Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ARIFFIN JAKA DAN LAMBANG KESOMBONGAN JAHILIYYAH…

Ketika mengendalikan perbicaraan kes Anwar yang masuk hari terakhir baru-baru ini, dimana Anwar sendiri yang menjadi ‘peguambela’ dirinya, Ariffin Jaka nampaknya marah dan melenting apabila Anwar berhujjah dengan peringatan yang bersandarkan pedoman wahyu. Apabila Anwar mengingatkannya berkali-kali akan wasiat Khalifah Umar Al Khattab, Arififin seolah-olah merasa tercabar keegoannya dengan berkata, “Tak payah ingatkan saya, saya dah banyak terima surat, ugut, kutuk dan macam-macam, dah cukuplah ingatan buat saya”. Apabila diingatkan sekali lagi oleh Anwar mengenai peri pentingnya persoalan saksi yang adil dalam Islam, Ariffin yang angkuh dan bongkak itu berkata, “Tak payah ingatkan saya, saya pun orang Islam, saya pun sembahyang lima kali sehari, rakyat tahu apa yang saya buat”.

Sesungguhnya, perkataan yang keluar dari mulut Ariffin Jaka itu merupakan ucapan yang keluar dari seorang yang mempunyai sifat-sifat sombong takkabur, seorang yang angkuh, bongkak dan tidak mengenal hak-hak Allah s.w.t. Adakah beliau merasakan dirinya terlalu mulia dengan gelaran “Yang Ariff” itu [ yang diberikan oleh manusia] , sehingga sanggup untuk menafikan kebenaran apa yang diingatkan oleh Anwar itu ? Adakah beliau merasakan yang dirinya sudah begitu sempurna sehingga mencapai martabat wali-wali, maka tidak perlukan sebarang nasihat dan peringatan lagi ? Atau adakah dek kerana Anwar kini sudah menjadi “banduan” dan tertuduh yang dikendalikan olehnya, maka apa yang keluar dari mulut Anwar dianggap menyakitkan telinga sahaja untuk mendengarnya? Adakah Ariffin berani untuk berkata dengan ungkapan sesombong begitu sekiranya Anwar Ibrahim sekarang ini masih lagi seorang Timbalan Perdana Menteri ? Apakah ketika Anwar menjadi TPM dahulu beliau tidak pernah menyanjung dan menjulang, hatta mahu mencium buntut Anwar sekalipun ? Apakah beliau lupa yang ketika Anwar masih menjadi TPM dahulu bau kentut Anwar pun “harumnya” bagaikan kasturi yang dibawa oleh Puteri Kayangan ? Adakah kerana kini Anwar sudah tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka beliau menganggap Anwar tak ubahnya seperti orang-orang bangsat yang merempat di tepi jalan dan kebenaran yang keluar dari mulut Anwar dirasakan bagai jadam yang pahitnya bukan kepalang ? Inikah perasaan yang ingin ditonjolkan secara tersirat oleh Ariffin Jaka itu ?

Hebat sangatkah menjadi hakim itu? Besar sangatkah menjadi hakim itu? Gah sangatkah menjadi hakim itu ? Atau adakah orang yang menjadi hakim itu tidak akan mati dan mengadap Allah s.w.t. nanti ? Atau adakah orang yang menjadi hakim itu terdiri dari mereka yang bertaraf brahmin atau dewa-dewa suci yang tidak boleh ditegur dan diberi peringatan dan nasihat ? Atau adakah mereka yang menjadi hakim-hakim di mahkamah-mahkamah di negara ini itu sebenarnya lebih tepat dikatakan sebagai kaldai-kaldai tunggangan Mahathir si Mamak Tongkang, yang sedang kepanasan buntutnya kerana memikul beban dosa bersekongkol dalam konspirasi untuk menganiaya seorang insan yang tidak bersalah? Maka lantas dengan itu Ariffin pun tercabarlah keegoannya , yang sebenarnya kerana ingin menutup riak-riak dosa yang tampak menjalari di wajah sendiri ?

Amat malang sekali, seorang hakim seperti beliau, yang mengaku tidak meninggalkan solat 5 waktu, mengaku sebagai seorang Islam yang beriman, tetapi sanggup tunduk berteleku kepada seorang manusia kejam dan zalim seperti Mahathir si Mamak Tongkang itu. Apakah Ariffin seorang yang berdusta kepada Allah, apabila dalam solat mengaku, “KepadaMu-lah kami menyembah, dan kepadaMu-lah kami meminta pertolongan”, yang dilafazkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam itu ? Tetapi sebaik sahaja memasuki kamar mahkamah, bertukar pengakuan kepada “ Oohh Mahathir, kepadamu-lah aku ‘menyembah’ dan kepadamu-lah aku meminta pangkat dan jawatan … “.

