Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Pembunuhan Noor Suzaily: Ia Bukan Sekadar Kematiannya

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pembunuhan kejam ke atas seorang Jurutera Komputer wanita, iaitu Noor Suzaily Mokhtar oleh seorang pemandu bas ekspress yang lebih merupakan seekor syaitan yang maha buas. Cara jenayah yang dilakukan ke atas Allahyarham sama sekali tidak dapat diterima oleh manusia yang waras dan mempunyai naluri insan. Sudahlah dirogol, diliwat kemudian dibunuh pula. Pelaku jenayah keji itu sewajarnya bukan sahaja dihukum gantung sampai mati, malah mayatnya itu wajar diarak sekeliling bandar dan kampung, kemudian dibakar api dan abunya dihumban ke laut sebagai suatu bentuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejamnya itu.

Bayangkanlah kesan kematian yang berlaku ke atas Allahyarham itu, bukan sahaja merugikan orangtuanya, malah mendatangkan kerugian yang tidak terkira kepada negara. Jika yang dibunuh itu cuma seorang pekerja biasa, mungkin kerugiannya tidak seberapa meskipun ianya tidak seharusnya berlaku kepada sesiapapun jua, tetapi pembunuhan ke atas Noor Suzaily amat merugikan negara kerana kepakaran yang dimilikinya itu adalah suatu aset yang amat bernilai kepada bangsa dan negara.

Kita tidak seharusnya melihat tragedi menyayat hati yang menimpa Noor Suzaily itu sebagai takdir semata-mata, tetapi nun jauh di sana, kedapatan suatu ruang yang menjadi jurang yang amat dalam sedang mencengkam realiti hidup dan kehidupan rakyat di negara ini tanpa disedari. Ruang yang menjadi jurang yang dalam yang saya maksudkan itu ialah ‘kelahiran’ suatu bentuk “kekosongan jiwa” yang menimpa sebahagian rakyat di negara ini kesan kegagalan sistem pemerintahan yang menjana corak kehidupan dan pemikiran mereka selama lebih 40 tahun Barisan Nasional memerintah negara ini.

Akibat wujudnya ‘kekosongan jiwa’ itulah maka semenjak kebelakangan ini kita lihat pelbagai bentuk jenayah yang menakutkan berlaku di negara ini. Jika dulu, jenayah-jenayah yang luarbiasa seperti anak membunuh emak, isteri membunuh suami, abang membunuh adik dan sebagainya itu cuma berlaku di negara-negara Barat sahaja. Tetapi kini ia telah menular dengan pantasnya di depan mata kita sendiri. Tidak hairan jika semenjak seminggu dua ini akhbar-akhbar begitu banyak menyiarkan jenayah-jenayah yang mengerikan seperti merogol dan membunuh kanak-kanak semuda 6 tahun, menyembelih anak sendiri, mengamuk dalam masjid dan sebagainya. Kenapa begitu ramai orang Malaysia yang tidak siuman sekarang ini? Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Benarkan mereka gila ? Kenapa mereka sampai jadi gila? Inilah persoalan yang tentunya menuntut jawapan dari kita dan bukan sekadar kita membaca akhbar dan meluahkan simpati kosong kepada si mangsa semata-mata.

Saya, dalam melihat kejadian-kejadian malang dan dan ngeri sebegitu, tidak mahu menyalahkan si pelaku atau mereka yang terbabit semata-mata. Saya tetap menyalahkan kerajaan dan pemerintah yang bertanggungjawab melahir dan mewujudkan suasana dan halatuju negara kepada kejadian sedemikian itu. Selama lebih 40 tahun negara merdeka, pemimpin BN hanya sibuk mencanangkan pembangunan fizikal semata-mata dengan mengabaikan secara signifikan pembangunan insan di kalangan rakyat. Apa yang ditekankan semata-mata pembangunan material sehingga melahirkan secara drastik rakyat yang bertuhankan hawanafsu dan materialistik semata-mata. Maka lahirlah ibubapa yang siang malamnya mencari harta dan duit kekayaan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab dan pendidikan terhadap anak-anak.

Kesannya, maka lahirlah sebuah keluarga yang pincang dimana anak-anak tidak ‘kenal’ dengan ibubapa masing-masing kerana dibesarkan oleh pembantu rumah, kegersangan kasih sayang dan melahirkan jiwa yang memberontak dan akhirnya mencari jalan keluar dengan bergaul dengan mereka yang liar di luar rumah. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan bakal-bakal perogol yang berpotensi, bakal-bakal pembunuh dan perompak yang berbakat dan seumpamanya. Apabila ‘anak-anak liar’ yang lahir hasil mangsa sistem yang pincang akibat kegagalan pemerintah membentuk akhlak dan didikan terhadap rakyat ini, maka pada hari ini kita dapat menyaksikan jenayah-jenayah luarbiasa tersebut berlaku di dalam keluarga kita, jiran kita, rakan-rakan kita , orang kampung kita dan sebagainya. Jenayah-jenayah ini sebenarnya terbentuk hasil dari kebebalan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam membentuk jatidiri rakyat ke arah yang lebih syumul berlandaskan nilai-nilai masyarakat Timur dan Islam itu sendiri.

