Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Catatan singkat: 2-3 Sept, 2000

Seminggu lalu, saya menerima beberapa undangan kenduri kahwin, ada kawan, ada sedara, ada sekadar kenalan lama. Saya membuat sedikit pilihan untuk dapat pergi ke satu kawasan yang saya tak pernah berkunjung, atau jarang sekali melalui kawasan berkenaan.

Sebuah kampung di Utara Selangor - banyak juga orang Jawa! Saya melihat sawah padi yang terbentang luas, indah sungguh, saya memang sukakan sawah padi kerana tidak berpeluang menikmatinya sejak dulu. Pernah saya ke Kedah beberapa bulan lepas dan ambil peluang ke sebuah sawah semata-mata untuk menikmati air sawah dan menyentuh helaian daun padi... indahnya! Tapi saya juga tertunggu-tunggu sampai kini untuk melawat sawah padi di atas bumbung rumah atau bumbung bangunan ciptaan Sanusi Junid.

Ketika saya sampai dengan beberapa kawan , saya mengalami sedikit kesukaran ke rumah pengantin kerana jalan yang agak sempit, walaupun bertar. Untuk berjalan kaki, saya kira agak jauh, apatah lagi dengan kasut bertumit tinggi... alamat pengsan bila sampai ke tempat kenduri! Cuaca sungguh terik... memang berpinau bijik mata!

Kami parking kereta agak jauh , lebih kurang 200m kerana jalan sempit dan di kiri kanan penuh dengan pokok tanaman dan diselang-seli dengan bunga puding yang sudah meninggi... ada juga bunga kekwa!

Bertemu seorang pak cik tua
saya menyapa," "kabare wak??"
orang tua menjawab, "waras... arek lungo neng di?"
(huh... dia sudah speaking german.. habislah aku..!!), saya masih ingat-ingat sikit bahasa jawa yang saya pelajari dari seorang teman semasa di US dulu.

" aku arek lungo neng ghomah Haji...., neng kenduri kahwin" (hahaha.... tergelak aku!!).

"oh.. neng kono... cherak kabeh..."" (ntah ye ke tidak!).

Perbulan aku tamat di situ, aku bersalam dengannya. Baiknya hati orang kampung ni, tak ada prejudis langsong!

Sepanjang jalan, aku lihat kereta-kerta pelbagai lambang, ada lambang PAS, reformasi, tak kurang seUNIT kereta berlambangkan umno, siap dengan sehelai bendera Malaysia tercacak di bumbung keretanya, (tak apalah.. maafkan dia!). Pukul rata, kereta bersticker PAS/reformasi memenuhi ruang jalan yang sempit. Semasa saya makan di bangsal, mata saya melihat kehadiran begitu ramai orang kampung, malah kawan-kawan dari KL juga ramai. Sementara menunggu pengantin bersanding, saya sempat berbual dengan pakcik/makcik di situ. Saya fikir, rakyat cukup matang berhadapan dengan isu semasa, maksudnya, walaupun mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza, tetapi mereka masih mampu duduk semeja, masih mampu berkenduri kendara tanpa menimbulkan isu bangang yang digembar-gemburkan oleh si mamak sekor tu.

Pandangan mamak kutty disanggah oleh Haji **** yang menjadi ketua kampung di situ, dengan lidah jawanya yang agak pekat dia memberitahu saya, " opo ki.. Mahadey kata rakyat berpecah kerana pembangkang fitnah kerajaan, fitnah pada die, pembangkang suka menimbulkan sentimen kaum dan agama, yang sebenarnya dia tu yang suka buat fitnah." Kata dia lagi, " kau (ditujukan pada saya) tengok ni, ada kami pecah belah? Masa bermasyarakat kami bermasyarakatlah".

"Mahathir tu mana tahu dosa?" kata dia lagi.

Suasana harmoni begini saya rasa ada di mana-mana, yang tak harmoni adalah jiwa Mahathir Iskander Mohamad Kutty, The Great Conspirator.

Ketika dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah di sebuah gerai sup di Sekinchan, betul-betul berhadapan dengan kawasan rumah MB Selangor yang baru.. ke hadapan lagi, ada sebuah Gerai Satay Hut yang memang terkenal dengan kuahnya yang sungguh sedap dan berperisa, di Tg Karang (saya pernah menikmatinya tak lama dulu- mungkin wak amin sapiro boleh cuba!), tapi saya dan kawan-kawan sengaja memilih gerai sup ini untuk melihat senario di sana dengan lebih dekat. Kata orang, Khir Toyo ni selalu juga lepak di gerai sup ini.. tak tahulah kalau selepas jadi MB, beliau bertukar selera! Tak mustahil kalau Tok Uban boleh ubah selera dalam sekelip mata, Khir tidak terkecuali... cobaan!

Sup di sini tak sama dengan sup urat di Kassim Mustapha di Chullia St di Penang, atau di Taman Uda atau Sg Segek di JB. Jauh sekali rasanya dengan sup di Taman Melewar atau di Bangsar atau di Taman Melawati. Pun tak sama dengan sup Tg Lumpor di Kuantan, atau sup super di Benut, Johor. Maklumlah, LIDAH JAWA, atau rasa JAWA pastinya tak sama dengan LIDAH MAMAK!!