Atau, dek kerana taat dan takutkan Mahathir, Ariffin terpaksa mengenepikan lagi pengakuannya di depan Allah yang dia sembah 5 kali sehari semalam itu, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Tuhan Sekalian Alam “, lantas bertukar kepada “Sesungguhnya ketakutanku, kesetiaanku, jawatanku, pangkatku, pencenku, hanyalah kerana dan demi Mahathir Perdana Menteriku semata-mata…” Inikah sebenarnya yang bermain-main dalam benak Ariffin sehingga terpaksa menafikan kebenaran yang terlontar dari mulut Anwar hanyalah kerana mahu menutup ego sendiri dan bayangan dosa yang terngiang-ngiang di cuping telinganya ?

Apakah juga Ariffin merasakan di dalam mahkamah dialah yang paling berkuasa, ‘maha berkuasa’ seperti tuannya si “maha-maha” yang super kebal itu, lantas tidak menyedari sebenarnya jiwanya sendiri sedang diperkosa oleh kelemahan dan kebodohan nafsunya sendiri (sehingga sanggup menjadi alat dan diperalatkan oleh si Mamak Tongkang ?) Hina sangatkah Anwar semenjak bertukar jawatan dari seorang yang berada di puncak kuasa, kini berada di tembok penjara ? Maka dengan kehinaan itu, maka Ariffin begitu sombong untuk menerima kebenaran yang diucapkan oleh Anwar. Apakah ruh firaun-firaun yang menurun menjalari ke dalam jiwa Mahafiraun itu sudah berjangkit meresapi jiwa Ariffin Jaka pula, bak umpama virus HIV yang sukar dikesan itu ? Inikah nilai dan moral yang menjadi harga diri seorang hakim alias seorang hamba Allah alias seorang yang mengaku Islam, yang mahu dipertontonkan untuk diteladani oleh anak bangsa ? Adakah ketika di dalam mahkamah Ariffin Jaka merasakan dirinya ditakuti untuk didekati oleh malaikat Kiraman Katibin hatta malaikat maut sekalipun lantaran ‘kekebalannya’ sebagai seorang hakim Mahkamah Tinggi yang super tinggi ? Aduhai, binasa dan celakalah manusia seperti ini !

Jika inilah watak dan sifat seorang hakim yang bernama Ariffin Jaka ini, saya percaya tidak ada keadilan yang akan ditegakkan di atas muka bumi Malaysia ini. Tidak ada kebenaran yang akan dipertahankan di negara ini. Tidak ada hukuman yang akan berjalan menurut lunas-lunas keadilan dan kebenaran. Yang ada adalah menuruti kehendak hawa nafsu si Maha-Maha dan mengenyangkan tembolok sendiri sahaja. Apakah keadilan yang ingin kita harapkan dari manusia sombong dan takabbur seperti Ariffin Jaka itu ? Apakah sekelumit harapan masih bersisa di hati kita untuk melihat kebenaran berpihak kepada Anwar pada 4 Ogos nanti, kendatipun segala fakta dan hujjah-hujjah yang teramat kukuh telah dibuktikan di mahkamah oleh pasukan peguambelanya yang tulus ikhlas itu. Sanggupkah Ariffin menentang arahan tuannya si Mamak Tongkang si bangsat durjana itu, untuk membuktikan bahawa beliau adalah penegak dan penjunjung keadilan dan keluhuran undang-undang ? Apakah Ariffin sanggup membuktikan yang mahkamah kendaliannya itu bebas dari tangan-tangan ghaib yang berupa setan-setan brengsek yang bertopengkan rupa pemimpin-pemimpin yang bertakhta di singgahsana kuasa ? Inilah masanya. Inilah ketikanya. Inilah saatnya, untuk Ariffin Jaka membuktikan bahawa dia sebenarnya adalah hamba Allah s.w.t. Inilah masanya untuk Ariffin Jaka membuktikan bahawa dia bukanlah hamba suruhan si Mamak Tongkang, si bangsat yang liat nyawanya itu ! Dan inilah juga masanya untuk Ariffin Jaka melepaskan dirinya dari kejaran bayangan dosa sepanjang hayat, yang akan ditanggungnya sehingga Kiamat, untuk membebaskan Anwar dari segala pertuduhan keji yang dipaksakan ke atasnya itu . Jika Ariffin Jaka mahu membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini bahawa dia bukanlah kaldai tunggangan Si Mamak Tongkang itu, silakanlah buktikan bahawa fakta-fakta dan hujjah si Gani Petai itu adalah hampas dan sampah belaka !

