Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Benarkah Ust Redhuan calon BN itu kelulusan Al Azhar Mesir??

Kepada semua petugas BA di Sanggang, saya harap sila sdr sekalian ambil perhatian. Saya ada terbaca biodata Ust Redhuan Harun, calon BN di Sanggang yang ditulis di akhbar berkelulusan Al Azhar Mesir di samping Diploma dari India.

Seperti yang diciterkan oleh seorang anak sedara Ust Redhuan kepada saya beberapa hari lepas bahawa Ust Redhuan pernah belajar di Al Azhar tapi tidak tamat/tidak lulus , lalu membuat keputusan ke India utk dapatkan Diploma di sana.

Saya harap penipuan spt ini tidak berlaku. Kalau UMNO nak menipu orang Sanggang pun, janganlah menipu bulat-bulat. Jangan bodohkan rakyat lagi.

Patutlah sikap Encik Redhuan ini begitu teruk sekali kepada orang agama - patutlah.. dia sebenarnya tak layak digelar Ustaz pun.

Dahlia


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com