Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Senjata hilang: Peluang Dolah Badawi tibai Najib

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

kesian Najib... lepas satu bala satu bala menimpa. Baru dapat tarik nafas lega sedikit ekoran kemenangan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Agong UMNO yang lalu, beliau di"perli" oleh rakan-rakan dalam UMNO kerana semua undi pos tentera di Teluk Kemang berpihak kepada BA. Malah Najib telah diberi "arahan khas" oleh Mamak Tongkang supaya meneutralkan pihak Tentera dengan menyediakan pelbagai kemudahan pasarana serta cuba berbaik dengan anggota-anggota pangkat rendah.

Tup tup, senjata hilang di Batalian Impantri 302 (Markas Wataniah) di Grik Perak. Ah!!! Najib kena lagi?? Apa ketidaknya, cepat-cepat Dolah beri statement mengatakan sistem keselamatan tentera longgar, mudah dicerobohi. Polis akan bantu menyiasat kehilangan senjata-senjata berkenaan.

Hahaha... nak ketawa habis-habis!! Kalau di negara Barat, misalnya di Amerika, kalau kes macam ni, pasti heboh satu negara, ia bukan soal remeh. Kehilangan senjata itu dari aspek keselamatan satu segi, di satu sudut pula ia merupakan satu imej yang sungguh memalukan.

Kita lihat Najib tetap cool.. mesyuarat MT ke-2 di Ipoh pasti akan membuat Najib pening lagi. Apa kata Mahathir? Apa pulak kata Si Dolah?

Mereka boleh kata apa saja! Yang pastinya, senjata itu sendiri mampu menggugat imej Mahathir, kalau sekalipun tidak mampu meragut nyawanya!

Dahlia/KL


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com