau detektif sendiri yang jadi tebusan masakan nama beliau tidak diketahui ? Kenapa lambat sangat baru dapat mengetahui nama-nama tebusan tadi ? Juga dilaporkan yang salah seorang penjenayah yang mati itu bernama ‘Abdul Halim Ali’. Ini satu lagi lucunya. Adakah KSN telah bersetuju supaya namanya digunakan untuk lakonan hebat ini ? Dilaporkan juga yang Panglima Tentera Darat. Jeneral Zaini pergi berunding dengan ketua perompak itu dimana beliau hendak ditembak, tetapi sempat ditepis lalu mengena anggota kumpulan perompak itu sendiri. Ini tak ubahnya macam cerita Hindustan dimana hero sentiasa tak kena kalau kena tembak. Logikkah dalam keadaan genting begitu beliau pergi seorang diri ? Aneh lagi skrip yang pincang ini.

Masa nak mengharamkan Arqam dulu bagai nak gila akhbar dan tv menyiarkan gambar-gambar mereka yang terlibat atau dikehendaki polis. Hampir penuh segala ruang disiarkan muka-muka orang Arqam. Tetapi anehnya, dalam drama ini, seorang watak pun tidak disiarkan. Baik yang jadi perompak mahupun yang jadi tebusan. Kalau dah berjaya memanggil anggota keluarga perompak tersebut untuk memujuk mereka, masakan tiada sekeping gambar pun yang boleh disiarkan di akhbar dan tv untuk pengetahuan orangramai ? Yang jadi tebusan pulak tiada keluargakah mereka itu, yang menangis dan berdoa sambil diinterview oleh wartawan-wartawan media ? Adakah gambar-gambar mereka menjadi suatu rahsia besar dan tidak boleh disiarkan kepada umum, walhal gambar-gambar kem dan senjata yang dirompak itu disiarkan pula secara besar-besaran ke seluruh dunia ! Inilah yang menjadi persoalannya. Dan inilah pertama kali dalam sejarah negara rakyat terbanyak TIDAK MEMPERCAYAI satu tragedi penting yang melibatkan keselamatan negara, yang diklasifikasikan sebagai jenayah oleh pihak kerajaan. Ketidakpercayaan rakyat ini juga sebagai implikasi sifat dusta dan pembohong akhbar-akhbar dan tv arus perdana selama ini, yang terus menerus mahu menipu rakyat dan menyangka rakyat sebagai bodoh dan bengap dari berfikir.

Apa yang saya nampak, episod drama rompakan senjata ini merupakan niat nekad Mahathir sendiri untuk mengalih perhatian rakyat terhadap jenayahnya sendiri. Sebab itulah watak-watak seperti tebusan dan perompak itu sengaja diada-adakan. Di akhir cerita, watak-watak mereka yang menjadi ‘tebusan’ itu terpaksa dimatikan sebab sebenarnya mereka itu tidak wujud pada hakikatnya. Jika watak tebusan itu tidak dimatikan, sebaliknya ditawan, mungkin skrip cerita ini tidak berpihak kepada pengarahnya.

Ssungguhpun drama rompakan senjata ini agak ‘gempak’ sikit, tetapi pujian kepada pengarahnya patut jugak diberikan kerana berjaya mencetuskan isu hangat sekalipun skripnya amat longgar. Sikap berdiam diri pengarahnya tanpa banyak bercakap mungkin juga kerana mahu melihat samada drama arahannya itu boleh meletup 'box-office' ataupun tidak.

Saya juga ingin mengucapkan ‘syabas’ kepada Norian Mai kerana taat setianya yang tidak berbelah bagi sebagai pembantu pengarah itu telah menghidupkan sebahagian lakonan skrip dalam drama rompakan senjata ini. Berbanding Rahim si Bapak Anjing dulu, peranan Norian agak kurang ‘real’ kerana beberapa skrip yang dihafalnya agak bercelaru dan menimbulkan berbagai persoalan. Namun, seperti yang saya katakan di awal tulisan ini, anjing yang setia sama sekali tidak akan menggigit tuannya ! Patuhlah segala suruhan sekalipun disuruh makan tahi !

Cucu Datuk Bahaman
7 Julai 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Make your own free website on Tripod.com