Seketika di sana, kami relaks sedikit kerana kepenatan menghadiri beberapa kenduri sepanjang hari. Nasib baik baju kurung yang kami pakai tidak mudah lusuh. Hari tu, kami memang semuanya berbaju kurung warna biru lembut, identiti keadilan! Teringat wajah DSWA yang penuh kelembutan dan keibuan.. idola kami !

Ketika menghirup sup panas, kami bersembang dengan sekeluarga yang turut singgah di situ. Orang tempatan juga. Menarik sekali komen beliau, katanya, baru-baru ini ada satu mesyuarat diadakan yang melibatkan para penyelia KEMAS peringkat Daerah/Negeri. Kebanyakan penyelia KEMAS ni bukanlah mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik dalam SPM. Sekadar gred 3 saja. Dan ramai juga yang hanya kelulusan SRP dan Darjah enam yang dinaikkan pangkat mengikut senioriti. Katanya, mereka ini tidak mempunyai fikiran yang kritikal atau yang bernas, mereka ini adalah golongan yang mudah menghazdamkan cerita-cerita fitnah dan isu-isu bodoh ciptaan Mahathir tanpa soal jawab dan inilah juga kumpulan penyambung wasilah Mahathir Mohamad. Mereka ini akan sanggup membuat lapuran yang bukan-bukan semata-mata menjatuhkan seseorang yang dipercayai menyokong BA.

Maka, antara cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Memastikan Pegawai Daerah, Pegawai Perhutanan, Pegawai Pejabat Tanah adalah mereka yang benar-benar menyokong kerajaan kerana ia akan memudahkan urusan orang umno dalam soal permohonan yang berkaitan dengan jabatan berkaitan.

2. Memastikan PASTI diharamkan dan robohkan rumah-rumah/tempat yang didapati mengadakan kelas-kelas agama yang dianggap boleh memudaratkan kerajaan BN.

3. Beberapa nama pegawai (kerajaan) dikemukakan kerana dianggap menyokong BA.

4. Pastikan juga guru-guru besar/pengetua sekolah mengikut dan menurut program kerajaan/umno.

5. Pastikan juga Ketua Polis Daerah adalah mereka yang berpihak kepada kerajaan/BN.

6. Anak-anak pembangkang tidak diberi biasiswa Negeri/Yayasan.

7. Pembekuan pemberian geran kepada peneroka yang dianggap menyokong BA.

8. Mana-mana pembinaan Tahfiz yang tidak mendapat kelulusan kerajaan Negeri mestilah diroboh, (sekalipun dibuat atas tanah persendirian).

9. Memastikan AJK umno Bahagian diberi "kuasa" supaya kakitanga kerajaan segan dan menghormati mereka. Kerana dakwaan dari lapuran para penyelia KEMAS bahawa pegawai-pegawai kerajaan sekarang sudah tidak menghormati AJK umno seperti dulu.

10. Memastikan anak-anak orang umno diutamakan dalam sebarang pemberian biasiswa ataupun program pendidikan, termasuk kemudahan pekerjaan dan sebagainya.

11. Pastikan guru-guru agama/ustaz kemas menguasai kelas-kelas fardhu-ain di surau-surau di seluruh negara, termasuk ceramah-ceramah terbuka.

(catatan ini dibuat di atas kertas tisu untuk mengelakkan beliau sedar cerita ini dirakamkan)

Beginilah herok pekoknya umno yang kini telah mula menyerang kakitangan dan pegawai kerajaan! Mamak dan pndir-pandirnya akan pastikan bahawa kakitangan kerajaan yang memang jelas tidak menyokong mereka dalam pilihanraya lepas, akan mampu diperbodohkan dengan pelbagai tawaran dan janji manis bagi persediaan pilihanraya 2003/4!

Kepada kakitangan kerajaan, anda mempunyai hati dan perasaan, paling berharga adalah akal fikiran yang Allah beri untuk berfikir dan bukan untuk diperbodohkan. Jangan jadi Pak Pandir yang tak tahu membezakan anaknya sendiri, sehingga hilang maruah diri! Saya yakin , insyaAllah sangat yakin bahawa Mahathir dan pandir-pandirnya tidak mampu mempengaruhi mereka yang berfikiran tajam, berfikrian terbuka dan yang penting ialah mereka yang beriman! InsyaAllah.

agi idu agi ngelaban!!

Dahlia/KL

( semasa saya menulis ini, saya teringat seorang Pak Cik yang saya temui baru-baru ini ketika saya berada di Gelugor, Penang yang meluahkan sedihnya kerana anaknya yang bekerja di sebuah kilang di sana dan telah melahirkan seorang anak (luar nikah)... dan anaknya itu telah bertahun-tahun menjadi perempuan simpanan kepada seorang eksekutif Jepun). Oh Malaysia!!


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com