Kemudian kita lihat dari segi perlaksanaan undang-undang terhadap pelaku jenayah itu sendiri, yang dirasakan masih longgar dan pincang. Undang-undang yang dibentuk oleh kerajaan BN pada hari ini sebenarnya lebih berbentuk “hukuman” semata-mata dan bukannya untuk mendidik dan mencegah daripada melakukan perbuatan jenayah itu. Lihat sahajalah hukuman mati yang dikenakan ke atas pengedar dadah. Melihat begitu kerasnya hukuman ke atas pesalah dadah seolah-olah tidak akan ada lagi orang kedua dan ketiga yang akan mengulangi kesalahan tersebut, tetapi apa yang kita lihat, masih berduyun-duyun lagi orang yang mahu mengedar dadah. Mereka seolah-olah langsung tidak takut dengan hukuman mati itu. Jadi, berkesankah undang-undang tersebut ?

Saya tidak mahu mengulas panjang akan perkara ini, tetapi saya melihat ‘bala’ yang berlaku dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, lebih merupakan kegagalan muktamad pemerintahan Barisan Nasional dalam memelihara akal, nyawa dan hartabenda rakyat daripada sebarang kerosakan yang dimaksudkan. Kerajaan BN, lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan Diktator Mahathir Mohamad lebih sibuk menggemukkan tembolok dan membuncitkan perut sendiri dan para kroni daripada memikirkan bagaimana cara untuk melindungi dan mencegah rakyat daripada menjadi seorang penjenayah dan melakukan perbuatan jenayah.

Jika pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily yang menjadi mangsa akibat keruntuhan sistem bermasyarakat rakyat negara ini (tergamak merogol dan membunuh sesama Islam dan sebangsa), maka tidak mustahil ianya suatu hari nanti samada dekat atau lambat, akan menimpa ke atas keluarga kita. Siapakah yang harus dipersalahkan ? Adakah kita mahu menyalahkan penjenayah semata-mata, walhal jenayah paling agung yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ke atas rakyat ialah menolak perlaksanaan hukum Hudud yang antara hikmahnya ialah untuk mendidik dan mencegah manusia daripada melakukan jenayah. Tragedi malang yang menimpa Noor Suzaily dan mereka yang lainnya adalah natijah penolakan hukum Hudud oleh Mahathir dengan melihat bahawa hukuman dan undang-undang yang wujud di negara ini sama sekali GAGAL dan tidak berkesan. Berkesankah sesuatu undang-undang itu jika kadar jenayah dan pelaku jenayah semakin bertambah dengan pantasnya setiap hari? Pelaku jenayah hari ini seolah-olah tidak pernah ingat akan wujudnya sebuah undang-undnag yang keras di negara ini bagi kesalahan-kesalahan tertentu, tetapi mengapa mereka masih mahu melakukannya juga ? Sebenarnya inilah natijah yang terpaksa rakyat terima akibat ‘jenayah besar’ Mahathir menolak hukum Hudud dari dilaksanakan di negara ini. Dan ini jugalah “hadiah” yang dihulurkan oleh kerajaan, yang rakyat patut sedar akibat secara konsisten memilih Barisan Nasional selama lebih 40 tahun memerintah negara ini.

Kerajaan BN bukan sahaja merangka undang-undang, melaksanakan undang-undang dan sebagainya, malah turut bertanggungjawab “melahirkan” penjenayah-penjenayah yang merosak dan mengganas di dalam masyarakat seperti yang dapat kita saksikan semenjak akhir-akhir ini. Kegagalan undang-undang ciptaan Barisan Nasional itu amat jelas sekali apabila penjenayah dan mereka yang berniat mahu melakukan jenayah sedikit pun tidak merasa takut dan gentar hatta dengan hukuman mati sekalipun. Jika tidak masakan kadar jenayah meningkat begitu mendadak sekali kebelakangan ini. Penjenayah seolah-olah mencabar undang-undang.

