Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BTN memastikan agenda politik Mahathir dilaksanakan

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Baru-baru ini, sebahagian besar para penyelia KEMAS dari seluruh negara telah ber"seminar" lagi di BTN (Biro Tatanegara) , Pasir Panjang P.Pinang.

KEMAS, BTN --sungguh sinonim!

Apapun, yang menjadi tandatanya dan kehairanan bagi sebahagian besar para penyelia KEMAS ialah, mengapa para peserta terus diberi penerangan dan penjelasan mengenai isu DSAI? Tak cukup lagi ke selama ini pelbagai program dan majlis penerangan dibuat semata-mata ingin memastikan semua pekerja KEMAS, dari guru KEMAS sehingga kepada para pegawai KEMAS Pusat/Negeri agar totok sepenuhnya menyokong Mahathir dalam isu DSAI?

Seorang penceramah BTN telah menyebut dengan lantangnya bahawa dalam isu Anwar Ibrahim ini, Allah telah turunkan bala ke atasnya dan bukan kepada Mahathir Al-Kutty tu. Buktinya , katanya lagi ialah apabila DSAI kini didapati tidak lagi waras seperti beliau dipenjarakan. Beliau mengatakan bahawa DSAI kini boleh dikategorikan dalam golongan orang Gila!

Kalau Mahathir yang salah, sudah lama Mahathir jadi gila!

## hai, pelik betul tugas BTN sekarang! Kalau KEMAS tu, tak heranlah.. memang menjadi lembu tunggangan Mahathir Al-Kutty dan kerajaanya.

Saya cuma berharap agar para penceramah BTN supaya beristighfar banyak-banyak, ingat sikit dosa yang ditanggung tu. Tak takut mati ke?

Dahlia/KL


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com