Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Azalina dan putri umno.

Oleh : Dahlia

Ramailah yang akan menunggu-nunggu kehadiran barisan Exco Puteri umno pada hari Mesyuarat Agong umno di PWTC nanti. Ada dua jenis manusia yang beria-ia menunggu kehadiran Azalina dan barisan kepimpinan putri umno.

Kumpulan Pertama:

Kumpulan Mak Cik-Mak Cik yang geram dengan kehadiran putri-putri umno yang akan menenggelamkan keglamouran mereka dengan pakaian labuci dan rambut berjambul. Mak Cik-Mak Cik umno pasti kecil hati sebab kaum lelaki di dalam Dewan itu nanti sudah tidak mengerling ke arah mereka lagi! Tak ada lagi suara-suara nakal yang akan mengusik mereka. Kesian mereka, kempunanlah nampaknya!

Kumpulan Kedua:

Perwakilan Bahagian yang tercungap-cungap menunggu ketibaan Erra Fazira. Mereka ingin melihat dari dekat susuk tubuh dan kecantikan wajah Erra . Pada hari itu nanti, Erra akan memakai baju kebarung putih merah dengan potongan yang menarik , direka dan dijahit oleh pereka fesyen terkenal dari boutique terkenal di KL seperti Andrew Gun atau John Lim atau Chandara , maupun syarifah. Huh! Tak berkelip mata para perwakilan itu nanti..sambil menelan air liur. Kesiannya... ucapan Mahathir hanya dianggap buang masa, kerana yang lebih penting ialah melihat senyuman Erra Fazira.

Mencari Lensa Kamera

Semasa rehat, mereka akan berebut-rebut untuk keluar bersalam dengan Erra, entah-entah berebut-rebut dengan Jurukamera akhbar-akhbar tempatan terutama Utusan Meloya untuk mengambil gambar bersama Erra. Kalau Norman Hakim hadir sama mengikuti emaknya ( wanita Temerloh, Pahang), pasti haru. Wanita-wanita umno akan turut buat kelam kabut. Haru betul. Pasti mereka berbebut-rebut pula dengan Norman Hakim untuk bersalam atau bergambar! Haru haru..

Kita tunggu dan lihat saja telatah putri umno.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com