Tragedi malang yang menimpa Noor Suzaily mungkin boleh dielakkan sekiranya sistem perundangan Islam diamalkan di negara ini. Walaupun perbuatan jenayah tidak dapat diramalkan berlakunya, tetapi jika sesebuah undang-undang itu berdaulat, ‘rohnya’ sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa merka yang berniat untuk melakukan sebarang jenayah. Mendengar namanya pun orang sudah gerun, apatah lagi jika sudah menerima hukuman di bawahnya. Hari itu, 7 Oktober adalah ‘nasib’ Noor Suzaliy untuk mendapat ‘habuan’ akibat kepincangan dan kehancuran sistem undang-undang yang tidak berkesan di negara ini. Maka jika suatu hari ianya berlaku ke atas keluarga atau diri kita sendiri, jangan melihat kesalahan itu pada bahu penjenayah semata-mata, tetapi JENAYAH yang dilakukan oleh kerajaan BN ternyata lebih keji daripada perogol dan pembunuh Noor Suzzaily tersebut !!

JENAYAH kerajaan BN menolak hukum Hudud, kemudian membiarkan rakyat hidup dalam ketakutan akibat undang-undang yang tidak berkesan merupakan perkara pokok yang wajar difikirkan dengan mendalam oleh semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum. Apalah yang diharapkan lagi untuk terus hidup di bawah suatu sistem undang-undang yang telah diamalkan selama lebih 40 tahun, tetapi keluarga dan diri kita sendiri tidak merasa selamat di bawahnya ? Sampai bila kita mahu membiarkan keadaan ini ataukah cuma mahu berserah kepada takdir semata-mata ?

Inilah perkara penting yang mesti difikirkan dengan waras oleh rakyat dalam menilai sokongan mereka kepada UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Mencerca, memarahi, mengutuk dan memaki perogol dan pembunuh Noor Suzaily semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah dan membaiki keadaan. Penjenayah tersebut hanyalah satu sampel bayangan manusia yang lahir di bawah sistem sekular bebal Barisan Nasioanl Mahathir Mohamad selama ini. Adakah kita mahu ianya berlaku ke atas diri sendiri atau keluarga kita, maka baru kita mahu berfikir akan sesuatu yang selama ini mungkin kurang kita sedari…iaitu kegagalan sistem undang-undang yang diamalkan oleh Kerajaan BN dalam melindungi rakyat daripada penjenayah seumpama pembunuh Noor Suzaily itu ?

Samada sedar atau tidak, kita sebenarnya turut ‘bersalah’ dalam kematian Noor Suzaily baru-baru ini kerana tetap memberikan sokongan kepada UMNO/BN untuk terus menjadi kerajaan. Apatah lagi dengan berperdana-menterikan Mahathir, Sang Diktator maka semakin besarlah ‘dosa’ kita terhadap mereka yang menjadi mangsa jenayah sedemikian, kerana Mahathir sebenarnya tidak pernah suka dan bersimpati untuk melindungi rakyat sebegitu rupa. Hanyalah jika Mirzan dan Mokhzani dalam kesusahan, maka barulah Diktator Sial itu akan bertindak segera.

Sekali lagi saya ingin mengajak rakyat sekalian, khususnya yang masih menyokong UMNO/BN supaya berfikir dengan mendalam tulisan saya kali ini. Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah sekelumit dari permasalahan total yang wujud di negara kita sekarang ini. Kepada mereka yang masih tertutup mata hatinya dari melihat kebenaran itu, bawak-bawaklah berdoa agar Allah menunjukkan ‘jalan yang lurus’ dan hati yang jernih. Ingatlah dan renungilah dengan penuh insaf bahawa pembunuhan Noor Suzaily bukan semata-mata sekadar kematiannya. Ia adalah natijah kepincangan sebuah sistem undang-undang yang sama sekali GAGAL melindungi dan mencegah rakyat terbanyak daripada segala musibah.Sebuah sistem yang GAGAL mebentuk jatidiri dan perilaku rakyat yang bermaruah tinggi. Sebaliknya lebih banyak melahirkan orang-orang yang tidak siuman dan sakit mental, sama seperti Orang Nombor Satu yang menghuni di Mahligai Kayangan Putrajaya itu.

Tidak ada cara lain untuk mengatasi perkara ini melainkan kita menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang wujud ini dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan baru yang mahu mengambil berat tentang keselamatan rakyat. Inilah penyelesaian terbaik. Inilah cara terbaik. Inilah pilihan terbaik. Jangan sampai seorang lagi “Noor Suzaily” wujud dalam keluarga anda untuk anda memikirkan betapa buruk dan bangsatnya kerajaan Barisan Nasional ini terhadap rakyat. Ayuh, bersamalah kita komited menyokong Barisan Alternatif untuk kehidupan yang aman sejahtera kelak. AYUH KITA TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL ! MAMPUSLAH UMNO/BN dan MAHATHIR SIAL ITU !!

Salam takziah berpanjangan buat keluarga Allahyarham Noor Suzaily, semoga Allah s.w.t. merahmati rohnya bersama golongan solehin. Aamiinn.

Cucu Datuk Bahaman
25 Oktober 2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com