Laman Tranung Kite Cyberlink

 

Dr Mahathir Menyekat Perhimpunan Barisan Alternatif

Dr. M telah menghantar pekeliling ke seluruh Jabatan Kerajaan supaya meyekat demonstrasi keadilan. Gerakan Reformasi pula telah merancang satu perhimpunan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. Dengan kadar segera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur MENUTUP Dataran Merdeka dengan alasan terdapat KEROSAKAN yang perlu diperbaiki.

Gerakan Reformasi mencari alternatif lain. Mereka memohon kebenaran untuk membuat perhimpunan di Stadium Merdeka. Dengan kecekapan luar biasa bagi sebuah Jabatan Kerajaan, pihak penguasa Stadium Merdeka MENUTUP stadium dengan alasan Stadium Merdeka perlu diperbaiki kerana terdapat KEROSAKAN.

Kehilangan punca, seorang penyokong Gerakan Reformasi dengan marahnya membuat kenyataan, "Perhimpunan kami akan dibuat di kepala otak Dr. M!" Jabatan Perdana Menteri dengan segera menjawab,"Kami akan MENUTUP kepala otak Dr.M kerana terdapat KEROSAKAN. Harap maklum."

This product is protected by copyright laws.
Copyright (C) 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com