Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Merdeka disambut dengan dengan keresahan

Sejak beberapa hari lepas lagi, malah beberapa minggu yang lalu, media perdana sibuk mewarwarkan persiapan sambutan kemerdekaan ke-43. Semalam, ketika hadir di satu majlis tayangan Perdana Lt Adnan di PWTC anjuran@sponsored oleh pemuda umno Malaysia, para tetamu turut dihiburkan oleh kumpulan Indigo dan Juliana Banos. Clip-video bacaan sajak oleh Mahathir turut ditayangkan.. Mahathir menangis ketika membaca sajak Perjuangan Belum Selesai (1996). Seorang teman yang hadir di majlis Malam Puisi Patriotik di Putraja semalam juga memberitahu yang Mahathir menangis lagi ketika mendeklamasikan sajak bertajuk Erti Kemerdekaan.

Ketika menatap publisti besar-besar sambutan kemerdekaan, saya merasa cukup terharu (dan rasanya sebilangan besar rakyat yang ingin menikmati kemerdekaan dalam erti kata sebenarnya juga rasa apa yang saya rasa), apabila program sambutan hanya dipenuhi dengan pesta hiburan di sana sini, di KL sahaja, Dataran Merdeka (DM)bermula jam 8 malam akan bermula persembahan para artis diberi nama Di Ambang Merdeka 2000 , menunggu detik 12 malam berhapan Bangunan Sultan Abddul Samad, di bawah DM iaitu di Plaza Putra pula akan berlangsong pesta tarian joget diberi nama Joget Merdeka 2000 sehingga jam 2pagi. Di Shah Alam juga pesta yang sama diadakan. Di Bukit Jalil juga berlangsong pesta hiburan yang sama.

Bagaimana dengan di Litar Sepang, CT Nurhaliza sekali digunakan untuk menarik minat budak-budak sekolah, anak-anak muda untuk ke sana - Silverstone Merdeka Millenium Endurance ??? Tiket-tiket RM20 dan RM10 dijual untuk tujuan berkenaan.. siapa yang mengajar mereka berjinak dengan pesta demi pesta?? Artis-artis muda terus diumpan untuk menjinakkan hati anak-anak muda ini untuk ke tempat-tempat hiburan berkenaan.

Mungkin kata mereka, alah, apa salahnya, setahun hanya sekali!!

Hebatnya pesta-pesta ini menyambut Detik Kemerdekaan ke-43 Negara. Apakah tidak terfikir di benak para pemimpin BN bahawa inikah santapan yang mereka sediakan untuk rakyat meyambut detik sejarah gemilang ini? Apakah dengan mengadakan pesta hiburan di serata ceruk negara, termasuk di bandar-bandar utama lain di negara ini membuktikan bahawa kerjaaan sangat menitikberatkan kesinambungan semangat patriotisme di kalangan rakyat, terutama jenerasi muda??

Mahathir melaungkan agar rakyat mempunyai semangat patriotisme - mengenang jasa para pejuang tanahair! Tapi dengan cara inikah jasa para pejuang dikenang?? Sengket sungguh pemikiran mereka, atau terlalu jahil ??

Mengapa Wanita umno berdiam diri? Apakah pesta-pesta sebegini tidak mengundang anak-anak muda ke kancah masalah sosial yang digebang-gebangkan itu?? Pesta akan berakhir ke penghujung malam, atau ke awal pagi. Apakah budaya ini yang hendak diterapkan kepada jenerasi pelapis negara?? Tak malukan para pemimpin BN dengan program yang sebegini rupa?? Malam tadi, Hamid Othman dan Yusuf Nor, dua ulamak umno turut hadir ke tayangan perdana di PWTC.. apakah dua makhluk Allah ini yang diberi sedikit keupayaan untuk bercakap soal agama dalam umno tidak peka dengan senario begini di dalam kepimpinan yang ada?? Buta atau pekak ke??

Maka, mulai malam ini, anak-anak muda sekitar KL dan bandar-bandar utama di seluruh negara akan terkinja-kinja dan berhibur sepanjang malam!! Di mana pemimpin BN??

Oh... petang ini, mereka berada di Masjid Putraja untuk program menginsafi kemerdekaan!!! Alahai.... cantik sungguh selingan aturcara yang mereka buat.

Maka selepas ini, jangan hairan pulak kalau kita mendengar para pemimpin BN membuat tohmahan kepada pihak sekolah dan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak sehingga anak-anak lalai ke sekolah atau lebih suka berpesta dan berhibur saja!!

Dahlia/KL


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com