Sdr Ariffin, saya ingin memperingatkan anda bahawa jika anda memilih Augustine Paul untuk menjadi sahabat dan saudara anda ke neraka, maka jatuhkanlah hukuman penjara yang lebih berat ke atas Anwar seperti yang diingini oleh Mahathir si Mamak Tongkang itu. Tetapi jika anda masih teringatkan pesan Nabi anda (Muhammad s.a.w.) yang mengingatkan bahawa hakim itu ada 3 golongan, satu ke syurga, dua lagi ke neraka, maka anda tepuklah dada dan tanyalah iman dan takwa anda terhadap Allah s.w.t. setakat dan setebal mana. Jika anda memilih Augustine Paul yang tidak beriman dengan keesaan Allah itu sebagai sahabat sejati anda, maka anda maklum sendirilah ke mana jatuhnya anda nanti. Dan suka saya mengingatkan anda sedikit lagi, bahawa Nabi pernah berpesan bahawa, kesilapan seorang hakim itu membebaskan seorang pesalah adalah terlebih baik daripada kesilapannya menghukum seorang yang tidak bersalah. Dan saya percaya Sdr sendiri mengetahui etika hakim-hakim di dalam Islam. Atau takkan Sdr pun mahu melenting juga dengan pesanan Nabi itu ?

Persoalannya sekarang, sanggupkah anda menanggung segala dosa-dosa “kesilapan” anda menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar nanti hingga ke hari Kiamat? Sanggupkah anda membayangkan bagaimana azab dan seksanya anda merangkak-rangkak di celah-celah lautan manusia di Padang Mahsyar nanti semata-mata mahu mencari insan yang bernama Anwar Ibrahim untuk memohon maaf dan keampunan darinya ? Jika anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya ketika hendak pulang ke rumah pun anda sudah terasa betapa ‘siksanya jiwa’, mungkinkah anda akan terlebih tahan untuk menghadapi kesesakan lautan manusia, dengan darah yang hanyir dan air liur yang memualkan itu di Padang Mahsyar kelak ? Semudah itukah nanti anda mahu mencari Anwar Ibrahim di celah-celah lautan manusia di Padang Mahsyar kelak, semata-mata untuk berkata, “ Wahai Anwar saudaraku, ketika di dunia dahulu aku pernah berbuat dosa menganiayamu kerana menuruti hawa nafsuku mentaati tuan-ku, maka pada hari ini aku memohon sejuta keampunan kepadamu wahai saudaraku. Demi ayah dan ibuku, maafkanlah aku wahai Anwar saudaraku”. Semudah itukah mahu mencari Anwar di padang Mahsyar nanti ? Semudah itukah untuk memohon maaf darinya ? Adakah semudah anda menunggu Anwar di pintu mahkamah ketika menghadiri hari-hari perbicaraannya selama ini ? Dan adakah anda mempunyai suatu jaminan bahawa anda akan terus hidup selepas menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, lantas berfikir, ahh nantilah, bila Anwar bebas nanti, aku akan pergi meminta maaf darinya. Adakah anda dapat menjamin bahawa ajal anda tidak akan disambar oleh malaikat maut pada bila-bila masa pun sehingga selesai Anwar menjalani hukuman penjaranya nanti ?

Dan sebagai peringatan terakhir dari saya, renungi dan hayatilah nasihat dari Allah s.w.t. ini, Tuhan anda dan Tuhan Mahathir si Mamak Tongkang itu juga;

“ Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah” - Luqman: 33

Ingat tu Ariffin ! Itu amaran dari Allah tu, bukan dari Mahathir. Mahathir sendiri pun tak boleh nak tolong anda kelak. Sekarang boleh la dia nak tolong anda dapat saham ke atau menjadi rakan kongsi anaknya ke, tapi di akhirat kelak Mahathir sendiri pun tak boleh dah nak tolong Mirzan dan Mokhzani anak kesayangannya itu, apatah lagi mahu menolong anda !. Jangan pula anda kena perdaya dengan bapak-bapak syaitan tu wahai Ariffin. Bapak syaitan yang kat Putrajaya tu sebenar-benar dan sebesar-besar bapak syaitan yang sedang menggila kat Malaysia sekarang ni. Jangan jadi pak turut Ariffin, nanti kat Padang Mahsyar nanti kroni-kroni ni dah tak main lagi dah. Dah tak laku dah !

Sdr Ariffin, renungilah ke dalam dirimu dan lemparkanlah segala kesombongan jahiliyyah yang bersarang tebal di dalam dadamu itu. Tunduk tawadhuklah sebagai hamba Allah dan bukannya tunduk tawadhuk sebagai hamba Mahathir si Mamak Tongkang yang bangsat, sesat lagi menyesatkan itu !!

CUCU DATUK BAHAMAN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com